engku-panglima-setia-diraja-selangor-tengku-panglima-besar-selangor-tengku-sri-andika-diraja-selangor-tengku-sri-asmara-diraja-selangor-tengku-indira-bijaya-diraja-selangor

Dari Kiri :-
1. Engku Panglima Setia Diraja Selangor,
2. Tengku Panglima Besar Selangor,
3. Tengku Sri Andika Diraja Selangor,
4. Tengku Sri Asmara Diraja Selangor,
5. Tengku Indira Bijaya Diraja Selangor,
6. Tengku Perdana Diraja Selangor.

Sejarah pembentukkan gelaran anak raja bergelar sekitar tahun 1937 adalah semasa era pemerintahan Almarhum Paduka Sri Sultan Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa. Gelaran ini telah diwujubkan khas buat putera-putera baginda bagi pengurnian gelaran raja bergelar kepada putera kalangan suri baginda.

Tanggungjawab untuk membentuk gelaran ini telah digalas oleh sepenuhnya oleh anakanda sulong almarhum iaitu Tengku Musa Uddin selaku Ketua Adat Istiadat Diraja Selangor pada ketika itu dan telah membawa didalam permuafakatan dengan orang-orang besar dan mendapat perkenan daripada Paduka Sri Sultan Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa berhubung dengan setiap gelaran dan pengalas gelaran tersebut.

Peranan dan tanggungjawab berhubung gelaran yang akan dibentangkan kelak tidak dapat dijelaskan peranan terhadap Istana mahupun Negeri buat masa ini. Namun semestinya ianya mempunyai peranannya yang tersendiri kerna ianya dibentuk oleh D.Y.T.M Tengku Kelana Jaya Putra – Tengku Musa Eddin yang mempunyai pengetahuan yang luas.

Jika dilihat dari pelbagai sudut, penganugerahan gelaran ini boleh dinyatakan sebagai identiti kepada legasi khas buat putera-putera baginda dan mungkin ianya boleh di letakkan sebagai gelaran turun temurun.

Untuk makluman gelaran Tengku Panglima Besar Selangor adalah gelaran yang telah wujub semasa era pemerintah Paduka Sri Sultan Ibrahim Shah iaitu Sultan Selangor ke dua [2]. Pemegang gelar Tengku Panglima Besar Selangor digalas oleh Tengku Badar Shah kemudian ditinggalkan dan mengalas gelaran baru iaitu D.Y.T.M Raja Bendahara Selangor.

Berikut adalah antara senarai gelar yang telah dianugerahkan oleh Paduka Sri Sultan Selangor sekitar tahun 1937.

Y.A.M. Tengku Indira Setia Diraja Selangor – Tengku Abdul Aziz Shah,
Y.A.M. Tengku Pahlawan Diraja Selangor – Tengku Ahmad Alham Shah,
Y.A.M. Tengku Panglima Besar Selangor – Tengku Zainal Karib Shah,
Y.A.M. Tengku Sri Paduka Diraja Selangor – Tengku Zainon-Rashid Shah,
Y.A.M. Tengku Sri Asmara Diraja Selangor – Tengku Akram Shah,
Y.A.M. Tengku Indira Bijaya Diraja Selangor – Tengku Muhammad Khalid Shah,
Y.A.M. Tengku Perdana Diraja Selangor – Tengku Muhammad Uzab Shah,
Y.A.M. Tengku Sri Wangsa Diraja Selangor – Tengku Ibrahim Shah
Y.A.M. Tengku Sri Andika Diraja Selangor – Tengku Shaharuddin Shah,
Y.A.M. Tengku Sri Paduka Shahbandar – Tengku Idris Shah,
Y.A.M. Tengku Sri Maharaja Diraja Selangor – Tengku Abdul Halim Shah,
Y.A.M. Tengku Sri Perkasa Diraja Selangor – Tengku Abdul Jalil Shah,
Y.A.M. Tengku Aris Temenggong Selangor – Tengku Muhammad Yusuf Shah

Huraian gelaran Tengku Panglima Raja dan Tengku Laksamana Selangor dan perbezaan gelaran Tengku dan Engku yang sering dilihat didalam gelaran yang terdapat didalam institusi ini akan di kongsikan di bahagian II.