Tags

Tengku Indra Setia Selangor

Y.A.M Tengku Abdul Aziz

Yang Amat Mulia Tengku Abdul Aziz Shah telah diputerakan pada 17 September 1909, merupakan anakanda lelaki ke-empat [4] kepada Raja Yang Dipertuan Selangor – Paduka Sri Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa dan merupakan anakanda tunggal hasil perkongsian hidup baginda dengan surinya iaitu Che Rogayah Binti Muhammad Amin.

mohom suleiman 025

Tengku Abdul Aziz bersama Ayahanda

Tengku Abdul Aziz Shah pernah dilantik sebagai Malay Extra Aides-de-Camp to His Excellency The High Commissioner pada tahun 1935 dan Assistant to Malay Secretary to His Highness the Sultan. Telah diberi gelaran pada tahun 1937 didalam satu adat istiadat bergelar yang diadakan di Astana Mahkota Puri, Klang dengan gelaran Y.A.M. Tengku Indra Setia Diraja Selangor semasa dibawah pemerintahan Paduka Sri Sultan Ala’uddin Suleiman Shah. Namun pada tahun 1945 dibawah era pemerintahan kekandanya Paduka Sri Sultan Hishamuddin Alam Shah, maka dikurniakan gelaran yang baru kepada Tengku Abdul Aziz Shah itu Tengku Orang Kaya Menteri Selangor.

engku-panglima-setia-diraja-selangor-tengku-panglima-besar-selangor-tengku-sri-andika-diraja-selangor-tengku-sri-asmara-diraja-selangor-tengku-indira-bijaya-diraja-selangorTengku Abdul Aziz Shah bersurikan Y.M Tunku Badiul-Jamil Marudziya Binti Raja Muda Muhammad ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah kemudian bersurikan Y.M Sharifa Hasnah Binti Sayyid Zain Shahabuddin. Tengku Abdul Aziz Shah kembali kerahmatullah pada 3 February 1992 dan di semadikan di Makam Diraja Klang.

Kekandanya adalah seperti yang di perincikan di bawah :-

[ 1 ] Tengku Musa Uddin – Tengku Putra Mahkota Selangor – Raja Muda Selangor – Tengku Kelana Jaya Putra Selangor – Paduka Sri Sultan Selangor – Tengku Kelana Jaya Putra Selangor,
[ 2 ] Tengku Badar Shah [Bahdzar] – Panglima Besar Selangor – Raja Bendahara Selangor dan
[ 3 ] Tengku Alam Shah – Tengku Panglima Diraja Selangor – Tengku Laksamana Selangor – Raja Muda Selangor – Sultan Selangor – Yang Dipertuan Agong Malaysia ke II.

Berikut adalah perincian senarai adinda yang menerima gelar sebagai anak raja bergelar pada tahun 1937.

4. Tengku Aziz Shah Shah – Tengku Indra Setia Diraja Selangor – Tengku Orang Kaya Menteri Selangor,
5. Tengku Ahmad Shah – Tengku Indra Pahlawan Diraja Selangor,
6. Tengku Zainal Karib Shah – Tengku Panglima Besar Selangor – Tengku Setia Diraja Selangor,
7. Tengku Zainun Rashid Shah – Tengku Sri Paduka Diraja Selangor,
8. Tengku Akram Shah – Tengku Sri Asmara Diraja Selangor,
9. Tengku Muhammad Khalid Shah – Tengku Indra Bijaya Diraja Selangor,
10. Tengku Muzab Shah – Tengku Sri Perdana Diraja Selangor,
11. Tengku Ibrahim Shah – Tengku Seri Wangsa Diraja Selangor,
12. Tengku Shaharuddin Shah – Tengku Andika Sri Amar Diraja Selangor,
13. Tengku Idris Shah – Tengku Sri Utama Diraja Selangor – Tengku Sri Paduka Shah Bandar Diraja Selangor,
14. Tengku Abdul Halim Shah – Tengku Sri Maharaja Diraja Selangor,
15. Tengku Abdul Jalil Shah – Tengku Sri Perkasa Diraja Selangor > Tengku Indra Setia,
16. Tengku Muhammad Yusuf Shah – Tengku Aris Temenggung Diraja Selangor,

Lampiran Perlantikan Raja BergelarSumber :
Kesentosaan Takhta Selangor
Appointment of Tengku Abdul Aziz as Assistant to Malay Secretary to His Highness the Sultan