Tags

Y.A.M Tengku Zainal Karib Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah telah diputerakan pada 15 Disember 1911, merupakan anakanda lelaki ke enam [6] kepada Raja Yang Dipertuan Selangor – Paduka Sri Sultan Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa dan merupakan anakanda lelaki sulung hasil perkongsian hidup baginda dengan Suri Singgahsana Negeri iaitu Tengku Ampuan Zabedah Bt Almarhum Sultan Abdul Jalil.

Tengku Zainal Karib Shah pernah berkhidmat sebagai Land Office Klang, and Land Office Kuala Kubu 1935, ADC to the Sultan of Selangor and Member Council of Regency 1965.

Tengku Setia Diraja Selangor-Tengku Zainal Karib Shah

Tengku  Setia Selangor – Tengku Zainal Karib Shah

Tengku Zainal Karib Shah telah bersurikan Y.A.M Raja Rafia Binti Almarhum Sultan Alang Iskandar Shah pada 22 Januari 1935 di Kuala Kangsar kemudian bersurikan Y.M Raja Nur Akmal Binti Raja Bahari.

Pada Januari tahun 1937, didalam satu adat istiadat bergelar yang diadakan di Astana Mahkota Puri, Klang. Gelaran Tengku Panglima Besar Selangor telah dikurniakan kepada Tengku Zainal Karib Shah oleh Raja Yang Dipertuan Selangor – Paduka Ayahanda – Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa yang memerintah 1898 – 1938.

Tengku Zainal Karib merupakan Tengku Panglima Besar Selangor yang mengambil kedudukan gelaran tersebut setelah di tinggalkan oleh kekandanya Tengku Badar Shah yang mengambil gelaran yang berkedudukan sebagai Duli Yang Amat Mulia Raja Bendahara Selangor pada tahun 1936.

Tengku Zainal Karib Shah bergelar Tengku Setia Diraja Selangor

Menerima Gelaran Tengku Setia Diraja Selangor

Ketika era pemerintahan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Sir’ Hishamuddin Alam Shah sekitara tahun 1936 yang merupakan anakanda saudaranya, Tengku Zainal Karib Shah dikurniakan gelaran Tengku Setia Diraja Selangor. Tengku Zainal Karib Shah Kembali kerahmatullah pada 4 December 1984

Sumber :

– Kesentosaan Takhta Selangor
– Pesaka Selangor
– Royal Ark