Mengikut sejarah didalam negeri Selangor, Gelaran Tengku Laksamana mula diperkenalkan ketika era pemerintahan Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa.

Gelaran didalam Negeri Selangor kebanyakan melibat gelaran yang berkaitan dengan darah kepahlawanan Wangsa iaitu Panglima.
Seperti Ungku Panglima Perang, Panglima Besar, Tengku Panglima Dalam, Panglima Perang kiri, Panglima Perang Kanan, Tengku Panglima Raja.

Gelaran Tengku Laksamana Selangor di kurniakan buat pertama kali kepada Tengku Alam Shah yang sebelum ini memegang gelaran Tengku Panglima Diraja.
Takkala Tengku Alam Shah bergelar Sultan Hishamuddin Alam Shah diberikan gelaran Tengku Laksamana kepada Tengku Abdul Aziz Shah.
Kini gelaran Tengku Laksamana Selangor tidak di galas oleh sesiapa pun setelah Tengku Badli Shah meninggal dunia.

Potret Dari kiri : Tengku Alam Shah, Tengku Abdul Aziz Shah dan Tengku Badli Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah.