Bahagian ini adalah penutup kepada artikel Sejarah dan Peranan Orang Besar Negeri Selangor dipaparkan sebelum ini.

Lembing Sembuana - Kebesaran Negeri Selangor

Lembing Pusaka Sang Buana 

Kewujudan Institusi Pembesar didalam negeri Selangor yang terbina sejak zaman berzaman adalah bagi memberi satu kelangsungan institusi demokraksi diantara raja dan pembesar. Pembesar diperakui sebagai Penghulu iaitu satu institusi pentadbiran tradisional yang telah wujud lebih lama sebelum kerajaan British mengambil alih pentadbiran di negara ini. Dahulunya jawatan Penghulu ini hanya dipegang oleh orang yang berketurunan raja atau bangsawan sahaja dan ia dilantik sendiri oleh Sultan. Dengan itu penghulu menjadi wakil mutlak sultan di satu-satu mukim yang dikuasainya.

Lipatan Sejarah jua menjelaskan sebelum terdirinya Kesultanan Selangor takkala Yang Dipertuan Jajahan Selangor bergelar Yang Dipertuan Besar Selangor. Telah wujud Wilayah-Wilayah yang ditadbir oleh Penghulu di Wilayah tersebut.

Kuala Selangor telah ditadbir oleh Datuk Penggawa [Kini bergelar Datok Penggawa Tua], Langat Datuk Aru [Kini bergelar Orang Kaya Maha Bijaya], Ulu Langat dipimpin oleh Datuk Engku Kelang [Kini bergelar Datok Ungku Ulu Langat] dan Klang pula ditadbir oleh Encik Chik Yang Tujuh [Kini bergelar Datok Kaya Klang]. Maka kejelasan sebagai orang besar terhimpun didalam didalam Undang-Undang 99 Perak dan terhimpun didalam Peranan Peraturan Nasihat Bagi Ikatan Raja-Raja dan Panduan Orang yang akan diamalkan didalam Negeri Selangor Darul Ehsan. Antaranya

  1. Undang-Undang Orang Jadi Raja Ataupun Penghulu Didalam Sesebuah Negeri Atau Mukim ”Adatnya”

Ada pun hutang penghulu kepada rakyatnya,

– Pertama mati rakyatnya di tanam,

– Kedua, hilang rakyatnya di cari,

– Ketiga kusut di selesaikan,

– Keempat, jika salah dipatutkan.

Maka hutang rakyat kepada penghulu dua perkara, pertama di laungkan oleh penghulu, datang ia dan disuruh, pergi ia, dan lagi tatkala orang mengadap bichara itu di lihat baik-baik rupanya, salah duduknya, salah berdirinya, salah perkataannya serba yang salah sebarang lakunya, maka mereka yang salah itu disalahkan juga dan demikian pula yang benar itu hendaklah dibenarkan juga hukumnya, tetapi boleh di bezakan antara kechil dan salah besar di atas mereka-mereka sekalian dan lagi di atas bicara mereka itu di hukumkan betul-betul, jangan di ambil faedah di atas mereka-mereka itu tatkala di dalam mana-mana bicara pun.

  1. Undang-Undang Menjadi Raja Didalam Negeri Itu Apa-Apa Yang Jadi Aman Pada Negeri Itu.

– Pertama adil hukumnya,

– Kedua murah makan didalam negeri itu, maka amanlah negeri itu

  1. Undang-Undang Orang Menjadi Orang Besar Didalam Negeri

– Adatnya pertama orang besar itu memelihara atas rajanya,

– kedua memelihara atas rakyatnya, maka amanlah negeri itu

  1. Undang-Undang Raja-Raja Dengan Orang Besar-Besar Dan Sekalian Rakyat, Dan Rakyat Dengan Orang Besarnya;

– Jika ada barang-barang yang datang baik atau jahat, jangan di taroh didalam hati mau lah di titahkan kepada orang besar-besar itu, jika ada apa-apa baik atau jahat, jangan di taroh didalam hati dan lagi raja-raja atau orang besar-besar jikalau apa-apa bicara baik dan jahat itu hendaklah di nyatakan pada rakyat boleh tahu ia dan ingat, dan tiap-tiap raja dan orang besar-besar itu barang apa-apa bicara hendak di terang, jikalau di sembunyikan apa-apa titahkan semula, jangan tidur adat negeri adanya.

Peranan Peraturan Nasihat Bagi Ikatan Raja-Raja dan Panduan Orang Besar yang ditetapkan pada 13 Maharram 1347 bersamaan 2 Julai 1928 dengan Titah Paduka Sri Sultan Selangor yang akan diamalkan didalam Negeri Selangor Darul Ehsan menekankan

Bahawa adalah peraturan-peraturan nasihat yang terkandung didalam surat ini akan dijalankan diatas mereka yang menerima pangkat gelaran pegawai jabatan bagi Raja Kerajaan laki-laki dan perempuan. Mereka akan menerima apa-apa titah perintah jalan kebajikan yang hendak di sempurnakan oleh Raja Keraja’an dan  menjaga ke’amanan adat istiadat raja keraja’an dan menerima apa-apa titah di sebelah jajahan Selangor.

SENARAI PEMBESAR DAERAH

Orang Besar Daerah Hulu Selangor

Daerah Hulu Selangor adalah daerah terbesar daripada sembilan buah daerah. Gelaran bagi orang besar adalah Yang DiHormatkan Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor

Datuk A. Hamid Bin Datuk Muda Jaafar,

Dato Shahyar Bin Dato Abdul Hamid[1]

Y.D.H. Dato’ Haji Aman Shah Bin Mohd Shahar

 

Dato Aru[2]

Dato’ Aru yang dikatakan jawatan kedua penting kedua selepas Sultan. Sebagaimana yang dinyatakan ketika Sultan Salehuddin berusaha mengukuhkan pentadbiran. Nama Dato Aru pernah di sebut ketika berlaku krisis Takhta Selangor selepas kemangkatan Sultan Muhammad Shah. Dato Aru Pasangan bersama Dato Penggawa Permatang, Dato Jeram, Dato Kaya Klang (Dato Kaya Klang Pada Ketika Itu Adalah Tok Ungku Tempoh,[3] Raja Jumaat dan Raja Abdullah telah memainkan peranan penting didalam Kesentosaan Negeri pada ketika itu dan Tengku Panglima Besar Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Panglima Besar Abdullah Dilantik Sebagai Sultan.

Dato Empat yang akan memainkan peranan apakala berlaku satu penentuan untuk melantik Raja Muda, Dato Empat yang dimaksudkan adalah Dato’ Aru (Gelaran ini tidak lagi wujud pada tahun 1930-an),[4] Dato Penggawa Tua, Dato Jeram (Gelaran ini tidak ada lagi pada tahun 1930-an) dan Dato Klang dan barulah Raja Muda dilantik[5]. 

Datuk Haji Hassan Bin Muhammad Zin

Orang Besar Daerah Kuala Langat

Kuala Langat pada zaman dahulu, Kuala Langat dikenali sebagai Langat. Gelaran bagi orang besar adalah Yang DiHormatkan Dato Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya Kuala Langat atau Yang DiMuliakan Engku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya Kuala Langat bagi berketurunan Warisan Diraja.

Datuk Ibrahim Bin Md Amin

Raja Adnan Bin Raja Basok[6]

Raja Borhan Bin Raja Yaakob[7]

Raja Dato’ Haji Uzair Bin Tengku Zainun Rashid Shah

Y.D.M Tengku Mohamed Bin Tengku Harun Shah

Orang Besar Daerah Klang

Sejarah Klang telah muncul lebih awal daripada Melaka. Negara ini adalah sebahagian dari jajahan takhluk Kerajaan Sri Vijaya dan Majapahit. Asal usul nama Klang adalah dari bahasa Mon-Khymer iaitu “Klong”. Klong boleh diertikan sebagai gudang seperti mana yang di kemukakan oleh C.O. Blagden yang menyatakan Klang menjadi sebuah Pelabuhan terpenting yang mempunyai banyak gudang-gudang. Manakala pendapat Charles A. Fishr yang menyatakan “Klang ” itu bermaksud “terusan” atau jalan air.

Pada tahun 1875, Klang di pilih sebagai ibu kota Selangor sebelum ditukar kepada Kuala Lumpur pada 1880. Gelaran bagi orang besar adalah Yang DiHormatkan Dato Orang Kaya Maha Bijaya Klang

 

Datuk A. Hamid Bin Datuk Kaya Badok[8]

Raja Sulaiman bin Raja Haji Bot[9]

Tengku Zainun Rashid Ibni Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah[10]

Dato Surani Bin Dato A. Hamid[11]

Y.A.D. Dato’ Setia Diraja Dato’ Abdul Ghani bin Haji Pateh Akhir[12]

Orang Besar Daerah Kuala Lumpur

Pada 1 Februari 1974, Kuala Lumpur yang pada mulanya merupakan ibu negeri Selangor telah dipisahkan dari Selangor dan bandar ini kemudiannya membentuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kesan daripada pemisahan ini,  maka tiada lagi gelaran tersebut kini dan gelaran bagi orang besar adalah Yang DiHormatkan Dato Orang Kaya Maha Bijaya Kuala Lumpur ataupun Yang DiMuliakan Engku Orang Kaya Maha Bijaya Kuala Lumpur bagi Warisan Diraja.

Raja Mahmood Raja Alang [13]

Raja Khalid[14],

Dato Haji Yahya Bin Dato’ Setia Abdul Razak[15]

Orang Besar Daerah Kuala Selangor

Kuala Selangor merupakan jajahan yang dikenali sebagai Selangor dan merupakan wilayah terdirinya Institusi Diraja Selangor. Salah seorang dari empat orang besar Selangor yang asal. Gelaran bagi orang besar di daerah adalah Yang DiHormatkan Dato Penggawa Tua Permatang Paduka Mahabijaya Kuala Selangor

Datuk Haji Ahmad bin Baba,

Datuk Haji Mohd. Shah Bin Md Saleh,

Datuk Ismail bin Mohd. Shah,

Datuk Hj. Ibrahim bin Datuk Ismail,

Dato’ Haji Abd Rauf Bin Haji Badiuzzaman (1982 – 2006)

Y.D.H Dato’ Haji Mohamad Yaacob bin Dato’ Haji Ismail

Orang Besar Daerah Ulu Langat

Daerah ini mempunyai wilayah-wilayah yang dahulunya terletak dalam jajahan Negeri Sembilan asalnya sehinggalah berlaku persepakatan yang membawa kepada penyerahan daerah Lukut kepada Negeri Sembilan. Gelaran bagi orang besar di daerah adalah Yang DiHormatkan Dato Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya  Ulu Langat, Gelaran asalnya adalah Datuk Engku Klang.

 Tok Ungku Mohd Tahir (Tok Ungku Ulu Langat)

Tok Ungku Shamsudin Bin Tahir[16]

To’ Engku Abdul Rani

Y.D.H To’ Engku Abdul Jalil

Orang Besar Daerah Gombak

 Daerah Gombak adalah sebuah daerah di dalam Negeri Selangor  yang diwujudkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan. Gelaran bagi orang besar di daerah adalah Yang DiHormatkan Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Gombak.

Datin Sri Cempaka Kontik Kamariah Bt Penghulu Ahmad Bin Panglima Garang Ishak[17]

Y.A.D Dato’ Paduka Raja Tan Sri’ Haji Wan Mahmood bin Pa’wan Teh[18]

Orang Besar Daerah Petaling

Daerah Petaling terletak di tengah-tengah Lembah Klang.[19] Gelaran bagi orang besar di daerah adalah Yang DiHormatkan Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Petaling

Dato’ Seri Indah Diraja Dato’ Haji Abu Bakar bin Haji Abdul Hamid,

Y.D.H. Dato’ Haji Emran Bin Haji Kadir

Orang Besar Daerah Sepang

 Daerah Sepang adalah daerah bongsu bagi Negeri Selangor Darul Ehsan. Daerah Sepang mencapai taraf Daerah sepenuhnya pada 1 Januari 1975. Gelaran bagi orang besar di daerah adalah Yang DiMulialan Tengku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang

Tengku Khalid Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah

Raja ???

Raja Redwza Bin Raja Sir Tun UdaRaja Sir Tun UdaRaja Sir Tun Uda

Y.D.M Tengku Dato’ Prof. Dr. Jamaluddin Bin Tengku Mahmud Shah Al Haj

 

Orang Besar Daerah Sabak Bernam

 Daerah ini diletakkan di bawah pentadbiran daerah Kuala Selangor. Diselia oleh Dato’  Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya yang bertugas dalam Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu serta wakil kepada Sultan Selangor. Diisytiharkan sebagai salah sebuah Daerah pada 1 Julai 1960.[20] Gelaran bagi orang besar di daerah adalah Yang DiHormatkan Orang Kaya Maha Bijaya Sabak Bernam.

Y.D.H Dato‘Haji Baharin @ Abdullah Bin Mat Akhir

 

Kini hanya terdapat sembilan (9) Orang Besar Daerah yang berperanan sebagai wakil Paduka Sri Sultan didalam Negeri Selangor iaitu Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Hulu Langat, Sabak Bernam, Gombak, Petaling dan Sepang

 

[1] Pada tahun 1963, apakala jawatan Orang Besar Jajahan Ulu Selangor kosong maka Encik Shahyar Bin Dato Abdul Hamid (Seorang Kerani) telah dilantik mengisi jawatan tersebut susulan kembalinya kerahmatullah Dato Haji Kamaruddin Bin Haji Ibrahim.

[2] Gelaran ini telah diberi gelaran baru iaitu Dato Orang Kaya Mahakurnia Bijaya Diraja pada tahun 1928. (Khoo Kay Kim “Raja Lumu/ Sultan Salehuddin:The Founding of the Selangor Dynasty”. JMBRAS, Vol. 58, Pt. 2, 1985, hlm. 10).

[3] Salasilah dan perkara berkenaan datuk engku kelang , dewan bahasa dan pustaka, mms (109) mar 1968.

[4] Gelaran ini telah diberi gelaran baru iaitu Dato Orang Kaya Mahakurnia Bijaya Diraja pada tahun 1928. (Khoo Kay Kim “Raja Lumu/ Sultan Salehuddin:The Founding of the Selangor Dynasty”. JMBRAS, Vol. 58, Pt. 2, 1985, hlm. 10).

[5] C.O 717/117, Pesuruhjaya tinggi kepada J.H Thomas, 7 April 1936, enclose 1, “Memorial Presented On Behalf Of His Highess Tungku (Tengku) Badar Shah, Tungku Panglima Besar Selangor, Concerning His Right And Claim To Be Appointed Raja Muda Of Selangor” (seterusnya diringkaskan sebagai C.O.717/117, “MTBRMS”). dan C.O 717/117, Pesuruhjaya tinggi kepada J.H Thomas, 7 April 1936, enclose C, Opinion Of Chiefs Of Selangor” (seterusnya diringkaskan c.o.717/117, (“O.C.S”), Dato Orang Kaya Maha Bijaya Klang, Dato Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya, Dato Amar Penghulu Istiadat, Engku Seri Paduka Panglima Dalam, Dato Maharaja Lela Setia Paduka, Engku Seri Paduka Shah Bandar, Ketua Kadi

[6] Orang Besar jajahan berhenti, Berita harian, 16 Okt 1958, page 1. Orang besar jajahan Kuala Langat iaitu Raja Adnan Raja Basok telah bersara kerana tua selepas memegang jawatan itu selama lebih 25 tahun.

[7] Anugerah untuk Pembesar-Pembesar, Berita harian, 30 Jun 1961, page 1. Pada Ulang Tahun Keputeraan Ke 35 Sultan Selangor, baginda telah mengurniakan gelaran kepada Tengku Zainal Kharib sebagai Tengku Setia, Raja Borhan Raja Yaakob menerima gelaran Engku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya Kuala Langat dan Raja Mohammed Raja Alang pula menerima gelaran Orang Kaya Maha Bijaya Kuala Lumpur

[8] Lebih 1,000 menghormati Orang Besar, Berita harian, 2 jun 1958, page 2, Dato Kaya Abdul Hamid Bin Dato Kaya Badok adalah Orang Kaya Mahabijaya Klang dan merupakan orang besar yang tertua di antara 9 orang besar.

[9] Berita Harian,16 February 1962, page 1, Orang besar di-pechat kerana aduan ra’ayat Raja Sulaiman bin Raja Haji Bot bergelar Orang Kaya Mahabijaya Klang

[10] Pada tahun 1963, Tengku Zainun Rashid Ibni Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah telah dilantik oleh D.Y.M.M Sultan Selangor sebagai Orang Besar Jajahan Klang dengan gelaran Orang Kaya Maha Bijaya, Klang. Tengku Zainun telah menjadi juruiring kepada Sultan Selangor selama 27 tahun yang lalu dan tempatnya itu sekarang digantikan oleh Tengku Ramli Shah dengan gelaran Dato Maharaja Lela bagi Istana Selangor.

[11] Dato’ Kaya Abdul Hamid b Dato’ Kaya Baduk b Dato’ Kaya Muhammad Ali b Dato’ Kaya Hassan

[12] Haji Pateh Akhir  Bin Haji Mat Shah Bin Dato Jeram II Mohd Salleh Bin Dato Jeram Tambah B Che Tambah (* Datuk Jeram Pertama). Rujuk To Honour Two, The Straits Times, 14 January 1958, Page 2

The sultan Of Selangor will confer the title “Dato” on two men on his 59th birthday on May 13.

They are Mr. R.P.S Rajasooria, a Kuala Lumpur Lawyer, who will become Dato Maha Kurnia dan Tuan Haji Pateh Akhir, who will become Dato Jeram Diraja.

[13] 2 orang besar jajahan Selangor kembali, Berita Harian, 6 December 1962, Page 1, Dua orang besar iajahan Selangor telah meninggal dunia di Hospital Besar. Mereka itu ialah Raja Muhammad bin Raja Alang, 57 tahun. orang besar jajahan Kuaia Lumpur, dan Dato Hajl Kamaruddin bin Haji Ibrahim. 73 tahun. Orang besar Ulu Selangor

[14] Lima orang dapat gelaran Dato, Berita Harian, 10 Mac 1966, page 8, Ng Tow Foo – Dato Seri Dewa Diraja, Ng Aik Swee – Dato Bahagia Diraja, Dr Abdul Majid Ismail – Dato Seri Maharaja Diraja, Raja Yahya Raja Alang – Orang Besar Istana dengan gelaran Engku Maharaja Lela Setia Paduka, Raja Khalid menjadi Orang Kaya Mahabijaya Kuala Lumpur mengantikan Raja Mahmood Raja Alang

[15] Orang Besar Jajahan berhenti, Berita Harian, 16 October 1958, Page 1, Orang Besar Jajahan berhenti, Sa-orang lagl orang besar jajahan akan meninggalkan jawatan-nya yang bergajl $700 sabulan. Pegawal ltu lalah Dato Kaya Maha Bljaya dari Kuala Lumpur, Dato Hajl Yahya bin Abdul Razak, sa-orang ahli yang di-lantek mewaklll kepentinran perniagaan Melayu di Majlis Undangan. Beliau teiah menyampaikan perletakan Jawatannya

[16] Installation of malay chiefs, 9 Sep 1931, page 8, Samsudin sebagai Dato Ungku Maha Bijaya Ulu Langat, Wan Mohammad Salleh Sebagai Dato Amr Penghulu Istiadat, Madon Sebagai Dato Maharaja Lela Setia Paduka,

[17] Ahmad Bin Panglima Garang Ishak merupakan bekas Penghulu Kuala Lumpur

[18] F.MS. Appointments. The Straits Times, 19 March 1935, Page 16

“Enche Pawan Teh Bin Mohamed to act as District Officer, Batang Padang dan rujuk F.M.S. Appointments. The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1884-1942), 15 December 1936, Page 3. Che Pawan Teh Bin Mohamed to act as Magistrate, Larut”

[19] Taraf majlis bandaran untuk Petaling Jaya mulai tahun depan, berita harian, 23 Okt 1963, page 5 Petaling akan menjadi daerah ke lapan selangor pada jan 1964,

Kuala Lumpur (Taraf Munisipal), Klang, Kuala Langat, Ulu Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Ulu Selangor

[20] Sabak Bernam Jadi Daerah [Articles]. Berita Harian. 30 May 1960. Page 5.