Sultan Musa Uddin, Sultan Of Selangor, Raja Muda Selangor, Tunku Mahkota SelangorPaduka Sri Sultan Musa Ghiat’ uddin Riayat Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Ala’uddin Sulaiman Shah merupakan Sultan Selangor ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Dalam ertikata lain Sultan Selangor ke 7.

Baginda merupakan anakanda sulung kepada Paduka Sri Sultan Ala’ uddin Suleiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa (1898-1938) dengan Tengku Ampuan Maharum Binti Raja Muda Tunku Dziauddin dari Kedah, baginda diputerakan pada tahun 1893 di Jugra, Selangor dan diberi nama Tengku Musa Uddin.

Menerima pendidikan di Victoria Institut kemudian di Maktab Melayu Kuala Kangsar, baginda menggantikan bapa saudaranya Raja Muda Laut Ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah sebagai Raja Muda Selangor.

Sebelum itu Tengku Musa Uddin bergelar Tunku Mahkota Selangor @ Tunku Putra Mahkota (1903) > Raja Muda Selangor (1920) Tengku Kelana Jaya Putra (1936) Paduka Sri Sultan Selangor (1943) dan baginda bersurikan Sharifah Mastura Binti Syed Shahabuddin dari Kedah, dan menjadi Tengku Permaisuri ketika pemerintaha baginda yang singkat.

Tengku Musa Uddin, Tunku Mahkota Selangor, Raja Muda Selangor

Pakaian Pasukan Sukarelawan Polis Negeri Melayu Bersekutu [ FMS ] Police Force berpangkat Penolong Pesuruhjaya [ ACP ]

Baginda seorang yang bijaksana dan kasihkan saudara dan baginda jua telah mewakili ayahandanya didalam State Council yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa kolonial British. Baginda jua telah menyertai Pasukan Sukarelawan Polis Negeri Melayu Bersekutu [ FMS ] Police Force berpangkat Penolong Pesuruhjaya [ ACP ] 1916, 2nd-Lieut Malay Volunteer Infantry (MVI) 1916, Kapten Kehotmat Pasukan Sukarelawan (MVF) 25/2/1932. ADC to the High Commissioner 1920-1930 [British High Commissioners in Malaya] 1. [Sir Laurence Nunns Guillemard – 3 February 1920 – 5 May 1927], 2. [Sir Hugh Charles Clifford – 3 June 1927 – 20 October 1930] ] and [ Sir Cecil Clementi – 5 February 1930 – 16 February 1934]

Tunku Putra Mahkota Selangor, Raja Muda Selangor, Ketua Adat Istiadat Negeri Selangor, Tengku Kelana Jaya Putra, Sultan Selangor, Tengku Musa Uddin

Berpakaian Kapten Kehormat Pasukan Sukarelawan (MVF) 25/2/1932

Sikap pemikiran terbuka baginda ketika bergelar Raja Muda Selangor telah  meresahkan residen British T.S. Adams, yang mencadangkan penyingkiran baginda sebagai pewaris takhta Raja Yang Dipertuan Selangor. Walaupun Ayahanda baginda iaitu Paduka Sri Sultan Suleiman Shah telah mengemukakan rayuan di England, namun pihak british tetap menurunkan baginda sebagai Yang Dipertuan Muda Selangor dan mengangkat adindanya iaitu Tengku Alam Shah, kerna pihak british merujuk kepada Residen British iaitu, Theodore Samuel Adams [1935 – 1937), berpendapat dan berkehendakkan Tengku Alam Shah menjadi Raja Muda Selangor seterusnya menjadi pewaris kepada takhta Raja Yang Dipertuan Selangor dan Tengku Musa Uddin telah diturunkan sebagai Raja Muda pada tahun 1934 yang dikatakan “salah laku”.

Sultan Musa Uddin

Istiadat menjunjung Duli sebagai Tengku Kelana Jaya Putra

Baginda telah diberikan gelaran Tengku Kelana Jaya Putera, yang juga merupakan gelaran Putera Mahkota bagi Yang di-Pertuan Muda Empayar Kerajaan Johor, Riau dan Lingga, yang merupakan asal benih Raja Yang Dipertuan Selangor. Baginda telah menerima amanat dari ayahandanya, yang memperingkatkan kepada baginda agar kasih akan saudara dan menjaga kesentosaan negeri. Semasa baginda di turunkan sebagai Pewaris Takhta Raja Yang Dipertuan Selangor, baginda menyatakan bahawa segala yang terjadi adalah ketentuan ILAHI dan menerimanya dengan rehda dan hati terbuka.

Sebagai pencerahan yang jelas dan nyata bahawa ketika dimahkotakan adinda baginda iaitu Tengku Alam Shah sebagai Raja Yang Dipertuan Selangor di Istana Mahkota Puri di Klang bergelar Paduka Sri Sultan Hisham’ Uddin Alam Shah [1938–1942]. Baginda, telah mempengerusikan majlis tersebut tanpa sebarang perasaan buruk.Surat Sultan Suleiman kepada Tengku Musa EddinNamun dengan kuasa ILAHI, Ketika Penaklukan Jepun di Tanah Melayu, Adinda baginda iaitu Paduka Sri Sultan Hisham’ Uddin Alam Shah [1938–1942] telah di turunkan takhta dan Pengurus tentera Jepun mengistiharkan baginda sebagai Sultan Musa Ghiat’ uddin Riayat Shah ibni Almarhum Sultan Ala’ uddin Suleiman Shah.

Sultan_Musa_Ghiatuddin_Riayat_Shah_of_SelangorSatu upacara yang penuh istiadat dan diiringi oleh paluan nobat bersempena Paduka Sri Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah ditabalkan dengan rasminya sebagai Sultan Selangor yang Ke-7 oleh Gabenor Selangor masa itu, iaitu Leftenan-Genaral Shotaro Katayama pada 4 November 1943 telah diadakan.


Istiadat pertabalan yang gilang gemilang ini telah dijalankan di Balai Rong Istiadat Mahkota, Kelang. Istiadat ini telah dihadiri oleh ratusan orang jemputan khas termasuk wakil-wakil Sultan Perak dan Kedah, wakil Yang di-Pertua Negeri Sembilan, Pegawai-pegawai Tertinggi tentera Jepun dan wakil-wakil kaum.
Istiadat bermula pada pukul 11 pagi dengan keberangkatan Paduka Sri Sultan Musa Ghiatuddin dan Tengku Permaisuri ke atas ‘Panca Persada’ setinggi tujuh tingkat bagi menjalankan istiadat menepung tawar dan ‘bersiram tabal’.
Selepas menukar pakaian dengan jubah kerajaan baginda dan permaisuri berkenan untuk menerima mengadap para tetamu yang hadir.
Gabenor Selangor, Leftenan General Shotaro Katayama telah tiba pada pukul 5 petang dan disambut oleh Yang Tuan Muda dan kerabat-kerabat diraja yang lain. Leftenan General Shotaro Katayama seterusnya telah Memahkotakan Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah dan Tengku Permaisuri.
Pertabalan Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah pada 1943, merupakan pengesahan pihak Jepun terhadap kedudukan baginda sebagai Sultan Selangor yang baru, bagi menggantikan Adindanya Sultan Hishamuddin Alam Shah yang telah disingkirkan oleh pemerintah tentera Jepun.

Takkala Kolonial Britisth kembali mentadbir Tanah Melayu semula baginda telah dilucutkan takhta oleh Pengurus Tentera British di bawah Lord Louis Mountbatten ada tahun 1945. Baginda kemudiannya dibuang ke Kepulauan Cocos Keeling.

Kemudiannya, baginda jatuh sakit dan dibawa pulang ke Selangor selama beberapa bulan sebelum kemangkatan baginda pada tahun 1955. Baginda dimakamkan bersebelahan makam ayahadanya di Makam Diraja di Klang.

Rujukan :

1. Sejarah Selangor
2. Kesentosaan Takhta Selangor
3. Pesaka Selangor
4. The Straits Times 4 July 1930 – Gazette announces the appointment of Hon. Lieut, the Hon. Raja Musa Udin ibni Sultan Ala’idin Suleiman Shah. Malayan Volunteer Infantry, and of Lieutenant Raja Uda bin Raja Mohamed, Malayan Volunteer Infantry, to be Extra Aides-de-Camp to His Excellency.
5. The Straits Times 19 May 1930 Page 10 – U.K. the High Commissioner has appointed Raja Musa Udin ibni Sultan Ala’idin Suleiman Shah, Raja Muda of Selangor, Dato’ Sedia Raja Abdullah bin Haji Dalian, Undang of Rembau, and Tengku Suleiman ibni Almarhum Sultan Ahmad al Maazam Shah, C.M.G., Tungku Besar of Pahang, as unofficial members of the Federal Council,