Tengku Bendahara SelangorY.A.M. Tengku Azman Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Sultan Hisham’uddin Alam Shah Al Haj,diputerakan di Klang, Selangor, sekitar tahun 1931. Hasil perkongsian hidup Paduka Sri Sultan Sir Sultan Hisham’uddin Alam Shah Al Haj bersama suri baginda iaitu Cik Puan Hajjah Kalsum binti Haji Mahmud [Che’ Som]. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Klang kemudian di Martab Melayu Kuala Kangsar.

Kekanda dan adindanya yang lain adalah seperti berikut :-

– Paduka Sri Sultan Saleh’uddin Abdu’l Aziz Shah Al Haj –  8 Mac 1926,
– Y.A.M. Tengku Laksamana Selangor – Tengku Badli Shah Al Haj  – 26 Jun  1928,
– Y.A.M. Tengku Besar Putra Selangor – Tengku Ismail Shah Al Haj – 12 Ogos 1937,
– D.Y.T.M T Raja  Puan Muda Kedah – Tengku Sharifa Raudzah – 29 September 1929,
– D.Y.M.M Tengku Ampuan Terengganu – Tengku Bariah, 31 Ogos 1933 dan
– Y.A.M. Tengku Taksiah

Diberi gelaran Tengku Bendahara Selangor pada 13 Mei 1959 dan pernah menjadi mengalas tanggungjawab sebagai Pemangku Raja Selangor.

Y.A.M Tengku Bendahara Selangor, Gelaran, Sultan dan Raja Selangor

Bersurikan Tengku Thuraya binti Sultan Ibrahim IV pada 27 Disember 1950.

Y.A.M Tengku Bendahara Selangor - Tengku Azman Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah Al Haj