PENUBUHAN WARISAN WMS RESOURCES


 

LOGO WWMSR. KECIL

Logo Warisan WMS Resources

LATAR BELAKANG

Warisan WMS Resources ditubuhkan pada 26 Ogos 2015 yang bertujuan untuk mengerakkan Matlamat Blog Wangsa Mahkota Selangor secara lebih holistik tentang Sistem Pemerintahan Institusi Beraja khususnya Negeri Selangor dan amnya Negara.

Melihat kepada faktor keperluan dewasa kini didalam Memperkasa Sistem Pemerintahan Institusi Beraja maka Warisan WMS Resources di gerakkan bagi memberikan Perkhidmatan yang terdiri daripada Perkhidmatan Perundingan, Khidmat Latihan, Tenaga Pengajar dan Moderator yang berkualiti dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan Sistem Pemerintahan Institusi Beraja yang merangkumi Khazanah Seni Warisan Budaya Melayu Beraja.

Pengasas dan Editor Wangsa Mahkota Selangor

Pengasas dan Editor Wangsa Mahkota Selangor

Wangsa Mahkota Selangor yang diasaskan oleh Muhamad Adha Bin Abd Jalil ataupun lebih dikenali sebagai Ku Alam sekitar tahun 2006 dan bergerak sebagai sebuah Blog “pusat ilmu secara maya” (Alam Siber) yang berkongsi maklumat Khazanah Sistem Pemerintahan Institusi Beraja Negeri Selangor Darul Ehsan dan tidak bergabung dengan mana-mana institusi, persatuan atau badan-badan politik dan didokungi oleh Y.M Tengku Ahmad Kharib Bin Tengku Abdullah sebagai Editor dan didokungi oleh Panel Editor Sembangkuala yang terdiri daripada Y.M Raja Yusuf Izzudin Raja Dato’ Pahlawan Lope Ahmad dan Y.M Raja Shahriman Raja Harun Al-Rashid sebagai Panel Penasihat.

Teras ketulusan untuk menaikkan Institusi Beraja didalam Negeri Selangor amnya Negara adalah matlamat yang Wangsa Mahkota Selangor memilih untuk menghuraikan secara umum, sejarah sistem negara beraja, faktor-faktor kejatuhan dan kebangkitan, kekhilafan yang mungkin berlaku, kekuatan serta peranan, kesinambungan sistem beraja dalam menghadapi cabaran dunia global semasa kerna Wangsa Mahkota Selangor bertekad memelihara kemuliaan tradisi negeri bersultan rakyat beraja; tradisi yang telah diwarisi turun temurun, agar terus subur dan segar, kekal sepanjang zaman, merentas peredaran waktu merentas peralihan masa.

VISI ORGANISASI

Sebuah organisasi yang menyediakan Perkhidmatan Perundingan, Khidmat Latihan, Tenaga Pengajar dan Moderator yang berkualiti dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan Sistem Pemerintahan Institusi Beraja yang merangkumi Khazanah Seni Warisan Budaya Melayu Beraja dan membuat peruntukan yang sewajarnya untuk disumbangkan kepada pihak yang dikenalpasti sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

MISI ORGANISASI

Membangunkan potensi yang terbaik dengan melaksanakan ‘reengineering’ kaedah penyampaian ilmu dan latihan dengan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti, inovatif, holistik serta bersinergi dengan pelbagai pihak.

PENGASAS & PENGELOLA

Muhamad Adha Abd Jalil merupakan Pengasas dan Ketua Editor kepada blog Wangsa Mahkota Selangor yang merupakan ruang pengkongsian maklumat Khazanah Seni Warisan Budaya Sistem Pemerintahan Institusi Diraja Selangor dan jua Editor kepada Sembangkuala.

Beliau adalah pemegang Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia didalam bidang Pengurusan Sistem Maklumat (Pengurusan Pejabat) dibawah Sistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (SkillMalaysia). Beliau telah diperakukan sebagai salah seorang Pakar Industri (PIND) di dalam Direktori Pakar Industri Negara dan ditauliahkan sebagai Panel Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia di dalam bidang sektor Pengurusan Bisnes, Subsektor Sokongan IT. Beliau jua mempunyai Diploma Pengajian Perniagaan dari Institut Bina Usahawan. Beliau merupakan salah seorang pengamat institusi beraja sejak tahun 2003 dan mempunyai pengetahuan yang luas berhubung Sistem Pemerintahan Institusi Diraja.

Beliau mempunyai 4 tahun pengalaman didalam Sektor Swasta didalam beberapa subsektor bidang seperti Pemasaran, Latihan dan Khidmat Pelanggan. Beliau masih berkhidmat didalam sektor awam dengan pengalaman berkhidmat selama 7 tahun.

Semasa berkhidmat didalam sektor swasta beliau telah terlibat didalam memberikan beberapa siri ceramah seperti :-

• Hala Tuju Pendidikan & Kerjaya (PLKN Kem Priscess Haliza),
• Konsep Kepimpinan (SMK Kajang Utama),
• Gangterissma & Jenayah (SMK Abdul Jalil, Hulu Langat)

Penglibatan beliau sepanjang mengerakkan Wangsa Mahkota Selangor dan Sembangkuala didalam meneliti sejarah Khazanah Seni Warisan Budaya Sistem Pemerintahan Institusi Beraja seperti berikut :-

• Perujuk kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor berhubung isu royalti Lagu Kebangsaan Negeri Selangor oleh Ahli keluarga En. Saiful Bahri (17 Mei 2013),
• Pameran Kesultanan Perak, Ipoh,
• Pameran Kesultanan, Galeri Petronas, KLCC,
• Majlis Amal Cempaka Sari, PWTC,
• Perujuk Aktikel BERNAMA bertajuk Sentuhan Diraja Dalam Sejarah Kemerdekaan dan Penubuhan Malaysia (19 Sep 2013),
• Perujuk Artikel BERNAMA bertajuk Mungkinkah Kesultanan Melaka Kembali (21 Feb 2014),
• Perunding Pameran Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah sempena sambutan Jubli Intan, Universiti Islam Malaysia.
• Perunding Pameran Kesultanan Perak sempena Minggu Warisan Perak, PWTC

https://www.facebook.com/WangsaMahkota

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s