Orang Besar Daerah Sepang - Tengku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang - Tengku Dato Prof Dr Jamaluddin.

Pakaian Rasmi Y.D.M. Tengku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang, Foto: The Star Online

Y.D.M. Tengku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang – Tengku Dato’ Prof. Dr. Jamaluddin bin Tengku Mahmud Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ala’uddin Suleiman Shah merupakan Orang Besar Daerah Sepang yang mana gelaran ini dahulunya di sandang oleh Y.D.M. Engku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang – Raja Dato’ Redzwa bin Raja Sir Tun Uda yang berpangkat sepupu. Berikut dikongsikan sebahagian daripada latarbelakang Y.D.M. Tengku Dato’ Prof. Dr. Jamaluddin. Berhubungan dengan peranan dan tanggungjawab Orang Besar Daerah di dalam Negeri Selangor boleh merujuk di atikel ini – peranan dan tanggungjawab Orang Besar Daerah.

Y.D.M. Tengku Dato’ Prof. Dr. Jamaluddin merupakan cucuanda kepada D.Y.M.M. Paduka Sri Sultan Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa hasil perkahwinan bersama suri baginda Cik Maimun binti Abdullah atapun lebih dikenali dengan gelaran Cik Anjung Negara. Melalui perkongsian hidup baginda, maka lahirkan putera  baginda yang bernama Y.A.M Tengku Mahmud Shah iaitu ayahanda kepada Y.D.M. Tengku Dato’ Prof. Dr. Jamaluddin. mengikut tertib dalam kekeluargaan maka Y.D.M. Tengku Dato’ Prof. Dr. Jamaluddin adalah berpangkat ayahanda saudara kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor – Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj.

Y.A.M Tengku Mahmud Shah telah bersurikan Y.M Raja Habshah binti Raja Muhammad Bai bin Raja Usman bin Raja Muhammad ibni Sultan Jaafar Ala’uddin Shah (1805 – 1831 – Yang di-Pertuan Muda Riau Lingga) Ibni Raja Haji [Raja Haji al-Shahid Fisabillu’llah Ta’ala al-Marhum Teluk Ketapang]. Melalui perkongsian hidup ini maka lahirlah Y.D.M. Tengku Dato’ Prof. Dr. Jamaluddin pada 1 Jun 1950.

Y.D.M. Tengku Dato’ Prof. Dr. Jamaluddin telah bersurikan Y.M. Tunku To’ Puan Nur Mazini binti Raja Kamiluddin Al Haj Ibni Raja Kecil Sulung Harun Al-Rashid Al Haj Ibni Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah Rahmatu’llah ibni Raja Bendahara Alang Iskandar (Perak).

Melalui perkahwinan Y.M Raja Kamiluddin Al-Haj bersama Y.M. Hajjah Tunku Duriah binti Tunku Haji Baharum bin Tunku Dalil bin Tunku Muhammad Ibni Tuanku Nasiruddin (Raja Radin Sunnah) Ibni Almarhum Raja Ali, ( 1831 – 1861 –  Yang di-Pertuan Besar Negri Sembilan) maka lahirlah Y.M. Tunku To’ Puan Nur Mazini binti Raja Kamiluddin

Hasil perkongsian hidup Y.D.M. Tengku Dato’ Prof. Dr. Jamaluddin bersama Y.M. Tunku To’ Puan Nur Mazini binti Raja Kamiluddin Al Haj dikurniakan cahaya mata iaitu ;

i) Y.M. Tengku Azlan Shah,
i) Y.M. Tengku Dr. Intan Baizura,
ii) Y.M. Tengku Dr. Zetty Maztura.

Orang Besar Daerah Sepang - Tengku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang - Tengku Dato Prof Dr Jamaluddin.

Y.D.M. Tengku Dato’ Prof. Dr. Jamaluddin, Foto: Website MPS

Y.D.M. Tengku Dato’ Prof. Dr. Jamaluddin merupakan pengamal pendidikan dalam kerjayanya dan pernah menduduki kerusi sebagai Pengarah Universiti Teknologi MARA, Cawangan Negeri Sembilan Darul Khusus. Y.D.M. Tengku Dato’ Prof. Dr. Jamaluddin telah memberikan sumbangan yang besar kepada institusi pendidikan khususnya yang melibatkan Pengajian Pengangkutan Malaysia, Univiversiti Teknologi MARA (UiTM), apabila diberikan amanah untuk menerajui MaCTRANS. Dibawah kepimpinan Y.D.M. Tengku Dato’ Prof. Dr. Jamaluddin dan pasukan pengurusan telah mengusulkan cadangan untuk menaik taraf MaCTRANS dari pusat untuk sebuah institut kepada UiTM. Ia telah diluluskan oleh Senat dan jawatankuasa eksekutif universiti itu pada bulan Jun 2003 dan dengan itu, MACTRANS secara rasmi ditukar nama kepada Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS), dengan Y.D.M. Tengku Dato’ Prof. Dr. Jamaluddin menjadi pengarah pertama.

Di bawah pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor – Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj, baginda telah perkenan mengampuni kurnia Pentauliahan Jaksa Pendamai (J.P) kepada Y.D.M. Tengku Dato’ Prof. Dr. Jamaluddin yang mana ianya merupakan pelantikan buat pertama kali dalam pemerintahan baginda.

Orang Besar Daerah Sepang - Tengku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang - Tengku Dato Prof Dr Jamaluddin terima Jasa Pendamai

Sesi bergambar selepas istiadat di Istana Bukit Kayangan bagi mengangkat sumpah di hadapan baginda dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan Jaksa Pendamai di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Wira Mohtarudin Baki. Foto: Utusan Online

Y.D.M. Tengku Dato’ Prof. Dr. Jamaluddin telah menyempurnakan Istiadat Menjunjung Duli sempena pengisytiharan dan pemasyhuran gelaran Y.D.M. Tengku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang oleh Tengku Dato’ Prof. Dr. Jamaluddin setelah menyandang gelaran tersebut sejak Mei 2005 lagi.  Istiadat ini merupakan Adat Pengesahan Gelaran yang dikurniakan mengikut Adat Resam Negeri Selangor dan Negeri-Negeri yang mempunyai kaitan dengan Teras Budaya Seri Saguntang. Sebelum ini pengurniaan Gelaran tersebut diberikan berdasarkan Watikah sahaja (Mengikut peruntukkan Undang-Undang Tubuh Negeri. Y.D.M. Tengku Dato’ Prof. Dr. Jamaluddin telah meninggalkan negeri Selangor selama tujuh (7) hari pada istiadat ini dan berpantang dengan tidak boleh melihat wajah Paduka Sri Sultan dan kembali semula bagi menyempurnakan Istiadat Menjunjung Duli.

Orang Besar Daerah Sepang - Tengku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang - Tengku Dato Prof Dr Jamaluddin menjunjung duli

Sesi bergambar bersama Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor setelah penerima menyempurnakan Istiadat Menjunjung Duli sempena pengisytiharan dan pemasyhuran gelaran. Dari kiri : Tengku Seri Andika Diraja Tengku Datuk Iskandar Shah Tengku Ismail Alhaj, Tengku Seri Paduka Shah Bandar Tengku Datuk Ardy Esfandiari Alhaj Tengku Abdul Hamid Shah Alhaj, Engku Maharaja Lela Setia Paduka Datuk Syed Budriz Putra Jamalullail Syed Amir Abidin Jamalullail, D.Y.M.M. Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang Prof Tengku Datuk Dr Jamaluddin Tengku Mahmud Shah Alhaj dan Datuk Lela Jasa Diraja Datuk Richard Alexander John Curtis. Foto: The Star Online

Antara sebahagian tanggungjawab yang pernah digalas oleh Y.D.M. Tengku Dato’ Prof. Dr. Jamaluddin yang melibatkan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan dan Y.D.M. Tengku Dato’ Prof. Dr. Jamaluddin senantiasa menyokong serta menyertai aktiviti-aktiviti yang melibat anggota masyakat di daerah Sepang mahupun dalam Negeri Selangor ;

  • Lembaga Pengarah Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor
    Sebagai Wakil Pihak Istana,
  • Lembaga Pengarah Perbadanan Putrajaya (kini telah tamat tempoh)
    Wakil Kerajaan Selangor,
  • Pengerusi (Pusat)
    Persatuan Melayu Bugis Selangor
  • Ahli Dewan Diraja Selangor (1 Disember 2010 hingga 30 November 2013),
  • Ahli Majlis JPP Zon Cyberjaya
  • Penaung Kelab Bola Sepak Putra Jasmin (PJFC)

Persatuan Melayu Bugis Selangor dibawah teraju Y.D.M. Tengku Dato’ Prof. Dr. Jamaluddin telah memberikan komitmen yang sangat tinggi dan memainkan peranan yang cukup besar dalam memperkukuhkan hubungan antara Warisan Bugis di Kepulauan Melayu amnya dan melalui Persatuan Melayu Bugis Selangor ini jua YY.D.M. Tengku Dato’ Prof. Dr. Jamaluddin telah menyangkal kenyataan yang dibuat oleh bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Affifuddin Omar di atas keceluparan mulut dan keterlanjuran kata-katanya di dalam forum Mencari Pemimpin Baru Malaysia di Dewan Sivik MBPJ pada 23 Mei 2015 yang lalu.

Barang siapa yang berwarisan Bugis yang bermastautin di Negeri Selangor amnya dan khususnya di dalam Daerah Sepang boleh menyertai Persatuan Melayu Bugis Selangor dengan merujuk kepada Setiausaha Cawangan di setiap Daerah yang terdapat didalam Negeri Selangor.

Sumber :

Sultan kurnia gelaran Istana, SELANGOR February 20, 2016 1:54 pm – https://selangorkini.my/2016/02/sultan-kurnia-gelaran-istana/

Sultan Selangor Lantik 5 Jaksa Pendamai, Diterbitkan: Khamis, 18 Mac 2010 12:00 AM – http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2010/03/18/sultan-selangor-lantik-5-jaksa-pendamai/

http://mitrans.uitm.edu.my/v1/index.php/about-mitrans/history

“Pahlawan Bugis bukan penyamun” – Tengku Jamaluddin, Astro Awani | Diterbitkan pada Jun 09, 2015 15:32 MYT- “Pahlawan Bugis bukan penyamun” – Tengku Jamaluddin, Astro Awani | Diterbitkan pada Jun 09, 2015 15:32 MYThttps://kdnmail.moha.gov.my/service/home/~/?auth=co&loc=en_US&id=27313&part=2

Advertisements