Y.A.M. Tengku Andika Sri Amar DiRaja Selangor – Tengku Shahruddin Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala’uddin Suleiman Shah

Tengku Andika Sri Amar DiRaja Selangor

Y.A.M Tengku Andika Sri Amar DiRaja Selangor

Yang Amat Mulia Tengku Shahruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa merupakan anakanda hasil perkongsian hidup Paduka Sri  Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa bersama surinya iaitu Yang DiMuliakan Che Puri Negara – Che Bidayah Binti Ahmad. Diputerakan pada 11 April 1918. Ketika kemangkatan paduka ayahanda, Y.A.M. Tengku Shahruddin Shah berusia 20 tahun.

Sultan Sulaiman Family with tag (1)

Y.A.M. Tengku Shaharuddin Shah bersama kekanda dan adinda serta Paduka Ayahandanya di Istana Mahkota Puri, Klang

Selangor Sultan Bestows Titles Tengku Shaharuddin Shah ibni Almarhum Sultan Ala”iddin Sulaiman Shah, brother of the Sultan of Selangor, who was formally installed Tengku Andika Sri Amar Di-Raja of Selangor. by the Selangor Ruler last week. He is now the Grand. Chamberlain for the Selangor Royal. Selangor Sultan Bestows Titles, Page 10, Singapore Standard 26 May 1959 

Y.A.M. Tengku Shaharuddin Shah mempunyai beberapa kekanda dan adinda seibu sebapa iaitu ;

– Y.A.M Tengku Sri Asmara DiRaja Selangor – Tengku Akram Shah
– Y.A.M Tengku Zaharian
– Y.A.M Tengku Mohammad Tahir Shah
– Y.A.M Tengku Shahrul Bariah

engku-panglima-setia-diraja-selangor-tengku-panglima-besar-selangor-tengku-sri-andika-diraja-selangor-tengku-sri-asmara-diraja-selangor-tengku-indira-bijaya-diraja-selangor

Y.A.M. Tengku Shaharuddin Shah bersama kekanda dan adinda serta adinda iparnya

Y.A.M. Tengku Shaharuddin Shah telah bersurikan Y.M. Raja Nur Zain un-nisa binti Raja Kechil Sulung Harun Al-Rashid Al-Haj dan dikurniakan beberapa putra putri iaitu;

1. Y.A.D. Tengku Sri Wangsa DiRaja Selangor – Tengku Dato’ Setia Ramli Al-Haj
2. Y.M. Tengku Zain ud-din Shah
3. Y.M. Tengku Muhammad Kamil
4. Y.M. Tengku Fatima
5. Y.M. Tengku Ainor Jasmi

19228760_2013919412175868_7097423634049794048_n

Y.A.M. Tengku Shahruddin Shah telah bersurinya Y.M. Raja Nur Zain un-nisa

Mengimbau penglibatan Y.A.M. Tengku Shahruddin Shah berhubung hal ehwal ke istanaan adalah seawal remaja dan semenjak di bawah era pemerintahan paduka ayahandanya DYMM Paduka Sri Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa lagi kemudian. Ketokohan Y.A.M. Tengku Shahruddin Shah dalam hal ehwal Adat Istiadat Selangor tidak dapat dinafi dan dinilai, bahkan tidak dapat diandaikan namun ianya terlalu luas sejak ianya menjaga kemuliaan Kebawah Duli-Duli Sultan, Yang di-Pertuan Negeri dan wilayah tanggungan Selangor di atas singgahsana takhta Kerajaan Negeri iaitu; Paduka Sri Sultan Sir Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa, Paduka Sri Sultan Hishamuddin Alam Shah, Paduka Sri Sultan Musa Ghiat’uddin Riayat Shah, Paduka Sri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Sultan Alauddin Suleiman Shah bersama Y.A.M Tengku Sri Andika DiRaja Selangor

Y.A.M. Tengku Shahruddin Shah bersama DYMM Paduka Sri Sultan Alauddin Suleiman Shah ketika melawat Hospital of Tropical Diseases at Endleigh Garden, London

Y.A.M. Tengku Shahruddin Shah telah turut berangkat ke England pada bulan Oktober 1936 hingga November 1936 bagi mengiringi paduka ayahanda untuk bertemu dengan King Edward VIII – King of England bagi menyelesaikan isu-isu dalam Negeri Selangor.

Tengku Sri Andika DiRaja Selangor

Duli Yang Maha Mulia Sultan Alauddin Suleiman Shah masanya berangkat melawat Masjid di London pada 16 November 1936.  Duduk dari kanan ke kiri Engku Puan Syarifah Mastura, Isteri Imam Masjid, Yang DiMuliakan Che Anjung Negara, Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, Tuan Imam Masjid, Yang Maha Mulia Tuanku Suri Langat, Yang Mulia Tengku Mahmud Shah. Berdiri dibelakang kanan ke kiri Y.D.M Syeikhul Islam Setia Diraja Selangor – Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdur Rahman, Yang Amat Mulia Tengku Indra Pahlawan DiRaja – Tengku Ahmad Shah, Yang Dihormati Khatib Masjid, Yang Amat Mulia Tengku Sri Andika DiRaja dan Yang Teramat Mulia Tengku Kelana Jaya Putera Selangor.

Y.A.M. Tengku Shahruddin Shah telah kurniakan gelaran Y.A.M Tengku Sri Andika DiRaja Selangor oleh Paduka Ayahanda Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa yang memerintah 1898 – 1938 dalam satu Istiadat pada tahun 1937 bersama-sama kekanda dan adindanya yang diadakan di Astana Mahkota Puri, Klang. Namun pada Mei 1959 telah diberi gelaran baru oleh kekandanya iaitu DYMM Paduka Sri Sultan Hishamuddin Alam Shah sebagai Y.A.M Tengku Andika Sri Amar DiRaja Selangor dan menyandang jawatan sebagai “Grand. Chamberlain for the Selangor Royal” .

Lampiran Perlantikan Raja Bergelar

Y.A.M. Tengku Shahruddin Shah bersama kekanda dan adinda ketika istiadat penerimaan gelaran sekitar tahun 1937

15624900_1829763593929438_7294518068355530752_n

Y.A.M. Tengku Shahruddin Shah (Sebelah Lembing Sangbuan) ketika menjalankan amanah sebagai Orang Besar Istana ketika istiadat menjunjung YDM Engku Kecil Tengah Selangor – Raja Abdul Hamid bin Raja Nong

Y.A.M. Tengku Shahruddin Shah telah menyandang jawatan Penghulu Istiadat Selangor ketika istiadat kemangkatan kekandanya DYMM Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah dan telah memainkan peranan penting ketika Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Legasi  Y.A.M. Tengku Shahruddin Shah sebagai tokoh Adat Istiadat DiRaja Selangor telah diteruskan oleh anakandanya iaitu Y.A.D Tengku Sri Wangsa DiRaja Selangor – Tengku Dato’ Setia Ramli Al-Haj yang telah bergelar Dato Maharaja Lela bagi Istana Selangor pada tahun 1963 sebagai Juruiring kepada Sultan Selangor, bagi mengantikan Y.A.M Tengku Zainun Rashid Ibni Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah yang telah dilantik oleh D.Y.M.M Sultan Selangor sebagai Orang Besar Jajahan Klang dengan gelaran Orang Kaya Maha Bijaya, Klang. Tengku Zainun telah menjadi juruiring selama 27 tahun.

andika-2.jpg

Keratan akhbar Di-makam sa-belah ayah-nya hari ini
Berita Harian, 3 September 1960,

Pada saat rang undang-undang untuk memindahkan urusan-urusan mengenai Adat Istiadat Melayu dari Majlis Agama Selangor kepada Pejabat Sultan Selangor yang akan di kemukakan dalam sidang Dewan Negeri. Y.A.M Tengku Sri Andika DiRaja Selangor – Tengku Shahruddin Shah, Ketua Adat Istana akan mengambil alih urusan-urusan Adat istiadat Melayu. Setelah Dewan Negeri meluluskan rang undang-undang mengenainya. Manakala Y.D.M Engku Panglima Raja – Raja Nong Raja Husin, Setiausaha dan Pemangku Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Selangor akan bertanggungjawab mengenai pentadbiran agama islam. Sejak tahun 1952, segala urusan Adat Istiadat Melayu telah ditadbir oleh Majlis Agama Islam Selangor

andika-4.jpg

Keratan akhbar Undang2 baru memisahkan tugas adat majlis ugama Berita Harian, 8 November 1962,

andika-1.jpg

Keratan akhbar Brilliant Scenes At Coronation Of The Sultan Of Selangor – Malaya Tribune, 27 January 1939, Menunjukkan penglibatan Y.A.M Tengku Shahruddin Shah dalam Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan Kekandanya DYMM Sultan Hishamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah

andika.6

Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato Abu Bakar Baginda menyampaikan ucapan tahniah serta penghargaan kepada Sultan Selangor daripada Kerajaan Selangor semasa Istiadat Pertabalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 27.06.1961. Dato’ Menteri Besar Selangor diapit oleh Y.D.M Engku Panglima Raja (Kiri) dan Y.A.M Tengku Andika Sri Amar DiRaja (Kanan)

Y.A.M Tengku Shahruddin Shah telah menjadi jurucakap kepada satu Pameran barang-barang persembahan untuk DYMM Sultan Selangor pada hari Pertabalan dan Kemahkotaan bulan jun yang diadakan di Muzium Istana Alam Shah sejak 2 Ogos 1961 telah mendapat sambutan dari orang ramai seluruh Persekutuan. Y.A.M Tengku Shahruddin Shah memberitahu bahawa pada hari kelepasan umum banyak terdapat pelawat yang datang dari jauh seperti Singapura, Johor dan Kedah serta Pulau Pinang menyaksikan pameran tersebut. Pameran itu dibuka pada setiap hari kecuali jumaat dari jam 10.30 pagi sampai 1.30 tengah hari dan bersambung semula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Bayaran masuk dikenakan 30 sen untuk derma tabung pembinaan masjid negara dan kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah tidak dikenakan bayaran.
Di antara barang pameran yang paling mahal sekali iaiti Tiara Berlian berharga $ 36.000 untuk di pakai oleh Tengku Ampuan pada majlis jamua-jamuan negara dan pameran berakhir pada 2 September 1961.

Muzium DiRaja Istana Alam Shah, di jaga oleh Pak Busu iaitu Tokoh Seni Ukir di-Klang. Namanya yang sebenar ialah Busu @ Yahya bin Mohd Zain (Imam DiRaja di Masjid Bandar) bin Imam Abdul Raub, berusia 55 tahun. Merupakan Warisan daripada Daeng Merewah @ Kelana Jaya Putra @ Paduka Sri Sultan Ala’uddin Ri’ayat Shah (Yang di-Pertuan Muda Kerajaan Riau-Lingga – 1722 – 1728) putera kepada Opu Ten-ri Burang Daing Rilaga.

andika 3

Keratan akhbar Pameran Barang2 Sembahan Mendapat Sambutan Berita Harian, 21 August 1961,

Pakaian Adat Istiadat Negeri Selangor yang telah di umumkan oleh Y.A.M Tengku Shahruddin Shah selaku Penghulu Adat Istiadat Diraja Selangor mengenai satu peraturan pakaian adat istiadat Negeri Selangor dikuatkuasa supaya orang ramai mengetahui perkara itu dan orang ramai yang mahu masuk ke istana hendaklah memakai songkok untuk menjaga kehormatan istana baik waktu Sultan bersemayam atau tidak. Pengumuman yang ditandatangani oleh menyebut bahawa pakaian Kuning dan Puteh khas untuk Sultan dan Tengku Ampuan.

Peraturan pakaian itu diwajibkan dalam adat istiadat di istana Negeri Selangor meliputi putera-putera Sultan dan Putera-Putera Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah.
Ia juga diwajibkan kepada menantu-menantu perempuan mereka di samping menantu-menantu lelaki serta saudara benar serta cucunda-cucunda Sultan.
Peratoran turut terlibat ialah isteri-isteri anak saudara benar dan cucucuda Sultan yang memerintah, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri, Dewan Diraja dan Pegawai Melayu serta isteri masing-masing

Peraturan itu menyatakan bahawa warna Kuning atau Hijau Khas untuk Raja Muda dan isteri, warna Biru Laut untuk puteri-puteri Sultan dan putera-putera Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah.

Warna Biji Kundang untuk orang-orang Besar Daerah, Kelabu Asap untuk orang-orang Besar Istana, Setiausaha Sulit dan Juruiring dan warna Hitam untuk Penghulu-Penghulu, Mufti, Kadi-Kadi serta Bentara Kanan dan Kiri.
Pakaian itu digunakan sewaktu dibalai rong seri mengadap Sultan, Majlis jamuan Negara dan pakaian didalam Majlis jamuan teh pula mengunakan “lounge suit” serta bersongkok jika orang melayu. Berita Harian, 14 October 1969, Page 1,

andika

Y.A.M Tengku Shaharuddin Shah mengetuai Istiadat menyambut ketibaan Ratu Elizabeth II semasa Menghadap Sultan Selangor di ikuti Panglima Perang Kanan Setia Diraja Selangor – Raja Shahar Bin Raja Hitam dan Panglima Perang Kiri Setia Diraja Selangor – Raja Hamid Bin Raja Nong pada 23.2.1972 – Foto Jabatan Penerangan Malaysia

andika3

Kunjungan Hormat Pembesar-Pembesar Kepada Sultan Selangor, DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Sempena Hari Keputeraan Tuanku di Istana Alam Shah, Klang pada  0.03.1979 – Foto Jabatan Penerangan Malaysia

andika1

Putera Mahkota Jepun Akihito dan Puteri Mahkota Jepun MichikoKunjungan Hormat Pembesar-Pembesar Kepada Sultan Selangor, DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Sempena Hari Keputeraan Tuanku di Istana Alam Shah, Klang pada 10.03.1979 – Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Ketibaan Putri Mahkota Jepun Menghadap Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj di Istana Alam Shah, Kelang. 25.2.1970
Putera Mahkota Jepun Akihito dan Puteri Mahkota Jepun Michiko mengadap Sultan Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada 25-2-1970 – Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Y.A.M Tengku Shahruddin Shah telah kembali kerahmatullah dan dikebumikan di Makam DiRaja Klang dengan penuh Adat Istiadat DiRaja Selangor

Advertisements