Tags

Tengku Indera Pahlawan Diraja SelangorYang Amat Mulia Tengku Ahmad Shah diputerakan pada 22 Oktober 1911, merupakan anakanda lelaki ke empat [5] kepada Raja Yang Dipertuan Selangor – Paduka Sri Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa dan merupakan anakanda lelaki sulung hasil perkongsian hidup baginda dengan surinya iaitu Che Chik Binti Abdullah. Mendapat pendidikan di Martab Melayu Kuala Kangsar, Perak.

Pada tahun 1937 didalam satu adat istiadat bergelar yang diadakan di Astana Mahkota Puri, Klang. Gelaran Tengku Indra Pahlawan Diraja Selangor telah dikurniakan kepada Tengku Ahmad oleh Raja Yang Dipertuan Selangor – Paduka Ayahanda Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa yang memerintah 1898 – 1938.

Berikut adalah adik beradik seibu dan sebapa Tengku Indera Pahlawan Diraja Selangor :-

– YAM Tengku Khatijah (Ku Yong)
– YAM Tengku Ahmad Shah – Tengku Indra Pahlawan Diraja Selangor
– YAM Tengku Yon (Tengku Mahyun)
– YAM Tengku Muhammad Khalid Shah – Tengku Indra Bijaya Diraja Selangor
– YAM Tengku Safia
– YAM Tengku Yacob
– YAM Tengku Aziah

Tengku Ahmad Shah jua mempunyai seorang ahli keluarga angkat takkala ayahanda dan bondanya iaitu Sultan Alauddin Suleiman Shah dengan surinya Cik Chik Binti Abdullah memelihara seorang anak angkat yang bernama Cik Uteh Surau  yang di pelihara dari kecil di Istana Bandar.

Tengku Indra Pahlawan Diraja Selangor – Tengku Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Ala’uddin Suleiman Shah.

Tengku Ahmad Shah telah bersurikan Y.A.M Tengku Petri Kisman Ja’ajan Bt Sultan Ismail I ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV, kemudian bersurikan Hajjah Kalsum binti Hashim dan yang terakhir bersurikan Y.M Tengku Fatima binti Tengku Husain.

Tengku Ahmad Shah telah kembali kerahmatulah 9 April 1991 dan dikembumikan di Makam Diraja Klang.

Sumber :

– Kesentosaan Takhta Selangor
– Pesaka Selangor
– Royal Ark