Tags

,

Bendera D.Y.T.M. Raja Bendahara Selangor - Tengku Badar Shah Ibni Sultan Ala'uddin Suleiman Shah, Sultan Selangor. Ku Alam

Bendera Raja Bendahara Selangor sebagaimana yang diceritakan oleh Orang besar Istana sekitar tahun 1940 dahulu.

Gelaran Duli Yang Amat Mulia Raja Bendahara Selangor dibentuk khas oleh Raja Yang Dipertua Selangor – Almarhum Paduka Sri Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa kepada Tengku Badar Shah.

Gelaran Raja Bendahara ini diambil dari Kesultanan Perak yang merupakan gelaran kedua [2] BAKAL PADUKA SERI SULTAN PERAK dibawah RAJA MUDA. Gelaran penuh Raja Bendahara Wakil al-Sultan Wazir al-Kabir

Sebagai contoh Raja Bendahara Pahang ialah gelaran yang digunakan oleh Bendahara Kesultanan Johor yang memerintah Pahang sebagai wakil mutlak Sultan Johor. Gelaran Raja Bendahara Pahang ditinggalkan apabila Bendahara Tun Ahmad yang memerintah selepas menang dalam Perang Bendahara Pahang memakai gelaran Sultan pada tahun 1882.

Bendera Raja Bendahara Selangor sebagaimana yang diceritakan oleh Orang besar Istana sekitar tahun 1940 dahulu.

Sejarah Kesultanan Selangor telah mencatatkan berhubung Hierarki Gelaran Diraja sejak 1743-1898 seperti berikut:-

1. Paduka Sri Sultan Selangor
2. Raja Muda Selangor
3. Tengku Panglima Besar Selangor

* Gelaran Tunku Panglima Raja dan Panglima Perang Selangor tidak termasuk didalam Hierarki ini kerna Gelaran tersebut adalah sebagai Pengiring Paduka Sri Sultan Selangor. Dalam ertikata lain adalah Pengapit Raja. Kerna itu gelaran Tunku Panglima Raja di perturunkan dari satu keturunan dari satu keturunan dari benih Tunku Panglima Raja Berkat.

Hierarki 1898-1920 pula adalah seperti berikut:

1. D.Y.M.M Paduka Sri Sultan Selangor
2. D.Y.T.M Tunku Putra Mahkota Selangor
2. D.Y.T.M Raja Muda Selangor
3. Y.A.M Tengku Panglima Besar

Adat Istiadat ini telah dilanggar oleh Resident British hingga membawa kepada penetapan hierarki gelaran Diraja yang baru sekitar 1937 iaitu:-

1. D.Y.M.M Paduka Sri Sultan Selangor
2. D.Y.T.M Raja Muda Selangor
2. D.Y.T.M Raja Bendahara Selangor
2. D.Y.T.M Tengku Kelana Jaya Putra
3. Y.A.M Tengku Indera Setia Diraja
4. Y.A.M Tengku Indera Pahlawan Diraja
5. Y.A.M Tengku Panglima Besar Selangor

Gelaran Duli Yang Amat Mulia Raja Bendahara Selangor dibentuk khas oleh Raja Yang Dipertua Selangor – Almarhum Paduka Sri Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa kepada putera keduanya iaitu Y.A.M Tengku Badar Shah.

Gelaran Raja Bendahara Selangor ini telah tidak digunakan selepas kemangkatan D.Y.T.M Tengku Badar Shah sekitar tahun 1945. Namun di wujudkan kepada dengan Gelaran baru iaitu Tengku Bendahara Selangor pada 23 May 1959 oleh Paduka Sri Sultan Hishamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah dan dikurniakan kepada Putera ketiganya yang bernama Y.A.M Tengku Azman Shah Ibni Sultan Hishamuddin Alam Shah.

Gelaran Raja Bendahara ini diambil dari Kesultanan Perak yang merupakan gelaran kedua [2] BAKAL RAJA PERAK dibawah RAJA MUDA. Gelaran penuh Raja Bendahara Wakil al-Sultan Wazir al-Kabir.

Sebagai contoh Raja Bendahara Pahang ialah gelaran yang digunakan oleh Bendahara Kesultanan Johor yang memerintah Pahang sebagai wakil mutlak Sultan Johor. Gelaran Raja Bendahara Pahang ditinggalkan apabila Bendahara Tun Ahmad yang memerintah selepas menang dalam Perang Bendahara Pahang memakai gelaran Sultan pada tahun 1882.

Nota Kaki :
– Raja Bendahara berhak untuk mengunakan Payung Diraja,
– Raja Bendahara berhak mempunyai bendera batang tubuh gelaran.

Catatan Ilmu :-

Sebagai contoh ketika Raja Yang Dipertuan Selangor – Paduka Sri Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Raja Muda Musa mengangkat dan melantik Y.A.M Raja Laut Ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah sebagai Raja Muda Selangor. baginda telah mengurniakan gelaran Tengku Putra Mahkota kepada anakanda sulung baginda iaitu Tengku Musa Uddin.

Tengku Mahkota ialah gelaran bagi anak lelaki sulung kepada Sultan atau Raja yang memerintah negeri di rumpun Melayu. Gelaran ini setaraf dengan gelaran Putera Mahkota.

Sebagai contoh Negara Brunei mengunakan gelaran Putera Mahkota kepada anakanda sulung baginda. Manakala gelaran Tengku Kelana Jaya Putra pula merupakan gelaran Putera Mahkota bagi Yang Di-Pertuan Muda Empayar Kerajaan Johor, Riau dan Lingga

Catatan Ilmu :-
Sebagai contoh ketika Raja Yang Dipertuan Selangor – Paduka Sri Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Raja Muda Musa mengangkat dan melantik Y.A.M Raja Laut Ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah sebagai Raja Muda Selangor. baginda telah mengurniakan gelaran Tengku Putra Mahkota kepada anakanda sulung baginda iaitu Tengku Musa Uddin.

Sumber :

– Sembangkuala – Asal usul Raja Dihilir Perak
– Sembangkuala – DYAM Raja Bendahara
– Kesentosaan Takhta Selangor
– Wikipedia