Tengku Ampuan Fatimah.Tengku Ampuan Fatimah Binti Almarhum Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Rahmatu’llah Shah diputerikan sekitar tahun 1899 di Kuala Kangsar, Perak. Hasil perkongsian hidup Paduka Seri Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah Rahmatu’llah Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar bersama surinya iaitu Tengku Permaisuri Uteh Mariah Binti Haji Sulaiman.

Tengku Ampuan Fatimah Bt Sultan Idris ITengku Ampuan Fatimah telah tertemu jodoh dengan Paduka Sri Sultan Sir Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa sekitar tahun 1921 di Kuala Kangsar, Perak. Tidak lama kemudian Tengku Ampuan Fatimah telah digelar sebagai Suri Singgahsana Negeri Selangor bergelar Tengku Ampuan Paduka Sri Negara pada 11 Januari 1922

Putera puteri yang dikurniakan sepanjang perkongsian hidup Tengku Ampuan Fatimah bersama Paduka Sri Sultan Alauddin Suleiman Shah iaitu :-

1. Y.A.M Tengku Toh Puan Nur Sa’adah – 7 November 1922
2. Y.A.M. Tengku Nur Anwar – 16 February 1924
3. Y.A.M. Tengku Nur Asikhin @ Khaladiah – 1925
4. Y.A.M. Tengku Aris Temenggong Selangor – Tengku Muhammad Yusof Shah – 28 April 1926
5. Y.A.M. Tengku Abdul Rahman – 5 September 1927

Tengku Ampuan Fatimah boleh digambarkan seorang suri negeri yang amat mengasihi keluarga. Ini boleh dilihat takkala Tengku Ampuan Fatimah telah memberi izin kepada puteranya iaitu Y.A.M Tengku Abdul Rahman mengikuti Tengku Kelana Jaya Putera Selangor – Tengku Musa Uddin yang dibuang Kepulauan Cocos Keeling, Lautan Hindi sekitar tahun 1945. Tengku Ampuan Fatimah jua hadir pada saat anakanda tirinya iaitu Tengku Musa Uddin hendak dibawa ke Lapangan Terbang. Kisah ini akan diceritakan di paparan yang bertajuk lain kelak.

Puteri-Puteri Diraja Selangor, Orang Istana Selangor, Istana Mahkota Puri, Adat Istiadat. Sultan Selangor, Ku Alam, Raja Selangor, Raja Muda Selangor

Dari Kiri : Tengku Aris Temenggong Selangor, Tengku Ampuan Fatimah dan Tengku Abdul Rahman semasa di Astana Mahkota Puri

Selepas kemangkatan Paduka Sri Sultan Alauddin Suleiman Shah pada 31 Mac 1938. Tidak lama kemudian Tengku Ampuan Fatimah dan putera-puterinya telah pulang ke Kuala Kangsar dan menetap di Istana Selangor sehinggalah ke akhir hayat.

Tengku Ampuan Fatimah telah kembali kerahmatullah pada 8 April 1983 dan jenazah telah disemadikan di Makam Diraja Klang dengan penuh Adat Istiadat Diraja Selangor.