Tengku Sri Maharaja Diraja Selangor, Tengku Abdul Halim Shah Ibni Sultan Alauddin Suleiman Shah, Sultan dan Raja Yang Dipertuan Negeri Selangor

Tengku Sri Maharaja Diraja Selangor, Tengku Abdul Halim Shah

Y.A.M. Tengku Abdul Halim Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah telah diputerakan pada 12 Oktober 1918 hasil perkongsian hidup Paduka Paduka Sri Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa bersama surinya yang bernama Cik Maimun Binti Abdullah atapun lebih dikenali sebagai Cik Anjung Negara.

Adik beradik seibu dan sebapa Y.A.M. Tengku Abdul Halim Shah adalah seperti berikut :-

– Tengku Raihani,
– Tengku Muzab Shah – Tengku Seri Perdana Di Raja Selangor,
– Tengku Mahmud Shah

Y.A.M. Tengku Abdul Halim Shah telah bersurikan Y.A.M. Tengku Wuk Atiqa Binti Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Tengku Abdul Halim Shah telah diberi gelaran Y.A.M Tengku Sri Maharaja Diraja Selangor bersama kekanda dan adindanya didalam satu istiadat yang berlangsung di Astana Mahkota Puri. Klang sekitar tahun 1937.

Y.A.M. Tengku Abdul Halim Shah sering dilihat mengikuti Paduka Ayahandanya didalam urusan rasmi negeri dan lawatan tidak rasmi dan Y.A.M. Tengku Abdul Halim Shah jua pernah bergelar Yam Tuan Muda Negeri Selangor semasa era pemerintahan Kekandanya iaitu Paduka Sri Sultan Musa Ghiat’ uddin Riayat Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Ala’uddin Sulaiman Shah semasa era penjajahan jepun di Tanah Melayu. Gelaran Y.A.M Tengku Sri Maharaja Diraja Selangor telah diambil gelarnya oleh Y.A.M Tengku Abdul Aziz Shah iaitu kekandanya.

Y.A.M. Tengku Abdul Halim Shah telah kembali kerahmatullah pada 7 Ogos 1985, dan telah disemadikan di Makam Diraja Klang.