11849379_741424262651269_435606176_n

Y.A.M Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah yang terpapar di Istana Alam Shah sebagai Anak Raja Bergelar

Pendahuluan.

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah merupakan Temenggong Pertama (I) dalam Institusi Kesultanan Negeri Selangor semenjak terdirinya Kesultanan Negeri Selangor sekitar tahun 1743 dan sebelum tahun 1937, belum pernah wujud gelaran Tengku Aris Temenggong Selangor. Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah juga menjadi tokoh pertama yang telah menyandang gelaran selama 80 tahun sebagai Temenggong dan menjadikan ianya paling lama dalam Institusi DiRaja dalam Negara yang mengamalkan Demokraksi Berparlimen Raja Berpelembagaan.
Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah berpangkat Nenda (Nenda Saudara) kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah. Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah merupakan putera ke 19 di antara 25 orang putera kepada Paduka Sri Sultan Selangor ke 5, iaitu Almarhum Paduka Sri Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa Ibni Almarhum Sultan Abdul Samad.

Penerima Darjah Kebesaran - Tengku Aris Temenggong Selangor

Warta mengenai Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah adalah Penasihat Adat Istiadat DiRaja Selangor, Anak Raja Bergelar, Waris Yang Lain (Ahli Dewan di-Raja Selangor) dan antara Kerabat DiRaja yang tertua kerna masih mempunyai kekanda yang masih ada antaranya Y.A.M Tengku Nur Anuwar (93 tahun), Y.A.M Tengku Mahmud Shah Al-Haj (92 tahun) dan adindanya Y.A.M Tengku Abdul Murad Shah Al-Haj (89 Tahun). Namun Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah adalah Kerabat DiRaja tertua dikalangan yang bergelar.

Putera Sultan Alauddin Suleiman Shah

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah bersama Paduka Ayahanda dan bersama kekanda dan adinda

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah pernah diberikan kepercayaan dan amanah sebagai Jemaah Pemangku Raja Selangor ketika dibawah Pemerintahan Paduka Sri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah apakala DTYM Raja Muda Selangor – Tengku Idris Shah telah memulakan pelayaran mengelilingi dunia menggunakan kapal layar. Jemaah Pemangku Raja Selangor itu terdiri daripada Y.A.M Tengku Bendahara Selangor – Tengku Azman Shah, Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah, Y.D.M Engku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang – Raja Redzwa, Y.D.H Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya Hulu Langat, dan Mufti Kerajaan Negeri Selangor bagi menjalankan tugas-tugas Sultan Selangor yang mendapatkan rawatan jantung di Orlando Amerika Syarikat.

stock-photo-hari-pertabalan-baginda-sultan-salahuddin-abdul-aziz-shah-sultan-selangor-328854

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah sebagai Aide de camp [A.D.C.] @ Pengiring rapat semasa Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan DYMM Sultan Selangor

Mengimbau kembali penglibatan Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah dalam majlis yang melibatkan Institusi DiRaja Selangor bermula sekitar 1937 semasa Istiadat Menjunjung Duli Keberangkatan Pulang Paduka Ayahandanya; Paduka Sri Sultan Sir Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa dari England. Semasa Istiadat Kemahkotaan kekandanya; Paduka Sri Sultan Musa Ghiat’Uddin Riayat Shah, Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah terlibat dalam membawa Mahkota bersama kekandanya; Y.A.M Tengku Seri Perdana DiRaja – Y.A.M Tengku Muhammad Uzab Shah. Demikian jua ketika Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan Anakanda saudaranya; Paduka Sri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah telah dipertanggungjawabkan sebagai Aide de camp [A.D.C.] @ Pengiring rapat yang mana pada ketika itu berkhidmat dalam Angkatan Udara Diraja Persekutuan.

Pada ketika istiadat pemasyhuran cucunda saudaranya; Paduka Sri Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah telah memainkan peranan yang penting dalam menyembahkan Keris Panjang Beruk Berayun. Penglibatan secara langsung Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah dalam hal ehwal keistanaan, adalah ketika pemerintahan Anakanda saudaranya; Paduka Sri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai D.Y.M.M. Sultan Selangor dan sehinggalah ke hari ini Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah memainkan peranan tersebut.

stock-photo-istiadat-pertabalan-sultan-selangor-sultan-sharafuddin-idris-shah-ibni-almarhum-sultan-salahuddin-abdul-aziz-shah-alhaj-di-istana-alam-shah-klang-64909

Dari kiri : Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah, D.Y.M.M Paduka Sri Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Y.A.M Tengku Aris Temenggong Muhammad Yusof Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah

Latarbelakang.

tengku_ampuan_fatimah

Paduka Ayahanda dan Bonda Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah iaitu Paduka Sri Sultan Sir Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Fatimah binti Almarhum Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Rahmatu’llah Shah

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah telah diputerakan pada 28 April 1926 dan dibesarkan di perkarangan Istana Mahkota Puri, Klang. Hasil perkongsian hidup Paduka Ayahandanya; Paduka Sri Sultan Sir Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa bersama suri negeri baginda iaitu Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Fatimah binti Almarhum Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Rahmatu’llah Shah. Kekanda dan adinda seibu yang lain adalah;

Tengku Aris Temenggong Selangor - Tengku Muhammad Yusof Shah

Dari kiri : YAM Tengku Dato’ Setia Muhamad Yusof Shah, YAM Tengku Nor Anuar, Almarhumah Tengku To’ Puan Nor Sa’adah, Almarhumah Tengku Khaladiah, Almarhum Tengku Abdul Rahman

Y.A.M. Tengku To’ Puan Nur Sa’adah – 7 November 1922
Y.A.M. Tengku Nur Anwar – 16 February 1924
Y.A.M. Tengku Nur Asikhin @ Khaladiah – 1925
Y.A.M. Tengku Abdul Rahman – 5 September 1927

salasilah-sultan-of-selangor-sultan-alauddin-suleiman-shah-ibni-raja-muda-musa

Salasilah Y.A.M Tengku Aris Temenggong Selangor

sultans-palace-mahkota-puri-klang-wangsa-mahkota-selangor-ku-alam

Istana Mahkota Puri, Klang yang kemudiannya di robohkan bagi di dirikan Istana Alam Shah yang berdiri pada hari ini

4316817352_b82ca31bfc_o....

Istana Mahkota Puri, Klang

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah juga merupakan cucunda kepada Almarhum Paduka Seri Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Rahmatu’llah Shah Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar.

Pendidikan.

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Klang kemudian mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Oxford, England. Semasa melanjutkan pelajaran di England, Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah di kenali sebagai JOE di kalangan rakan-rakannya yang lain. antara rakan-rakan Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah semasa di England adalah Almarhum Sultan Idris al-Mutawakkil Alallahi Shah II Ibni Almarhum Sultan Alang Iskandar Shah Kaddasullah, Almarhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Abdul Rahman dikenali sebagai JEFF, K.D.Y.M.M Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dikenali sebagai EDDY, Almarhum K.D.Y.M.M. Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Shah Al-Haj Ibni Almarhum Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah Al-Haj dikenali sebagai ROBERT, K.D.Y.M.M Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein dan rakan-rakan yang lain.

21557447_1591980154205860_217077240763455656_n

Duduk dari kiri ; K.D.Y.M.M. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Mu’adzam Shah, Almarhum K.D.Y.M.M. Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Shah Al-Haj Ibni Almarhum Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah Al-Haj, Almarhum D.Y.T.M. Raja Muda Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah, 
Belakang dari kiri ; 
Y.A.M. Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Ala’uddin Suleiman Shah dan Almarhum K.D.Y.M.M Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah

18948131_1455790067810344_3100226669789577216_n

Y.A.M Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah semasa di England bersama Almarhum Sultan Idris al-Mutawakkil Alallahi Shah II Ibni Almarhum Sultan Alang Iskandar Shah Kaddasullah

Keperibadian.

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah dibesarkan dalam perkarangan Istana Mahkota Puri, Klang dan apakala kemangkatan Paduka Ayahandanya, Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah mengikuti bondanya Tengku Ampuan Fatimah pulang ke Istana Selangor, Kuala Kangsar, Perak. Namun pun begitu Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah akan berangkat ke Klang seandainya ada majlis-majlis yang melibatkan hal ehwal keistanaan Selangor. Ketika kemangkatan Paduka Ayahandanya, Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah berusia 12 tahun pada waktu itu.

313237_10150316230218920_659748919_8087630_319699919_n

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah ketika di zaman pendudukan Jepun di tanah Melayu telah menerima latihan ketenteraan yang ditaja oleh tentera Jepun dalam pasukan Giyutai.

Pengurniaan Gelaran.

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah telah dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Tengku Aris Temenggong Selangor pada tahun 1937 di awal usia 11 tahun oleh Paduka Ayahanda; Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan Sir’ Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa dalam satu istiadat yang berlangsung di Istana Mahkota Puri, Klang dan Istiadat ini disertai dengan kekanda dan adindanya yang lain serta Dato’ Kehormat.

tengku-aris-temenggong-diraja-selangor-waris-diraja-negeri-selangor

Y.A.M Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah ketika bergelar Y.A.M Tengku Aris Temenggong Selangor

Mengimbau sejarah pengurniaan gelaran Tengku Aris Temenggong Selangor ini telah dipilih dan dicadangkan sendiri oleh kekandanya iaitu Yang Teramat Mulia Tengku Kelana Jaya Putra – Tengku Musa Uddin ( D.Y.M.M. Paduka Sri Sultan Musa Ghiat’Uddin Riayat Shah, 1942 – 1945 ) selaku Ketua Adat Istiadat Diraja Selangor pada ketika itu. Sebelum penganugerahan gelaran ini berikan, Paduka kekandanya telah mengadap kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Fatimah untuk memohon limpah perkenan bagi mengurniakan gelaran ini kepada Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah.

lampiran-perlantikan-raja-bergelar

Senarai Penerima gelar pada 23 Jan 1937

Jawatan.

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah telah diberikan amanah dan tanggungjawab untuk menyandang beberapa jawatan penting di dalam dalam hal ehwal yang melibatkan keistanaan mahupun pentadbiran antara sebahagian jawatannya adalah;

  • Penasihat Adat Istiadat DiRaja Selangor
  • Ahli Dewan DiRaja – Waris Yang Lain
  • Anak Raja Bergelar
  • Pengerusi Masjid Istana DiRaja, Istana Alam Shah, Klang

    Undang2 Tubuh Selangor

    Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 mengenai Taksiran dibahagian pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan, hlm 14.

Kerjaya.

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah telah memulakan kerjaya pada tahun 1953 di Pejabat Setiausaha Negeri Selangor dan pada tahun 1957 telah menyandang jawatan Sergeant At Arms Di Dewan Mesyuarat Undangan Persekutuan sehingga Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Kemudian dilantik menjadi Juruiring Pertama dan Setiausaha Sulit kepada Gabenor Negeri Pulau Pinang Y.B.M. Raja Sir Tun Uda bin Raja Muhammad.

tengku-temenggong-selangor-tok-temenggong

Y.A.M Tengku Muhammad Yusuf Shah Ibni Almarhum Sultan Sir’ Ala’uddin Suleiman Shah ketika menjawat Sergeant At Arms Di Dewan Mesyuarat Undangan Persekutuann

Minat yang mendalam dalam pasukan keselamatan telah membawa Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah menyertai Pasukan Udara Sukarela Malaya di Pulau Pinang setelah lulus dalam Peperiksaan Kecekapan untuk latihan sebagai Juruterbang dan dilantik sebagai Pegawai interligence dalam pasukan tersebut. Kesungguhan yang mendalam membawa hasil apabila ditauliah sebagai salah seorang daripada 136 orang yang menerima Tauliah sebagai Pegawai Juruterbang dalam Angkatan Udara Diraja Persekutuan Tanah Melayu sekitar tahun 1958.

y-a-m-tengku-aris-temenggong-selangor-tengku-muhammad-yusof-ibni-almarhum-sultan-sir-alauddin-suleiman-shah

Keratan akhbar mengenai Y.A.M Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah

Mengimbau cita-cita untuk menjadi seorang Juruterbang Kapal Terbang Perang dalam tahun 1947 dan kemudian ingin pergi ke England untuk masuk berkhidmat dengan Angakatan Udara Diraja di sana. Namun tidak mendapat perkenan dari bonda. Namun cita-cita tersebut menjadi nyata apabila Angkatan Udara DiRaja Persekutuan Tanah Melayu membuka pemohonan pegawai baru. Maka peluang tersebut segera direbut dan memujuk bondanya dan menerangkan cita-citanya dan pujukan tersebut telah diperkenankan. Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah telah meletakkan jawatan dari perkhidmatan sebagai Setiausaha Sulit kepada Gabenor Pulau Pinang dan masuk berkhidmat dalam Angkatan Udara Diraja Persekutuan Tanah Melayu. Semasa didalam perkhidmatan telah dilantik menjadi Juruiring kepada Pegawai Pemerintah Angkatan Udara Diraja Persekutuan Tanah Melayu, Air Commodore N C Hyde (30 May 1958: Air Force Member Armed Forces Council, Malaya).

Perkahwinan.

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah telah bersurikan Yang Mulia Tengku Puan Temenggong – Raja Datin Setia Saidatul-Ezam Binti Raja Kechil Besar Brigadier General [B] Raja Dato’ Seri Lope Nur Rashid pada tahun 1953 dengan diberikan geran sebanyak 1,000.00 dari Kerajaan Negeri sejajar dengan hak-hak sebagai seorang putera Sultan.

royal-wedding-of-selangor-and-perak-sultan-of-selangor

Perkahwinan Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah bersama surinya Yang Mulia Tengku Puan Temenggong – Raja Datin Setia Saidatul-Ezam Binti Raja Kechil Besar Brigadier General [B] Raja Dato’ Seri Lope Nur Rashid

Tengku Aris Temenggong Selangor (Tengku Mohd Yusof Shah) & Raja Saidatol Ezam Bt Brdg. Raja Lope Rashid.

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah bersama surinya Yang Mulia Tengku Puan Temenggong – Raja Datin Setia Saidatul-Ezam Binti Raja Kechil Besar Brigadier General [B] Raja Dato’ Seri Lope Nur Rashid

Majlis Perkahwinan DiRaja telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Istana Negara dan dihadiri oleh para kenamaan dan diketuai sendiri oleh kekandanya iaitu Paduka Sri Sultan Hishamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Ala’uddin Suleiman Shah. Hasil perkongsian hidup Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah bersama surinya, dikurniakan 10 putera puteri iaitu 2 putera dan 8 puteri iaitu;

1. Tengku Nariman
2. Tengku Molfi
3. Tengku Yasmin
4. Tengku Soraya
5. Tengku Zarinah
6. Raja Molek Nazarian
7. Tengku Zera
8. Tengku Farah
9. Tengku Mohd Sharifuddin
10. Tengku Mohd Yaacob

tengku-temenggong-selangor-waris-kesultanan-selangor

Potret yang dihasilkan oleh Y.A.M Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah

Pada 16 Oktober 2014, suri Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah iaitu Yang Mulia Tengku Puan Temenggong – Raja Datin Setia Saidatul-Ezam Binti Raja Kechil Besar Brigadier General [B] Raja Dato’ Seri Lope Nur Rashid telah kembali kerahmatullah pada usia 78 tahun dan telah disempurnakan pemakaman di Makam DiRaja Selangor, Shah Alam.

Y.A.M. Tengku Aris Temenggong Selangor - Tengku Dato' Setia Muhammad Yusof Shah

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah bersama surinya Yang Mulia Tengku Puan Temenggong – Raja Datin Setia Saidatul-Ezam Binti Raja Kechil Besar Brigadier General [B] Raja Dato’ Seri Lope Nur Rashid

Darjah Kebesaran.

Sepanjang menabur bakti dan taat setia pada Institusi DiRaja dan juga Negeri mahupun Negara, Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah telah dikurniakan pingat dan darjah kebesaran Negeri antaranya ;

– Darjah Kerabat Selangor Kedua (D.K.II),
– Darjah Seri Sultan Sharafudddin Idris Shah (S.S.I.S.),
– Darjah Setia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.A.),
– Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.).

keputeraan

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah menerima Darjah Kerabat Selangor Kedua (DK II)  sempena hari keputeraan ke-66, DYMM Sultan Selangor

Sumbangan.

Ketokohan Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah dalam hal ehwal keistanaan khususnya yang melibatkan adat istiadat dan sejarah negeri sering dijadikan tempat rujukan oleh pengamat sejarah dan pelajar-pelajar serta lain-lain pihak. Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah amat menekankan bahawa sejarah itu perlu diceritakan tanpa perlu dipadam dan di manipulasi mahupun di tokok tambah. Sejarah tetap sejarah dan ianya perlu dibukukan tanpa rasa getar walaupun ianya sukar untuk ditelan mahupun diterima.

YAM TENGKU ARIS TEMENGGONG

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah bersama-sama Ayahanda dan Bonda serta Kekanda dan Adinda serta Pembesar-Pembesar Negeri

Kesimpulan.

Biografi ringkas Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah ini adalah pelengkap kepada artikel bertarikh 31 Disember 2013 [Raingkasan Biografi Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah]. Menyandang gelaran selama 80 Tahun semestinya sepanjang tempoh tersebut terlalu banyak Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah telah sumbangkan baik kepada Negeri mahupun Institusi Diraja Selangor. Merupakan antara Anak Raja Bergelar yang paling lama memegang gelaran Temenggong di dalam Negara. Mengikut adat kedudukan Temenggong dalam adat Istiadat kerajaan Kesultanan Melayu Johor – Pahang – Riau – Lingga di bawah pemerintahan Seri Paduka Sultan Badrul Alam Shah [1722 – 1760] yang telah memerintah dan membentuk adat istiadat iaitu; hanya Sultan, Yang Dipertuan Muda, Raja Muda, Bendahara dan Temenggong sahaja layak di palu Nobat. Ini mengambarkan bahawa kedudukan Temenggong adalah berada dalam hieraki yang tinggi.

Yang Amat Mulia Tengku Dato_ Setia Muhammad Yusof Shah

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah ketika berusia sekitar usia 90 tahun

Ketokohan Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah dalam hal ehwal Adat Istiadat Selangor tidak dapat dinilai, bahkan tidak dapat diandaikan namun ianya semestinya terlalu luas sejak ianya memberikan khidmat dibawah dan menjaga kemuliaan Kebawah Duli-Duli Sultan, Yang di-Pertuan Negeri dan wilayah tanggungan Selangor di atas singgahsana takhta Kerajaan Negeri iaitu; Paduka Sri Sultan Sir Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa, Paduka Sri Sultan Musa Ghiat’Uddin Riayat Shah, Paduka Sri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Paduka Sri Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Keperibadian yang dimiliki oleh Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah banyak mempunyai ciri-ciri dan jiwa almarhum paduka ayahandanya iaitu Paduka Sri Sultan Sir Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa khususnya yang melibatkan kesenian dan ketegasan dalam hal ehwal yang melibatkan adat istiadat.

12. Kembali kerahmatullah/ Mangkat

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah telah menghembuskan nafas terakhir @ mangkat/ kembali kerahmatullah pada usia 91 tahun di pagi 3 Jan 2018 di Wad DiRaja, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Jenazah almarhum kemudian telah dibawa ke Masjid Diraja Istana Alam Shah sekitar jam 1.30 tengah hari, kemudian dimandi, dikafan serta disembahyangkan selepas solat Asar sekitar jam 5 petang dan solat jenazah telah diimamkan oleh Imam Paduka Tuan Masjid Diraja Istana Alam Shah, Mohd Rasid Mahful sebelum dibawa ke Makam Diraja Klang untuk disempurnakan jenazah almarhum.

Sumber :
Foto bergambar sebahagian daripada ahli keluarga Almarhum Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah,
Perceritaan dari Almarhum Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah

Advertisements