Tengku Nor Saadah

Yang Amat Mulia Tengku Toh Puan Nur Sa’adah telah diputerikan pada 7 November 1922, di Istana Bandar, Jugra. Merupakan anakanda sulung hasil perkongsian hidup Paduka Sri Sultan Sir Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa bersama Tengku Ampuan Fatimah binti Almarhum Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Rahmatu’llah Shah sekitar tahun 1921.

Adinda-adinda Tengku Toh Puan Nur Sa’adah seibu sebapa adalah,

Y.A.M. Tengku Nur Anwar – 16 February 1924
Y.A.M. Tengku Nur Asikhin @ Khaladiah – 1925
Y.A.M. Tengku Aris Temenggong Selangor – Tengku Muhammad Yusof Shah – 28 April 1926
Y.A.M. Tengku Abdul Rahman – 5 September 1927

Raja Sir Tun Uda dan Tengku Toh Puan Nor Sa'adah

Potret Tengku Toh Puan Nur Sa’adah Bt Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah bersama Raja Sir Tun Uda B Raja Muhammad

Tengku Toh Puan Nur Sa’adah telah dibesarkan di Astana Mahkota Puri dan bertemu jodoh dengan Raja Tun Uda B Raja Muhammad pada tanggal 30 Julai 1939, setahun selepas mangkatnya Almarhum Paduka Ayahandanya. Perkahwinan ini telah kekal sepanjang 37 tahun sehingga habisnya hayat Raja Tun Uda sekitar tahun 1976.

Perkahwinan Tengku Toh Puan Nur Sa’adah dengan Raja Tun Uda B Raja Muhammad yang berlangsung di Istana Mahkota, Kelang, diadakan dengan penuh adat istiadat bagi seorang Puteri Di-Raja.

Tengku Puan Nor Sa'adah.

Tengku Toh Puan Nur Sa’adah semasa menghadiri majlis rasmi sekita menjadi Isteri kepada T.Y.T Yang Dipertua Pulau Pinang

Tengku Toh Puan Nur Sa’adah telah menjalankan tugas sebagai isteri kepada Wakil negara diluar negeri seperti menghadiri ke majlis-majlis rasmi di United Kingdom semasa Raja Tun Uda dilantik menjadi wakil Malaya dan Singapura ke United Kingdom dan sentiasa mengenakan pakaian yang melambangkan imej wanita Melayu yang mempunyai khazanah seni yang indah. Demikian jua semasa Raja Tun Uda dilantik sebagai T.Y.T Yang Dipertua Pertama Pulau Pinang.

Tengku Toh Puan Nur Sa’adah telah kembali kerahmatullah pada usia 92 tahun pada 5 Mei 2014 dan jenazah telah dikebumikan di Makam Diraja Kelang, Selangor