Tengku Aris Temengong Diraja Selangor (2)

Tengku Aris Temengong Selangor semasa menerima Darjah Kerabat Selangor. DK II

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah kini berusia 87 Tahun dan seorang yang mempunyai pengetahuan yang luas berhubung Adat Istiadat Diraja Negeri Selangor serta berjiwa seni yang diwarisi dari Almarhum Paduka Ayahandanya.

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof merupakan Temenggong Pertama (I) didalam Institusi Diraja Negeri Selangor semenjak terdirinya Kesultanan Negeri Selangor sekitar tahun 1743 setelah Raja Lumu dilantik sebagai Raja Kecil Jajahan Selangor Bergelar Yang Dipertuan (Raja Kecil), oleh ayahandanya iaitu Paduka Sri Raja Chelak Ibni Upu Tenderi Burong Daing Rilaga.

Tengku Aris Temenggong Diraja Selangor - Waris Diraja Negeri SelangorYang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah telah diputerakan pada 28 April 1926. Hasil perkongsian hidup Paduka Sri Sultan Sir Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa bersama Tengku Ampuan Fatimah binti Almarhum Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Rahmatu’llah Shah sekitar tahun 1921. Kekanda dan adindanya yang lain adalah,

Y.A.M. Tengku Nur Sa’adah – 7 November 1922 Y.A.M. Tengku Nur Anwar – 16 February 1924 Y.A.M. Tengku Nur Asikhin @ Khaladiah – 1925 Y.A.M. Tengku Abdul Rahman – 5 September 1927

Puteri-Puteri Diraja Selangor, Orang Istana Selangor, Istana Mahkota Puri, Adat Istiadat. Sultan Selangor, Ku Alam, Raja Selangor, Raja Muda Selangor

Potret bersama Bonda dan Adinda, Semasa Istiadat Mengadap Sultan Selangor yang baru pulang dari England sekitar tahun 1937

Diberi gelar sebagai Tengku Aris Temenggong Selangor pada tahun 1937 pada usia 11 tahun oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan Sir’ Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa didalam satu istiadat di Istana Mahkota Puri, Klang. Istiadat ini disertai dengan kekanda dan adindanya yang lain.

Tengku Aris Temengong Diraja Selangor (1)Pemberian gelaran Tengku Aris Temenggong Selangor ini telah dipilih dan diberikan oleh kekandanya iaitu Tengku Musa Uddin selaku Ketua Adat Istiadat Diraja Selangor pada ketika itu.  Sebelum penganugerahan gelaran ini, Paduka kekandanya telah datang mengadap kebawah Duli Tengku Ampuan Fatimah untuk mengurniakan gelaran ini. [Diperceritakan oleh Tengku Aris Temenggong Selangor]

Tengku Aris Temenggong Selangor merupakan Waris Negeri Selangor yang bergelar antara yang tertua didalam 44 orang adik-beradik dan merupakan antara Anak Raja Bergelar yang paling lama memegang gelaran didalam Negara.

Royal Wedding Of Selangor and Perak, Sultan Of Selangor

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah telah bertemu jodoh pada tahun 1953 dengan Y.M. Raja Datin Setia Saidatul-Ezam Binti Brigadier General [B] Raja Dato’ Seri Lope Nur Rashid – Raja Kechil Besar Perak. Majlis perkahwinan Diraja ini berlangsung di Istana Negara lama dan dihadiri oleh para kenamaan dan diketuai sendiri oleh kekandanya iaitu Paduka Sri Sultan Sir Hisham’uddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Ala’uddin Suleiman Shah. Hasil perkongsian hidup Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah dikurniakan 10 putra putri iaitu :-

Tengku Temenggong Selangor. Waris Kesultanan Selangor

1. Tengku Nariman 2. Tengku Molfi 3. Tengku Yasmin 4. Tengku Soraya 5. Tengku Zarinah 6. Raja Molek Nazarian 7. Tengku Zera 8. Tengku Farah 9. Tengku Mohd Sharifuddin 10. Tengku Mohd Yaacob

Royal Selangor and Royal Perak. Temenggong Diraja SelangorTengku Aris Temenggong Selangor Ninda Kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Anak Raja Bergelar Ahli Dewan di-Raja Selangor Darjah kurniaan P.J.K., S.S.A., S.S.I.S., D.K.II.

Kisah zaman kanak-kanak dan Tengku Aris Temenggong Selangor akan di ceritakan kelak. Seperti zaman pendudukan jepun di Tanah Melayu, semasa menutut di England dan kerjaya sebagai Pegawai Tentera Udara dan lain-lain. Insyallah…

Y.A.M Tengku Aris Temenggong Selangor - Tengku Muhammad Yusof Ibni Almarhum Sultan Sir Ala'uddin Suleiman Shah.