Sultans Palace Mahkota Puri, Klang, Wangsa Mahkota SelangorIstana ini dibina sekitar tahun 1899 sebagai istana rasmi Paduka Sri Sultan Selangor Darul Ehsan oleh Kerajaan British bagi memastikan pusat pemerintahan Paduka Sri Sultan Sir Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa berdekatan dengan pusat pentadbiran kolonial British di Kuala Lumpur.

Sultans Palace Mahkota Puri, Klang, Wangsa Mahkota Selangor, Ku AlamSebagai mana yang diketahui, Pusat pemerintahan Paduka Sri Sultan Selangor sebelum ini adalah di Jugra, Kuala Langat. Astana ini telah digunakan ketika istiadat pertabalan Paduka Sri Sultan Ala’uddin Suleiman Shah sebagai Paduka Sri Sultan Selangor Darul Ehsan. Demikian jua Istiadat Pemasyhuran Tunku Maharum Bt Raja Muda Tunku Dziauddin @ Tunku Kudin Sebagai Tengku Ampuan Selangor dan Tengku Musa Uddin Sebagai Tunku Putra Mahkota Selangor sekitar tahun 1903. Bertitik tolak dari peristiwa pembinaan Astana mahkota Puri ini, secara tidak langsung Klang dikenali sebagai Pusat Pemerintahan Diraja ertikata lain Bandar Diraja. Walaupun terbinanya Astana ini, namun Paduka Sri Sultan Ala’uddin Suleiman Shah tidak pernah sesekali meminggirkan Jugra tempat baginda bersemanyam sebelum ini di Astana Bandar. Astana Mahkota Puri ini dibina di atas bukit dan seni reka serta ukiran adalah hasil sentuhan Paduka Sri Sultan Ala’uddin Suleiman Shah sendiri.

Istana Sultan Of SelangorTakkala Paduka Sri Sultan Alauddin Suleiman Shah mangkat sekitar tahun 1938. Maka di istana ini jua lah Raja Muda Alam Shah ditabalkan sebagai Paduka Sri Sultan Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor yang baru. Semasa era pemerintahan Paduka Sri Sultan Hishamuddin Alam Shah, Astana Mahkota Puri telah dirobohkan untuk pembinaan istana yang baru di atas tapak Astana Mahkota Puri yang kini dikenali sebagai Istana Alam Shah. Paduka Sri Sultan Hishamuddin Alam Shah tidak sempat untuk merasmikan Istana baru ini, kerna baginda telah mangkat sebelum istana ini siapa sepenuhnya

Untuk makluman, Klang telah menjadi pusat pentadbiran pada 1880 dan pada 1890 telah dijadikan sebuah daerah setelah pusat pentadbiran berpindah ke Kuala Lumpur. Mengikut lipatan sejarah nan lalu, Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Klang adalah sebahagian daripada kawasan jajahan takluknya. Ia diperintah oleh Tun Perak yang kemudiannya dipanggil untuk berkhidmat di Melaka dan telah menjadi seorang Bendahara yang terkenal. Ketrampilan hebat Tun Perak itu juga telah menyebabkan Klang menjadi terkenal dan masyhur.

Sungai Klang merupakan nadi kepada pembangunan dan perkembangan Klang dan kawasan sekitarnya pada masa itu. Muara Sungai Klang menjadi pintu masuk utama yang mengawal keluar-masuk hasil mahsul dan barang dagangan kawasan Lembah Klang dengan pedagang asing. Bagaimanapun perkembangan Klang pada masa itu hanya tertumpu pada bahagian selatan Sungai Klang sahaja. Ia dapat ditunjukkan dengan terletaknya jumlah bangunan lama sebelum perang yang banyak di Klang Selatan.

Advertisements