Paduka Sri Sultan Sir Hishamuddin Alam ShahBaginda adalah putera lelaki ketiga [3] Almarhum Paduka Sri Sultan Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa (1893-1938) bersama suri almarhum iaitu Cik Hasnah Binti Pilong, di namakan sebagai Tengku Alam Shah ketika diputerakan di puterakan pada 13 Mei 1898 di Bandar Termasha, Kuala Langat dan, baginda tidak menjangka akan menaiki takhta Yang Dipertuan Muda Selangor kerna mempunyai dua [2] orang kekanda iaitu Tengku Musa Uddin dan Tengku Badar Shah.

Mendapatkan pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar, sikap kepimpinan baginda dapat di lihat sejak sewal remaja lagi sehingga baginda menaiki takhta. Dimana baginda dilantik sebagai Presiden Komuniti Masjid Sultan Ala’ Uddin sektar 1925, ADC [ Pengiring ] kepada Sultan Ala’ Uddin Suleiman Shah sekitar 1931, Presiden Lembaga Sekolah Bahasa Arab Sekitar 1933, Naib Presiden Kelab Rotary Klang 1931-1938, MSC Selangor 1934-1938. Kolonel Terhormat Batalion kedua [2] Pasukan Sukarelawan Persekutuan Negeri Melayu sekitar 1938 dan Kapten Kehormat Pasukan Sukarelawan Tentera Udara [SSVAF] sekitar 1941.

Sultan Of Selangor, Raja Selangor, Sultan Alam Shah, Wangsa Mahkota Selangor..

Paduka Sri Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah bersama Tengku Ampuan Jemaah Bt Raja Ahmad

Baginda telah bersurikan Raja Hajjah Jema’ah binti Raja Ahmad kemudian bergelar Tengku Ampuan Hajjah Jema’ah binti Raja Ahmad kemudian bersurikan Cik Hajjah Kalsum binti Haji Mahmud [Che ‘Som]

Diberi kurnia gelaran Tengku Panglima Diraja Selangor sekitar tahun 1920, kemudian Tengku Laksamana Selangor pada tahun 1931 dan atas prestasi yang sangat cemerlang yang diperlihatkan oleh baginda. Takkala pihak british mencampuri hal ehwal adat istiadat didalam Negeri Selangor maka british telah menurunkan Yang Dipertuan Muda Selangor ketika itu yang merupakan kekanda baginda iaitu Tengku Musa Uddin, maka pihak british merujuk kepada Residen British iaitu, Theodore Samuel Adams [1935 – 1937), berpendapat dan berkehendakkan baginda menjadi Raja Muda Selangor seterusnya menjadi pewaris kepada takhta Raja Yang Dipertuan Selangor dan Tengku Musa Uddin telah diturunkan sebagai Raja Muda pada tahun 1934 yang dikatakan “salah laku”. Dilantik sebagai Pewaris Takhta 31 Oktober tahun 1934 dan secara rasmi menjunjung duli sebagai Raja Muda Selangor, di Istana Mahkota, Klang, 20 Julai tahun 1936. Kemudian setelah kemangkatan ayahanda baginda pada, 31 Mac 1938. maka diangkat sebagai Raja yang Dipertuan Selangor, di Istana Mahkota, Klang, 4 April tahun 1938. Dimahkotakan sebagai Sultan dan Yang di-Pertuan Selangor Darul Ihsan, di Istana Mahkota, Klang, 26 Januari 1939. [1]

Theodore Samuel Adams telah menuduh Tengku Musa Uddin sebagai boros dan orang yg tak berguna dengan kegemaran untuk perjudian. Walau bagaimanapun, ramai orang Melayu di Selangor percaya sebab sebenar bagi pemecatan Tengku Musa Uddin adalah keengganan Tengku Musa Uddin untuk mengikuti perintah Adam. [2]

Walaupun Sultan Ala’ uddin Suleiman Shah mengaku bagi kes Tengku Musa Uddin (walaupun rayuan telah dibuat kepada Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan British dan membincangkan isu secara langsung di London), namun pihak british tetap berkehendakkan baginda sebagai Pewaris takhta mengenepikan kekanda baginda iaitu Tengku Badar Shah yang merupakan Tengku Panglima Besar Selangor. kemudian takkala penyusunan Raja-Raja bergelar bagi Negeri Selangor oleh ayahanda baginda seiring dengan pengisytihar’an baginda sebagai Raja Muda atau pewaris takhta maka kekanda baginda yang tua iaitu Tengku Musa Uddin bergelar Tengku Kelana Jaya Putera dan Tengku Badar Shah bergelar Raja Bendahara Selangor, pelantikan itu berlaku pada 20 Julai 1936. [3]

Namun kekanda baginda iaitu yang tua iaitu Tengku Musa Uddin yang telah diturunkan dari Pewaris Takhta beranggapan segala yang terjadi adalah ketentuan ILAHI dan menerimanya dengan rehda dan hati terbuka. Sebagai pencerahan yang jelas dan nyata bahawa ketika baginda dimahkotakan sebagai Raja Yang Dipertuan Selangor di Istana Mahkota Puri di Klang bergelar Paduka Sri Sultan Hisham’ Uddin Alam Shah [1938–1942]. Kekanda baginda iaitu Tengku Musa Uddin, telah mempengerusikan majlis tersebut tanpa sebagai prangsangka. [4]

Yang Dipertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu.

Almarhum Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah ketika dilantik sebagai Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu. Manakala Almarhum Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu. Sekitar 14 April 1960.

Namun takkala pendudukan Jepun di tanah melayu pada 15 Januari 1942, Kol Fujiyama, Gabenor Tentera Jepun Selangor, telah menjemput baginda ke Dewan Raja di Kuala Lumpur. Dalam temu bual dengan Mejar-Jeneral Minaki, baginda mengaku bahawa telah membuat ucapan dalam menyokong usaha perang British tetapi telah dipujuk oleh British untuk berbuat demikian. Selepas itu phak jepun telah menurunkan baginda sebagai Raja Yang Dipertuan Selangor dan mengangkat kekanda baginda iaitu Tengku Musa Uddin sebagai Raja Yang Dipertuan Selangor yang baru pada November 1943, bergelar Paduka Sri Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah [1942–1945]. [5]

Sultan Of Selangor, Raja Selangor, Sultan Alam Shah, Wangsa Mahkota Selangor. Ku AlamTakkala British kembali semula mentadbir tanah melayu maka baginda telah dikembalikan semula takhta kerajaan sebagai Raja Yang Dipertuan Selangor dengan mengunakan gelaran yang terdahulu seawal menaiki takhta iaitu Paduka Sri Sultan Hisham’ Uddin Alam Shah [1945-1960. ] hingga warisan baginda menjadi Raja Yang Dipertuan Selangor hingga ke hari ini dan kekanda baginda iaitu Tengku Muda Uddin yang menjadi Raja Yang Dipertuan Selangor semasa era jepun telah dibuang negeri ke Kepulauan Cocos Keeling. [6]

Walaupun baginda telah menandatangani perjanjian Malayan Union, seperti semua raja-raja Melayu yang lain, kemudiannya baginda telah menolak penubuhan Malaya Union dan telah memberikan sokongan secara terbuka kepada usaha kebangkitan Semangat Melayu untuk menumbangkan rancangan Malayan Union. Pada 1 Mac 1946, baginda telah merasmikan Kongres Perpaduan Melayu Pertama di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur yang telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan UMNO. Kongres telah dianjurkan oleh Persatuan Melayu Selangor (PMS).

Sultan Of Selangor, Raja Selangor, Sultan Alam Shah, Wangsa Mahkota Selangor. 11

Semasa perlantikkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu.

Baginda telah dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agong selepas persekutuan tanah melayu mencapai kemerdekaan dan seterusnya baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke dua [2] selepas kemangkatan Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tunku Muhammad iaitu Yang di-Pertuan Agong pertama bagi Persektuan Tanah Melayu. Namun tanggungjawab sebagai Yang Dipertuan Agong tidak lama, setelah baginda gering atas penyakit mesteri yang di Istana Tetamu di Kuala Lumpur pada 1 September 1960 pada ketika dan waktu  baginda ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu pada usia 62 tahun. Baginda telah dimakamkan di Makam Diraja Klang pada 3 September 1960. [7]

Sultan Of Selangor, Raja Selangor, Sultan Alam Shah, Wangsa Mahkota Selangor. 1111Sepanjang baginda menjadi Raja Yang Dipertuan Selangor dan Yang Dipertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu, baginda telah di kurniakan King George V Silver Jubilee Medal, 1935, King George VI Coronation Medal, 1937, Knight Komander Perintah St Michael dan St George (KCMG) gelaran [ Sir ], 1938 dan Queen Elizabeth II Coronation Medal, 1953, Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati – DK Brunei pada 24.9.1958 dan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.), 1958.

Sultan Of Selangor, Raja Selangor, Sultan Alam Shah, Wangsa Mahkota SelangorBaginda jua banyak memberikan sumbangan terhadap perkembangan Islam terutama dari aspek pendidikan. Antaranya bermurah hati menyerah dan mewakafkan Istana Jemaah dan sebidang tanah seluas 14.3 ekar di Jalan Kota Raja, Klang untuk didirikan Kolej Islam Malaya yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah pada tahun 1955 yang merupakan antara sekolah asrama penuh terbaik negara. Baginda amat berharap agar kolej ini dapat melahirkan para ulama’ yang bertakwa kepada Allah dan seterusnya menerangi masyarakat Malaysia ini dengan ruh-ruh Islam serta dapat menghapuskan segala bentuk kekufuran dan jahiliah yang ada. Baginda jua telah memainkan peranan penting dalam penubuhan Malay College Old Boys Association (MCOBA) pada tahun 1929.

Royal Selangor, Sultan Of Selangor, Raja Selangor, Sultan Alam Shah, Wangsa Mahkota Selangor

Lawatan keatas pelajar-pelajar Tanah Melayu yang melanjutkan pelajaran di England sekitar tahun 1952.
Foto : Google

Hakikatnya terlalu banyak sumbangan yang telah di sumbangkan oleh baginda didalam meneruskan pembangunan negeri yang telah di mulai oleh moyang baginda iaitu Almarhum Paduka Sri Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Panglima Besar – Raja Abdullah dan ayahanda baginda tanpa menolak ketepi kepentingan pendidikan islam.

Rujukan :

  1. Buyong Adil, 1971, Sejarah Selangor
  2. Buyong Adil, op cit
  3. Willan, HC (7 October 1945) Interview with the Malay Rulers
  4. (August 4, 1957) Sunday Times, Singapore
  5. Buku Kesentosaan Takhta Selangor