Tags

,

Tengku Badar Shah

Y.A.M Tengku Badar Shah Ibni Almarhum Sultan Ala’uddin Suleiman Shah

D.Y.T.M. Raja Bendahara Badar Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Ala’uddin Suleiman Shah, diputerakan di Kampung Bandar, Bandar Temasha, Jugra pada 18 April 1893 hasil perkongsian hidup Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah bersama Cik Hasnah Binti Pilong. Merupakan anakanda kedua dari 44 orang adik beradik dan perbezaan usia Raja Bendahara Selangor dengan kekandanya Tengku Musa Uddin hanyalah dua [2] bulan sahaja.

Baginda mendapat pendidikan sebagaimana kekandanya Tengku Musa Uddin dan pendidikan seterusnya di Martab Melayu  Kuala Kangsar dan tamat  VII Standard dan seterusnya telah memohon jawatan didalam perkhidmatan awam.

Baginda telah bersurikan Y.A.M. Raja Ambin Binti Almarhum Sultan Sir  Abdul Jalil Nasiruddin Muhtaram Shah kemudian Y.M. Raja Nur binti Raja Juma’at dan Y.M. Raja Indira binti Raja Ahmad. Sepanjang perkahwinan baginda telah dikurniakan beberapa putera dan puteri;

– Y.M. Tengku Muhammad Tahir bin Raja Bendahara Tengku Badar Shah,
– Y.M. Tengku Shahrani bin Raja Bendahara Tengku Badar Shah,
– Y.M. Raja Nur Akmar binti Raja Bendahara Tengku Badar Shah,
– Y.M. Raja Nur Haniza binti Raja Bendahara Tengku Badar Shah,
– Y.MM Paduka Bonda Raja Selangor – Raja Nur Saidat ul-Ihsan binti Tengku Badar Shah,
– Y.M. Raja Azian binti Raja Bendahara Tengku Badar Shah.

Diberi gelaran Tengku Panglima Besar pada 6 Jun 1928, dan seterusnya Raja Bendahara Selangor 20 Julai 1936 ketika Negeri Selangor dilanda krisis takhta.

Bendera D.Y.T.M. Raja Bendahara Selangor - Tengku Badar Shah Ibni Sultan Ala'uddin Suleiman Shah, Sultan Selangor. Ku Alam

Bendera Peribadi D.Y.T.M. Raja Bendahara Selangor

Baginda telah berkhidmat dan memberi khidmat kepada Negeri antaranya;

– Malay Secretary selama 19 tahun kepada Ayahanda baginda,
– Ahli State Council, dan merangkap Naib Presiden
– Ahli Sanitray Board,
Ketua Orang Besar Negeri

Baginda mempunyai perkerti yang baik dan tidak pernah melakukan perbuatan yang tidak adil kepada rakyat (Menurut Orang Kaya Ulu Selangor) dan baginda menghormati ayahanda dan kekanda yang sulung. Baginda semasa berlaku krisis takhta selangor telah diberikan keizinan dan perkenan oleh Paduka Ayahanda baginda bagi mengambil gelaran Raja Muda Selangor apakala kekanda sulung baginda telah dipaksa untuk melepaskan jawatan dan gelaran Raja Muda Selangor. Melalui surat yang dikarang oleh Dato’ Braddell yang bertajuk Memorial Presented On Behalf Of His Highness Tungku Badar Shah, Tungku Panglima Besar Of Selangor, Concerning His Right And Claim To Be Appointed Raja Muda Of Selangor dan diperakui oleh Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Selangor pada 15 April 1936. Baginda telah mangkat pada 30 oktober 1945 dan dimakamkan dimakam Diraja Klang.

Gelaran Raja Bendahara diambil dari Kesultanan Perak yang pada ketika itu merupakan gelaran kedua [2] BAKAL SULTAN PERAK dibawah RAJA MUDA. Gelaran Tengku Bendahara adalah rendah kerna gelaran Tengku itu sendiri rendah martabatnya dari gelaran Raja. Manakala gelaran Tunku itu pula rendah martabatnya dari gelaran Tengku.

Sumber :
– Application for employment as a Settlement Officer by Tengku Badar, Son of the Sultan of Selangor.
– Tengku Badar to be attached to the District Office – Klang
– Motor-cycle allowence for Tengku Badar.
– Appointment of Tengku Badar, Malay Secretary to His Highness the Sultan as Tengku Panglima Besar.
– Appointment of Tengku Badar and Raja Uda bin Raja Mohamed to be members of the Selangor State Council.
– Leave to Tengku Badar Shah, Malay Secretary to His Highness the Sultan of Selangor.