Dengan izin Ilahi maka suatu kemurnian niat telah tercapai bagi memastikan satu hubungan kekeluargaan yang besar dapat berhimpun dan mengambalikan semangat yang membentuk roh yang menyatukan hubungan silaturahim dari Warisan dan Kerabat DiRaja Negeri Perak.

Alhamdulilah program yang di rancang telah terlaksana sebagaimana yang di rencanakan iaitu pada 26 Mac 2011 jam 5.00 Petang bertempat di Padang Sultan Abdul Jali, Ipoh, Perak. Program ini telah di kelolakan oleh YM Raja Shahriman Bin Raja Harun Al Rashid, YM Raja Muzaffar Idris Shah Bin Raja Izzudin Iskandar dan YM Megat Samsuar Aznil Bin Ahmad.

Program ini bermatlamat untuk beramah mesra dan saling kenal mengenali antara Waris dan Kerabat Negeri Perak dan ianya telah di hadiri oleh YTM Raja Kecil Besar Raja Dato’ Sri Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris selaku tetamu istimewa dan berkenan untuk menyampaikan cenderamata kepada semua pemain.

Sumber :
Foto – YM Raja Shahriman