Tags

Raja berpelembagaan bermakna Sultan Selangor kekal sebagai KETUA NEGERI yang memerintah berlandaskan undang-undang yang termaktub kerna itu di sebut RAJA YANG DI PER-TUAN.

Seperti yang dijelaskan dalam undang-undang tubuh negeri, pada amnya pemerintahan diserahkan kepada tiga cabang jentera kerajaan iaitu badan eksekutif, legislatif dan kehakiman.

Perlu di peringatkan bahawasanya sultan atau raja-raja sebenarnya telah menyerahkan kuasa pemerintahan mereka setelah era penjajahan, kini baginda memerintah berlandaskan perlembagaan dan undang-undang.

Urusan harian pentadbiran kerajaan baginda dilaksanakan oleh cabang-cabang kerajaan.

  • Badan eksekutif adalah seperti Dato’ Menteri Besar dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebagai pelaksana pemerintahan.
  • Badan legislatif Dewan Undangan Negeri dan Ahli-ahli Dewan adalah penggubal undang-undang negeri.
  • Manakala badan kehakiman yang meliputi pihak mahkamah dan hakim khasnya mahkamah syariah adalah penafsir dan penguatkuasa undang-undang yang dihasilkan.

Kedudukan sultan adalah penting kerana kedudukannya di atas cabang-cabang pemerintahan tersebut. Ini bermakna Baginda berada di atas pentadbiran dan politik yang meletakkan baginda MEMAYUNGI RAKYAT DAN KERAJAAN. Pada kedudukan ini Baginda boleh menasihati kerajaan iaitu ketiga-tiga cabang kerajaan tersebut agar berperanan sebaik mungkin untuk rakyat.

Di atas sifat Baginda yang memerintah berpaksikan undang-undang, maka institusi diraja ini menjadi SUMBER KUASA dan KESTABILAN NEGERI. kerna institusi ini KEKAL BERFUNGSI walaupun setelah kerajaan dibubarkan kerna PROSES PILIHANRAYA.
Sultan kekal di situ dan akan memberikan mandat pada kepimpinan baru berlandaskan syarat-syarat yang ditetapkan. Pada ketika itu jua, Sultan menjamin kelangsungan sebuah kerajaan baginda.

Baginda turut menjadi SUMBER KEHARMONIAN dan PERPADUAN dalam masyarakat. Ini kerana Baginda bertanggungjawab menjaga hak dan keperluan semua kaum selaras dengan tuntutan Perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri. Ini dinyatakan dengan jelas dalam bab 8, Undang-undang Tubuh Selangor tentang “Kedudukan Istimewa berhubung dengan orang Melayu” dan juga kepentingan yang sah kaum-kaum lain.

Foto Kredit : www.navy.mil.my