6172673859_c522f88013_z

Gambar Sultan Selanor bersama Ahli Dewan Diraja Selangor serta Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke 13. Sumber Google

Mengimbau sejarah kepada pembentukan Dewan Diraja Selangor yang ditubuhkan sekitar tahun 1959 yang akan memberikan nasihat kepada Sultan, Majlis Negeri serta Menteri Besar yang di pilih di cadangkan.

Sebuah badan penasihat tertinggi terdiri daripada 20 orang akan dibentuk untuk memberikan nasihat kepada Sultan Selangor dalam menjalankan tugas-tugas sebagai Raja Negeri Selangor, Penubuhan Dewan Diraja ini yang terkandung dalam pindaan yang dicadangkan bagi perlembagaan negeri akan dibincangkan dalam sidang majlis mesyuarat negeri yang akan datang ini.

Anggota Dewan Diraja iaitu ialah Raja Muda, Tengku Laksamana, Tengku Bendahara, Menteri Besar dan Mufti sebagai Ahli Rasmi yang memegang jawatan.
Tiga Ahli Kerabat Diraja
Tiga Orang Besar Jajahan dan Sembilan Orang Kanan (yang tidak menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Atau Parlimen) dan dari jumlah ini tidak kurang dari empat terdiri nanti Ahli-Ahli Majlis Ugama.

Boleh menolak nasihat, Dewan itu akan dipengerusikan oleh Sultan dan kiranya ia tidak hadir, oleh Raja Muda. Tempoh menjadi ahli bagi seseorang ahli rasmi ialah dua tahun.
Sultan boleh menolak nasihat Dewan Diraja itu dan kiranya terjadi hal ini maka ia dikehendaki memberikan sebab-sebab dengan sepenuhnya dengan bertulis tentang keengganannya itu.

Dewan Diraja itu juga bertanggungjawab memilih seorang Sultan dan melantik seorang Pemangku Raja atau Majlis Pemangku Raja kecuali atas hal-hal ini. Maka hanya Sultan sahaja akan memanggil mesyuarat Dewan itu. Hanya Sultan dan Menteri Besar sahaja mempunyai hal mengemukakan pertanyaan kepada Dewan itu.

Pindaan-pindaan itu juga membuat syarat bagi Sesebuah Majlis Mesyuarat Negeri 23 orang yang dipilih semuanya dan seorang Menteri Besar. Dipilih yang Mesti Bangsa Melayu dan menganut Agama Islam.
Tiga orang ahli rasmi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri tetapi mereka tidak mempunyai kuasa mengundi.

Menteri Besar mengerusikan Majlis Mesyuarat Kerja yang anggotanya tidak boleh melebihi 8 orang dan tidak kurang dari empat dari Majlis Mesyuarat Negeri.
Soal giliran – pindaan itu juga menetapkan peratoran giliran menaiki takhta negeri Selangor dan perlantikkan isteri-isteri kepada Sultan dan Raja Muda.
Isteri Sultan akan digelar Tengku Ampuan dan Isteri Raja Muda akan digelar Raja Puan Muda. Mereka mestilah Keturunan Raja Melayu dan Beragama Islam. Tengku Ampuan akan Menerima Elaun dari Kerajaan Negeri.

Pindaan itu mulanya hendak dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Negeri hari ini. Tetapi Penasihat Undang-Undang Negeri Inche Bahauddin Bin Mohamad telah menarik balik usulnya mendapatkan persetujuan atas pindaan itu kerana hendak “Memberikan Kesempatan” kepada ahli-ahli mengkajinya memandangkan kepada pentingnya pindaan itu.

Sumber : Body to advise Sultan planned
The Straits Times, 27 February 1959,