peta_daerah_negeri_selangor-23jul2006-064620Sambungan dari Sejarah dan Peranan Orang Besar Negeri Selangor bahagian III yang dipaparkan sebelum ini.

Penglibatan Pembesar Dalam Pentadbiran

Kesultanan Selangor telah menempuh dua era pemerintahan iaitu pemerintahan era pemerintahan Mutlak[1] dan era pemerintahan kesultanan dibawah kuasa penjajah.

Selepas campur tangan British dalam pentadbiran Selangor pada tahun 1874, sistem Residen British diperkenalkan di Selangor. British telah lantik kerabat diraja Selangor yang dianggap sesuai untuk berkhidmat dalam pentadbiran di sini. Perkhidmatan tersebut adalah sebagai penghulu di sesebuah mukim di daerah Selangor terdiri daripada Sungai Langat, Sungai Selangor, Sungai Bernam, Sungai Lukut, dan Sungai Klang. Pada tahun 1877, Pemungut Cukai, dan Majistret turut dilantik oleh British untuk menjaga hal ehwal, dan perbendaharaan di setiap daerah Selangor. Di samping itu, Pemungut Cukai, dan Majistret perlu membantu setiap penghulu di daerah Selangor.

Pada tahun 1883, Swettenham dilantik sebagai Residen British Selangor ke-3.[2] Selepas perlantikan tersebut, Swettenham mengubah dasar pentadbiran daerah di Selangor kerana untuk menyeragamkan pentadbiran. Ekoran itu, pertama; daerah Selangor dibahagikan kepada enam bahagian iaitu Kuala Langat, Hulu Langat, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan Kuala Lumpur.[3] Setiap daerah turut dilantik Pemungut Cukai di sini untuk membantu Residen British Selangor. Kedua; jawatan penghulu di Selangor dijadikan sebagai jawatan rasmi dalam pentadbiran Selangor. Jawatan ini berkuat kuasa pada bulan September 1883 dalam Majlis Mesyuarat Negeri Selangor berdasarkan perkenan Sultan Abdul Samad.[4]

Institusi Penghulu zaman Pemerintahan Raja-Raja Melayu, Perlantikan dibuat oleh Raja/ Pembesar mengikut keturunan yang merangkumi tugas-tugas seperti berikut :

  1. Memungut cukai,
  2. Menjaga keamanan,
  3. Mendamaikan pergaduhan,
  4. Menyediakan buruh.

Institusi Penghulu di zaman British, Perlantikan dibuat oleh Sultan yang merangkumi tugas-tugas seperti berikut :

  1. Menjaga undang-undang kerajaan di mukim (kepentingan British),
  2. Mengutip cukai dengan menyimpan 10% untuk kegunaan sendiri,
  3. Mendamaikan perkelahian anak buah,
  4. Menjaga keselamatan,
  5. Mengadili kesalahan-kesalahan yang kurang penting.

Peranan Penghulu selepas merdeka. Perlantikan dibuat oleh Suruhanjaya Awam Negeri yang merangkumi tugas-tugas seperti berikut :

  1. Ketua Pentadbiran Mukim,
  2. Perantaraan kerajaan dengan rakyat,
  3. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pegawai Daerah dan Penolongnya,
  4. Mengawasi kerja-kerja Ketua Kampung,
  5. Membantu Pentadbir Tanah,
  6. Mengawas perlakuan dan pelanggaran adat dan agama,
  7. Mengawasi kejadian jenayah,
  8. Menggalakkan perpaduan penduduk,
  9. Menguruskan hal-hal berkaitan harta pusaka kecil,
  10. Lain-lain perkara dalam mukim.

Tugas-tugas dan Tanggungjawab Orang Besar Daerah (OBD)[5] Negeri Selangor dewasa ini.

[1] Mutlak bermaksud tidak terbatas (hak, kuasa dll), tidak bersyarat (tidak ada kecualinya), lihat Sheikh Othman bin Sheikh Salim et al (1989) kamus dewan

[2] CO 276/14. Government Notification. 17 January 1883

[3] CO 276/14, The Malay Peninsula. Its Resources and Prospects, 12 November 1891

[4] Minutes of Selangor Council 1486/80. 35th Meeting Of State Council held at the Istana Bukit Jugra on Sunday, 2nd September 1983

[5] http://www.selangor.gov.my/kualalangat.php/pages/view/181, pada 28 September 2015 sekitar jam 17.50