Tags

Darjah Kerabat (D.K.) Yang Amat Dihormati ini merupakan Darjah Kebesaran yang tertinggi sekali di Negeri Selangor Darul Ehsan. Darjah Kebesaran ini telah dizahirkan pada tahun 1961 ketika dibawah pemerintahan Paduka Sri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir’ Hishamuddin Alam Shah Al-Haj. Ia mengandungi seutas Kalung, Lencana Kalung, Bintang Darjah, Selepang dan Lencana Selepang.

Darjah ini dikurniakan kepada kaum Kerabat Diraja di Malaysia. Di samping itu ia jua dianugerahkan kepada raja-raja negara lain sebagai tanda penghormatan dan persahabatan yang akrab dengan Baginda. Bilangan maksima keseluruhan keahlian Darjah ini ialah 25 orang.

Kalung Darjah Kerabat (D.K.) Yang Amat Dihormati

Mengenai kalung :

Kalung Darjah Kerabat (D.K.) Yang Amat Dihormati diperbuat daripada logam yang bersadurkan emas 101.6 sm panjang yang dipakai sama labuhnya di bahagian hadapan dan belakang, mengandungi 14 karangan mata rantai yang bersambungan. Dua mata rantai di tengah-tengah mempunyai ukiran lambang Negeri Selangor di atas bulan sabit. Mata rantai yang lain berbentuk bujur telur. Ukiran yang tertera di atasnya ialah gubahan daun kelapa melingkungi dua bilah keris bersilang, berselang-seli dengan gubahan daun kelapa melingkungi bulan sabit.

Bintang Darjahnya mempunyai lima pecahan. Ia diperbuat dari logam yang bersadurkan emas. Kulitnya dicanai dengan permata berbaris. Di tengah-tengahnya terdapat mahkota dan lambang Negeri Selangor Darul Ehsan yang beralaskan enamel merah nipis.

Ia dikelilingi oleh gubahan daun kelapa yang timbul. Lencana Darjahnya adalah merupakan bintang yang mempunyai lima pecahan. Ia berukuran 7.62 sm. Ia diperbuat dari logam yang bersadurkan emas. Mahkota dan lambang Negeri Selangor Darul Ehsan tertera di tengah-tengahnya. Lencana ini beralaskan enamel merah nipis berbayang serta dilingkungi gubahan daun kelapa yang timbul. Lencana ini terlekap di atas bintang yang mempunyai sepuluh pecahan bersadurkan perak.

Senarai penerima Kalung Darjah Kerabat (D.K.) Negeri Selangoir :-

  1. Yang Maha Mulia Tengku Rahimah binti Al-Marhum Sultan Abdul Aziz – Jilid 0 No. 180 28hb March 1963
  2. Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid – Jilid 18 No. 71 8th March 1965
  3. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim – Jilid 19 No. 100 24hb March 1966
  4. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail – Jilid 23 No. 259 7hb Mei 1970
  5. Duli Yang Teramat Mulia Tengku Idris Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Raja Muda Selangor) – Jilid 26 No. 234 7hb Jun 1973
  6. Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad – Jilid 26 No. 234 7hb Jun 1973
  7. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim – Jilid 28 No. 136 27hb Mac 1975
  8. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah – Jilid 31 No. 275 22hb Jun 1978
  9. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman – Jilid 35 No. 1299 2hb September 1982
  10. K.D.Y.M.M. Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Paduka Seri Begawan Sultan Haji Sir Omar Ali Saifuddin Sa’adul Khairi Waddien – Jilid 38 No. 1507 10hb Oktober 1985
  11. Duli Yang Maha Mulia Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Alhaj – Jilid 38 No. 1507 10hb Oktober 1985
  12. D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Ghafarullahu-Lahu Shah – Jilid 38 No. 1507 10hb Oktober 1985
  13. D.Y.M.M. Tengku Ampuan Bariah binti Almarhum Sultan Hisamudin Alam Shah Alhaj – Jilid 38 No. 1507 10hb Oktober 1985
  14. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Mu’adzam Shah – Jilid 40 No. 1118 16hb Julai 1987
  15. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail – Jilid 56 No. 498 10hb April 2003
  16. Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah – Jilid 56 No. 498 10hb April 2003
  17. Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah – Jilid 0 No. 499 10hb April 2003
  18. Y.A.B. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad – Jilid 0 No. 499 10hb April 2003
  19. Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun binti Mohd. Ali – Jilid 0 No. 643 2005
  20. Y.T.M. Cik Puan Besar Selangor Datuk Amar Siti Aishah binti Abdul Rahman – Jilid 60 No. 3177 22hb November 2007
  21. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir – Jilid 63 No. 77 21 Januari 2010
  22. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V – Jilid 64 No. 138 13 Januari 2011
  23. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar – Jilid 64 No. 138 13 Januari 2011

Darjah Kerabat Selangor Kedua (D.K. II) ini merupakan Darjah Kebesaran dan pengurniaan yang kedua tertinggi di Negeri Selangor Darul Ehsan. Darjah Kebesaran ini telah dizahirkan pada tahun 1977 ketika dibawah pemerintahan Paduka Sri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir’ Hishamuddin Alam Shah Al-Haj.

Ia mengandungi seutas Kalung, Lencana Kalung, Bintang Darjah, Selepang dan Lencana Selepang.

Kalung Darjahnya diperbuat daripada logam bersadurkan emas dan merupakan 14 karangan mata rantai. Lambang Negeri Selangor di atas bulan sabit tertera pada mata rantai di tengah-tengah. Mata rantai yang lain berbentuk bulat. Di permukaannya terukir keris bersilang, berselang-seli dengan mata rantai yang mengandungi perkataan Allah dalam huruf jawi.

Bintang Darjah berwarna keemasan. Di permukaannya terdapat gubahan daun kelapa yang timbul.

Lencana Darjahnya berwarna enamel keemasan dan gubahan daun kelapa yang timbul berwarna enamel merah.

Selepangnya diperbuat daripada kain sutera selebar 101.6mm. Ia mempunyai dua jalur merah di tengahnya dan dipakai di atas bahu sebelah kiri melintang ke bawah sebelah pinggang kanan.

Darjah Kerabat Selangor Kedua (D.K. II) ini dikurniakan kepada kaum Kerabat Diraja di Malaysia. Ia juga dikurniakan sebagai tanda penghormatan kepada Putera-Putera Raja Negara Asing sebagai tanda penghormatan dan hubungan silaturrahim dengan Baginda Sultan.

Penyandang-penyandang jawatan tinggi yang telah menyumbang jasa dan bakti yang cemerlang kepada Baginda Sultan atau Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan juga layak dipertimbangkan untuk menerima Kurniaan ini.

Senarai penerima Darjah Kerabat Selangor Kedua (D.K. II):-

  1. Y.A.B Tun Hussein Bin Sir Dato’ Onn – Jilid 30 No. 228 23hb Jun 1977
  2. D.Y.T.M Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Ibni Almarhum Tuanku Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah – Jilid 31 No. 275 22hb Jun 1978
  3. Y.A.M. Tengku Laksamana Selangor – Tengku Badli Shah Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj – Jilid 32 No. 214 24hb Mei 1979
  4. Y.M Raja Zarina binti Raja Tan Sri Zainal – Jilid 38 No. 1507 10hb Oktober 1985
  5. D.Y.T.M Raja Muda Kedah – Tunku Haji Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badli Shah – Jilid 42 No. 926 20hb Julai 1989
  6. D.Y.T.M Raja Puan Muda Kedah – Tengku Hajjah Raudzah binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj – Jilid 45 No. 581 2hb Julai 1992
  7. Y.A.M. Tengku Bendahara Selangor – Tengku Azman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj – Jilid 45 No. 581 2hb Julai 1992
  8. Y.A.M Tengku Panglima Diraja Selangor – Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj – Jilid 0 No. 499 10hb April 2003
  9. D.Y.T.M. Raja Muda Perak – Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah – Jilid 57 No. 2274 2hb Disember 2004
  10. Y.A.M. Tengku Puan Bendahara Selangor – Tengku Thurayah binti Almarhum Sultan Ibrahim – Jilid 60 No. 3177 22hb November 2007
  11. Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj – Jilid 63 No. 77 21 Januari 2010
  12. Y.A.M Tengku Aris Temenggong Selangor – Tengku Muhamad Yusof Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Ala’eddin Suleiman Shah – Jilid 65 No. 857 16 Februari 2012

Y.A.M Tengku Aris Temenggong Selangor menerima DK II

Penerima darjah ini tidak membawa sebarang gelaran namun mempunyai kedudukan yang amat dihormati didalam negeri Selangor.

Sumber :

Laman Web Rasmi Darjah Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan