Tags

,

singgahsana negeri selangorEditor Wangsa Mahkota Selangor cuba berkongsi hasil penulisan YM Raja Kobat Salehuddin Ibni Almarhum Raja Muda Musa dengan izin Yang Mulia Raja Kobat jua berhubung kajian dan Penyelidikan berhubung Ehwal Pusaka Teras Keturunan Raja-Raja Melayu, asal-usul Kepertuanan Seri Saguntang dari Pemetikan intipati daripada manuskrip yg bertajuk:- ‘Tungak Kepertuanan Raja-Raja Melayu’ – Penulisan September,1976. Intipati yang diperkisahkan di sini adalah sepertimana adat-istiadat yang asli dan asal.

Sesungguhnya Kesultanan Selangor kini jua memperolehi Anak Nobat dan Negeri yang bebas dari Empayar Johor adalah dari Negeri Perak walaupun Raja Lumu telah bergelar Yang Dipertuan Kecil Jajahan Selangor namun tidak dapat menyatu empat wilayah lain menjadi satu. Namun dengan pertabalan daripada Paduka Seri Sultan Perak maka Raja Lumu bergelar Sultan Salehuddin dan berjaya menyatukan empat wilayah menjadi satu.

“Kepadukaan” seri negeri itu adalah berupa zahir Pepucuk Pemerintahan Diraja. Sebutan “Paduka” itu mengandungi ertikata ‘Ayah Kebesaran Negeri’ ~ dan tersirat di sebalik pengertian itu ialah maksud yang kalam,~ AYAH PERKAUMAN.
Dalam intrepetasi orang-orang Melayu yang mengerti adat dan berbahasa, seseorang Paduka itu secara zahirnya adalah ‘Tuan Penghulu’ ; sebab hadirnya peranan dua watak;-

yakni,~ Penghulu Institusi dan ayah persukuan bangsa-bangsa Melayu yang bernaung di dalam negeri kedaulatan baginda. Erti yang tersirat itu menyimpul sebutan ‘Penghulu’ menunjukkan pertalian jiwa yang amat rapat di antara Rakyat dan Rajanya.

Orang-orang tertua Melayu yang diketahui dari warisan tebing Sungai Perak yang bernenek moyang di sana, setidak-tidaknya semenjak zaman “Marhum Kahar” (Sultan Iskandar Zulkarnain pada abad ke-18 M) masih memegang perinsip apakala seseorang Sultan itu sanggup merendahkan diri, bercampur-gaul amat mesra dengan para penduduk kampung, baginda secara lantas akan diakui oleh kaum Melayu di sana sebagai “TUAN PENGHULU” mereka !!!.

Ini bukanlah bererti mereka merendah-rendahkan martabat Sultan mereka itu. Sebaliknya, mematuhi istilah sebagai ketua yang terpilih selaku ‘Pertuanan di hulu’ @`Pemangkuan di hulu’ (mercu Bukit Saguntang) itulah si dia yang diterima oleh mereka sebagai ‘Paduka’. .. Halakian, sang Paduka ini didudukkan keatas kerusi yang tersebut PETERAKNA .~ Asal usul Peterakna adalah diperbentuk dari seketul batu yg diukir & dilekat-hias dengan permata2 menjadi bangku khas bagi duduknya Dapunta Hyang bermajlis istiadat. *{Hatikan di lataran Peterakna ketara bentuk tiga-segi simbol ‘Genggunung Saguntang ‘} ~
Sejurus itu, maka berikut ini adalah sepertimana “kronologi” pertuanan negeri yang dimaksudkan oleh rakyat Melayu zaman silam di lembah Sungai Perak :
Kepada Sang Raja yang akrab dengan segenap lapisan rakyat Melayu seluruh desa, itulah dia “YANG DIPERTUANKAN”; yakni, yang dijadikan simbolisis “Hulu Kepala” masyarakat sekelompok;
Raja Yang Dipertuan itulah dia yang berkesanjungan martabat, “DI BATU JEMBALA” mereka; yakni baginda selaku Tuan Penghulu itulah yang diletak berkedudukan laksana di atas sebuah batu perjembalaan istiadat, yakni, ‘peterakna’ [dari sebutan asal “Patu”= Melayu kuno ertinya“batu”; dan Rakna, iaitu,“ permata” dari pengertian Sanskrit.].

Implikasinya = “Kedudukan Gemilang” di mercu Bukit Saguntang.
Peterakna berada di puncak kegunungan negeri (takhta ); dan tuan penghulu itu kian “dipinta bersinggah di sana “{‘Singgahsana’} demi bermajlis memayungi mereka. Maka panggilan timang-timangan bagi Sang Rajanya ialah ‘PAYUNG‘;
Cap Halilintar @ Kayu Gamat @ Kayu Gempa ialah cap mohor terukir dgn nama PS Sultan Mohammad, Raja Yang Di Pertuan Melaka
Pepayungan yg berkembang itu (Raja Pemerintah) sudah pun dipegangi tampuk tangkainya (seandai batang payung) oleh mereka BERTETAMPAN {beradat}.

“PASAK Lambang Kemahkotaan Melayu” menyeliti daulat di HULU SERI BERTANJAK Sang Paduka, Raja Yang Di Pertuan Perak.

“PASAK Lambang Kemahkotaan Melayu” menyeliti daulat di HULU SERI BERTANJAK Sang Paduka, Raja Yang Di Pertuan Perak.
Tetampan itu bertekat dgn cogan kata: ” BAKA BERTUAH PENGHULU KAMI , DULI MERENDAH DISANJUNG TINGGI” Yakni, Raja yang berjiwa mulia sahaja yang sanggup merendahkan dirinya ~ dan dia lah yang akan diakui (diterima) selaku WAKIL yang terulung oleh Rakyat. Di bawah pepayungan beradat inilah mereka bernaung.

Sang Penghulu selaku Paduka Seri Dapunta Hyang bersumpah akan patuh kpd Setia-janji terhadap Amanah kepusakaan Seri Leluhur Saguntang, demi pertahankan Tatasusila, memikul Sakti dan Martabat, lagi memayungi Maruah Bangsa Melayu hingga ahkhir hayat.
Yakni, Raja itu Penaung mereka; tempat mereka menyimpan SEMANGAT suku-suku bangsa Melayu.

Semangat itulah yang terisyarat sebuah mohor bercogan yang terpacak di Tanjak Paduka. {Maksudnya ialah mohor kecil yang terselit di tanjak Raja Yang Di Pertuan di atasan telinga kanan baginda} Cogan Semangat itu yang dikenali sebagai CAP HALILINTAR @’Kayu Gamat ‘ @’Kayu Gempa’ yang terzahir di HULU SERI NAN BERTANJAK. Paduka tidak bertengkolok; kerana ketinggian martabat TANJAK di HULU SERI menyerlahi Mahkota Negeri Melayu.

Cap Halilintar di Hulu Seri Paduka yang Bertanjak itulah PASAK MAHKOTA NEGERI;
Dan Kemahkotaan Negeri nan Berpasak itulah Lambang PEWAJAH Bangsa Melayu.
Bangsa Melayu nan berlambang mewarisi SAKTI (tenaga); yakni, kekuatan {keteguhan} Tatasusila Dan Akhlak Jatidiri kebangsaan Melayu yang tersandar kepada kezahiran Penaung DiRaja yang sedang memangku Lambang Sakti bangsanya;
Dan kemahkotaan Negeri nan Tanjak Berpasak itulah lambang pewajah KEMAHKOTAAN JATIDIRI BANGSA MELAYU;
Bangsa berkemahkotaan Pasak Negeri mewarisi SAKTI (tenaga kebatinan); yakni, kekuatan (keteguhan) tatasusila dan akhlak jatidiri bangsa Melayu; yang tersandar kepada kezahiran nya Sang Penaung diraja mereka yang sedang memikul memangku menjadi Wakil SAKTI bangsanya; Kesaktian tatasusila itulah yang mempunyai (mengandungi) MARUAH; Dan di dalam maruah itulah tersimpannya SEMANGAT keMelayuan.

Itulah yang dipinta untuk dipertaruhkan kepada Tuan Penghulu diraja yang diamanatkan mematuhi sumpah & janji setia turun termurun.

Dan dialah sang Paduka Seri, Raja Yang Di Pertuan (Ayah Perkauman) @ Dapunta Hyang ,
~ WAKIL & PEMEGANG AMANAH menjunjungi Sang Semangat, yang bersemayam di Batu Jembala Negeri , kepunyaan mereka kaum Melayu adanya.

Potret: Raja Kobat Salehuddin ~ WARIS NEGERI Perak ~ Pengkaji dan Penyelidik ~ Ehwal Pusaka Teras Keturunan Raja-Raja Melayu, asal-usul Kepertuanan Seri Saguntang
*Pemetikan intipati daripada manuskrip yg bertajuk:
‘Tungak Kepertuanan Raja-Raja Melayu’
Penulisan September,1976
oleh:
Yang Mulia Raja Kapt [B] Kobat Salehuddin Ibni Almarhum Raja Muda Musa Ibni Almarhum Sultan Abd Aziz

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NOTA-KAKI :> * Penulis Raja Kobat Salehuddin bersama mentor beliau, ~ Allahyarham Cikgu Ahmad Manjang, ~ tlh menyelidiki hal ini ~ menemuduga, mengutip bahan2 lantas mentafsir dan mengupas drp perbualan dgn beberapa budayawan dan sejarawan tempatan di sekitar hilir Sg. Perak dari Padang Changkat sehingga ke Bandar Lama di Hilir Perak.** Sekitar awal thn 1976.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~