Tags

salah 323Diputerakan pada 8 Mac 1926 di Istana Bandar Temasha, Jugra, Kuala Langat, merupakan anakanda sulung Paduka Sri Sultan Hisham’ uddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala’ uddin Suleiman Shah.

Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Pengkalan Batu di Klang sekitar tahun 1934.

Seterusnya sekitar tahun 1936, baginda melanjutkan pengajiannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar hingga 1941 apabila meletus Perang Dunia Kedua .

salah 223Selepas Perang Dunia II, baginda berangkat ke England pada tahun 1947 dan belajar di Sekolah Pengajian Oriental dan Afrika, University of London selama dua tahun dan Baginda merupakan penuntut pertama yang belajar di London selepas perang. Sekembalinya dari London, baginda telah berkhidmat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Pelatih dengan Jabatan Ukur Selangor. Baginda kemudiannya berkhidmat sebagai Nazir Sekolah selama lapan tahun. [3]

Sekitar tahun 1952, baginda telah menyertai Askar Melayu di Port Dickson selama enam bulan dan ditauliahkan Queen Commission dengan pangkat Kapten dan kemudian Mejar.

Dilantik sebagai Tengku Laksamana Selangor pada 1 Ogos 1946 dan sebagai Raja Muda Selangor pada 13 Mei 1950. Takkala ayahanda baginda iaitu Paduka  mangkat pada 1 September 1960, baginda telah di angkat menjadi Raja Yang Dipertuan Selangor oleh Jemaah Dewan Diraja sebagai Sultan Selangor pada 3 September 1960 dan ditabal sebagai Sultan pada 26 Jun 1961.

salah 423Baginda bergelar Paduka Sri Sultan Salah’ uddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hisham’ uddin Alam Shah Al-Haj dan dimahkotakan dengan penuh istiadat di Balai Rong Seri Istana Alam Shah, Klang, Selangor iaitu sebagai Sultan Selangor yang ketujuh [7].

Istiadat pertabalan baginda dimulakan dengan tembakan meriam sebanyak 9 das berserta dengan suara nobat. Keberangkatan Sultan telah didahului oleh satu barisan khas dikepalai oleh Tengku Maharaja Lela sambil membawa semboyan. Apabila baginda mengambil tempat bersemayan di atas singgahsana, nobat pun di palu dengan lagu `Hairullah’ kemudian upacara kemahkotaan pun dimulakan.

Sejurus setelah berlaku istiadat kemahkotaan, Baginda Sultan Selangor hari ini telah berikrar untuk menjalankan pemerintahan negara menurut saluran-saluran perlembagaan dan berpandukan kepada undang-undang agama Islam. Baginda jua telah mengurniakan pingat emas dan perak kepada 216 orang, di antaranya termasuklah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan lain-lain.

Baginda telah mengisytiharkan Tengku Idris Shah sebagai Pemangku Raja Selangor setelah di pilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Baginda amat terkenal dengan keperibadian Raja berjiwa rakyat dan sering melakukan kebajikan kepada rakyat baik demi kesejahteraan rakyat mahupun pembangunan negara.

Antaranya Penyerahan Kuala Lumpur sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Penyerahan Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru didalam memastikan negara memarcu pembangunan kemajuan setara negara-negara maju dan lain-lain lagi kebajikan yang telah baginda sumbangkan yang tidak mampu di nilai sepanjang baginda mengalas amanah dan tanggungjawab sebagai Raja Yang Dipertuan Selangor.

Sebagai contoh baginda semasa merasmikan Masjid Sultan Abdul Aziz di Kampung Perigi Nenas, Pulau Indah telah menyatakan bahawa baginda  mahu Pulau Indah ( dahulu Pulau Lumut) dan Pulau Ketam dimajukan.

Baginda mangkat pada 21 November 2001 (bersamaan 5 Ramadan 1422) di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang, Kuala Lumpur berikutan masalah jantung. Rakyat dan orang kenamaan memberi penghormatan terakhir di Istana Negara, di Masjid Negara, Dataran Merdeka dan di Makam Diraja Klang. 20,000 rakyat berhimpun di Jalan Raja, berhadapan bangunan Sultan Abdul Samad.

Penghormatan penuh istiadat ketenteraan di Dataran Merdeka dilakukan oleh Batalion 1, Rejimen Askar Melayu Diraja. Jenazah baginda dimakamkan di Makam Diraja Sultan Suleiman , Klang pada 22 November 2001 di sebelah ayahandanya , Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Alhaj.

Sumber :

1. Utusan Malaysia
2. Arkib Negara