Bukit Jugra terletak di Jugra Kuala Langat,Selangor.

Antara lokasi berhampiran ialah Pulau Carey, Kampung Chodoi, Banting, Jenjarom dan Sungai Buaya dan Bandar.

Jugra menghadap ke Selat Melaka dan berdekatan muara Sungai Langat. Jugra meliputi kawasan Bukit Jugra, Pantai Kelanang, Kampung Sungai Arak dan Kampung Chodoi.

Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad yang memerintah negeri Selangor dari tahun 1859-1898 Bukit Jugra telah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor.
Rumah api Bukit Jugra dibina di puncak Bukit Jugra.
Sampan, perahu dan tongkang yang membawa bijih timah dari Kajang, Balakong, Hulu Langat, Semenyih dan lain-lain dibawa keluar melalui Sungai Langat dan membayar cukai di Jugra.

Bukit Jugra merupakan tempat strategi kerana berhampiran dengan laut, mengadap perairan Selat Melaka dan ingin dimajukan sebagai sebagai kota maritim. Bukit Jugra berasal dari sebuah perkampungan kecil Melayu yang bernama Tanjung Kera. Terdapat banyak kera di sini iaitu dari jenis primate hutan pantai. ‘Kera tidak begitu sesuai dengan status baru kawasan istana lalu ditukar nama kepada Bandar Temasya.

Bukit Jugra ada 3 punca bukit yang menempatkan :
makam-makan diraja Jugra Waris Almarhum Sultan Abd Samad
Bangunan lama untuk pembesar dan kerabat diraja
Rumah api Bukit Jugra setinggi 146 meter dibina pada 1976 dan ditadbir oleh Jabatan Marin Malaysia.

1898 Istana Jugra menjadi tempat pertabalan Sultan Selangor ke-5 iaitu Almarhum Sultan Alaeddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa (Sultan Selangor ke lima), telah menaiki takhta pada 17 hb Febuari 1898 mengantikan paduka Nenda baginda Almarmhum Sultan Abdul Samad.

Antara peninggalan bersejarah semasa pemerintahan baginda di Bandar Temasha ,Jugra , Kuala Langat ialah Istana Jugra (Bandar Temasha) yang dibina pada tahun 1905.
Istana ini juga dikenali sebagai Istana 40 bilik kerana di dalam nya terdapat 40 buah bilik. Istana dua tingkat ini di bina di atas tanah seluas 12.96 ekar. Di bahagian tengah nya terdapat dua tingkat Istana yang mengandungi 4 bilik iaitu bilik peraduan, bilik mengadap , bilik tetamu diraja dan persemayam baginda.

Advertisements