“Dengan izin Allah Tengku Muhammad Faris Petra, telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13 September 2010 Masihi bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah.

Payung Mahkota Dirgahayu Raja Melayu.

Merafak Sembah mengucapkan Tahniah kepada KDYMM Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra atas permasyhuran sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa 13 September 2010.

KDYMM Tuanku Muhamamad Faris Petra perkenan mengunakan Gelaran SULTAN MUHAMMAD V berkuatkuasa 23hb September 2010.

Semoga KDYMM Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dapat menjalankan Amanah dan amanat dalam memerintah Negeri Kelantan Darul Naim dengan penuh Adil dan Bijaksana… Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku…

“Pemasyhuran ini dibuat berdasarkan kepada peruntukan Perkara 23A yang telah dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) melalui Warta Kerajaan Kelantan bertarikh 22 Julai 2010,” menurut entri blog berkenaan pada Ahad.

Perkara 23A berkenaan berbunyi:“Kelucutan Takhta Kerajaan kerana kecacatan yang besar dan berat23A. Jika sekiranya setelah disiasat dengan sepenuhnya dan secukupnya, Majlis Perajaan Negeri berpendapat bahawa Raja ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk menjadi Raja, maka seorang Pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja mengikut syarat-syarat di bawah Bahagian ini.

”Kemasukan Perkara 23A ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) ini pula adalah dibuat berdasarkan kepada Perkara 3(2) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua),” katanya.

Ini termasuk, Perkara 3(2) ini berbunyi: “Syarat-syarat mengenai:

(a) naik Takhta Kerajaan dan pangkatkebesaran adat istiadat Melayu;

(b) pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada Takhta Kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun ahli-ahli Majlis Pangkuan Raja bagi Negeri;

(c) pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada Takhta Raja itu atau bakal Raja ataupun bakal-bakal Rajanya;

(d) pelantikan dan sifat Ketua-Ketua Pemerintah ataupun pangkat kebesaran adat istiadat Melayu yang serupa itu dan ahli-ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Majlis Penasihat Raja ataupun badan-badan yang serupa itu; dan

e) penubuhan, aturan, pengesahan dan pelucutan pangkat-pangkat, gelaran, kehormatan, kebesaran adat istiadat Melayu dan pekurniaan serta sifat pemegang-pemegangnya dan kawalan bagi istana, balai-balai penghadapan dan istana-istana raja,bolehlah dipinda oleh Yang Maha Mulia dengan Perwawai yang dikeluarkan dengan persertaan dan persetujuan Majlis Penasihat Raja, tetapi tidaklah boleh dipinda dengan mana-mana jalan yang lain.”

Dengan perasaan kasih sayang yang mendalam Pemangku Raja kepada ayahanda dan bonda baginda, baginda telah memastikan bahawa taraf dan kedudukan mereka setelah pemasyhuran kekal terpelihara melalui satu lagi peruntukan yang telah turut dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Tengku Faris dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan bagi menggantikan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra, yang gering sejak setahun lalu.