Tags

pemain nobat diraja selangorPerkataan Nobat ini adalah berasal dari Negeri Parsi yang menggunakan perkataan “Naubat” bermakna sembilan jenis. Ianya ialah ‘pancaragam’ diraja yang telah dipakai dari zaman-berzaman di negeri-negeri Melayu untuk Istiadat Pertabalan Raja-raja. Negeri-negeri Melayu yang mempunyai Nobat ialah Perak, Kedah, Terengganu dan Selangor.

– Negeri Kedah/ Patani memperolehi Nobat ketika Empayar Kesultanan Melaka.
– Negeri Terengganu memperolehi Nobat dari Pulau Penyengat, Riau ketika Empayar kesultanan Johor-Riau-Lingga. Asal Nobat ini adalah daripada Kesultanan Pahang yang dikurniakan oleh Sultan Melaka takkala Raja Muhammad iaitu Raja Muda Melaka membunuh anakanda Bendahara Tun Perak [ Kredit dan Sumber Lisan dari Y.M Raja Kobat Salehuddin Ibni Almarhum Raja Muda Musa ]
– Negeri Perak kelangsungan Empayar Kesultanan Melaka takkala Raja Muda Muzzaffar Shah Ibni Sultan Mahmud dihantar ke Manjung.
– Negeri Selangor memperolehi Nobat dari Negeri Perak yang merupakan kelangsungan Benih Waris Tanah dan Negeri
Nobat Negeri Perak mengandungi:-

Gendang Nobat – Biasa dikenali sebagai Gendang Nyenyalu
Nafiri – Digunakan dalam memulakan sesuatu lagu
Gendang Nengkara – Gendang yang membawa lagu
Serunai – Alat yang mengiringi lagu-lagu yang dimainkan
Gendang Penengkah – Gendang yang memasuki irama ke dalam lagu

Di antara senarai yang tersebut di atas Gendang Nobat adalah alat yang paling dihormati. Ianya menduduki tempat yang tertinggi dan digunakan untuk kegunaan Diraja sahaja. Walau bagaimanapun Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan boleh menitah Nobat ini digunakan untuk mengiringi sesuatu istiadat atau menghormati jenazah. Keperingkatan kehormatan yang diberi adalah bergantung kepada bilangan alat-alat yang digunakan. Untuk Nobat Diraja Perak hanya lima daripada sembilan alat digunakan pada setiap masa.

Pemain-pemain Alat Nobat adalah ahli daripada keluarga-keluarga tertentu sahaja iaitu Orang-orang Kalur. Pada zaman dahulu kawasan Bilik Nobat dipagarkan dengan bulu ayam dan sesiapa yang mencerobohi kawasna ini akan dihukum dan didenda. Ketua Nobat diberi gelaran Toh Setia Guna dan pembantunya Toh Setia Indera.

Mengikut adat Istiadat Negeri Perak tiada sultan yang boleh dianggap berdaulat sehingga ianya ditabal dengan bunyian Nobat. Mengikut adat Lembaga Negeri Perak menyatakan bahawa rangka yang digunakan di dalam membuat gendang adalah berasal daripada Teras Kayu Jerun dan kulitnya adalah daripada kulit tumur. Walau bagaimanapun ini telah bertukar dan pembaharuan rangka itu sekarang diperbuat dripada kayu keras dan kulitnya adalah daripada kulit kambing.

Lagu-Lagu Nobat

• Raja Berangkat (Gendang Berangkat)
• Puteri Mandi Mayang
• Rama-rama Terbang Tinggi
• Kumbang Si Kumali (Kumbang Kembali)
• Arak-arak Atandis (Enteals) (Arak-arak Untandai)
• Aleh-aleh Panjang
• Alek-alek Pandak
• Dang Gendang
• Lenggang Che Kobat,
• Jong Ber-aleh
• Anak Raja Membasuh Kaki
• Gendang Perang
• Nobat Tabal
• Nobat Raja
• Nobat Khamis
• Nobat Subuh.

Nobat Subuh, Nobat Khamis dan Nobat Raja hanya boleh dimainkan di sebelah pagi dan petang dan lagu Puteri Mandi Mayang dimainkan semasa menyambut ketibaan bulan Ramadhan tiga petang berturut-turut, iaitu pada petang 28,29 dan 30 dalam bulan Syaaban tiap-tiap tahun.

Raja Berangkat (Gendang Berangkat) ialah lagu yang dimainkan semasa Kebawah Duli berangkat mencemar Duli di upacara rasmi.
Nobat di-Raja Perak dibunyikan untuk upacara atau Istiadat:-

Negeri Selangor merupakan salah satu Negeri Beraja di Malaysia yang mempunyai peralatan Nobat. Peralatan Nobat Diraja Selangor merupakan peralatan bunyian tradisional yang diwarisi turun-temurun dan hanya dimainkan ketika berlangsungnya Istiadat-Istiadat Diraja seperti Pertabalan, Kemahkotaan, Keputeraan DYMM Sultan, Perkahwinan dan Kemangkatan. Nobat tidak boleh dimainkan selain daripada upacara/ istiadat yang disebutkan tadi. Ahli dan pemainnya dipanggil orang Kalur manakala ketuanya dikenali sebagai Toh Setia Guna dan Pembantunya Toh Setia Indera.

Ahli dan pemain Nobat Diraja Selangor ini mewarisi kemahiran bermain alat musik nobat berkenaan secara turun temurun bermakna bukan semua individu boleh memainkan peralatan Nobat Diraja Selangor ini. Peralatan Nobat Diraja Selangor ini ditempatkan didalam satu bangunan yang dikenali sebagai Balai Nobat Diraja di dalam kawasan Istana Alam Shah, Kelang, Selangor Darul Ehsan.

Peralatan muzik Nobat Diraja Selangor terdiri daripada :-
1. Sebuah Nafiri
2. Dua buah serunai. Hanya satu serunai sahaja boleh digunakan untuk setiap lagu yang dimainkan.
3. Sebuah Lengkara atau Mengkara atau Mengara dengan dua batang rotan pemalu atau pemukul atau penukul.
4. Dua Buah Gendang dengan sebatang rotan pemalu untuk setiap gendang.

Pemain Nobat diraja Selangor
The Selangor nobat is also known as Anak Nobat Perak. This is likely to do with the installation of Raja Lumu by Sultan Mahmud Shah, the 16th Sultan of Perak, in the 1770s, which was accompanied by the nobat of Perak.

Rujukan : Berita yang mengatakan Raja Lumu anak Daeng Chelak dari Bugis menjadi Yang Di-Pertuan Selangor itu sampai pula dari pendengaran Sultan Muzaffar Syah III di Perak, ketika itu bersemayam di Beruas. Sultan Muzaffar Syah pun menghantar utusan untuk mempersilakan Raja Lumu barangkat ke Kuala Bernam sebagai pertemuan dengan baginda. Ketibaan Raja Lumu disambut dengan penuh istiadat raja besar-besaran dengan pukulan nobat dan tiupan nefiri. Acara ini dilakukan dengan tujuan sebagai ujian kepada Raja Lumu, adakah beliau benar-benar berketurunan raja yang berdaulat.
Setelah semua ujian itu tidak mendatangkan apa-apa bencana terhadap Raja Lumu, baginda Sultan Muzaffar Syah pun mengesahkan perlantikan tersebut. Seterusnya dinobatkan dan bergelar Sultan Salehuddin Syah, sementara Daeng Loklok digelar Datuk Maharaja Lela Husin.

Para ahli Kalur yang memainkan Nobat di Negeri Selangor masih berpusat di Kampung Pulau Tiga (mukim Kampung Gajah) di Perak. Pulau Tiga telah dikenali semenjak zaman Sultan Muzaffar Shah III,  di mana beberapa Raja-raja Yang Dipertuan Perak telah membuat pusat negeri.

Dijelaskan jua dari Y.A.M Tengku Aris Temenggong Selangor – Tengku Dato’ Setia Muhammad Yussof Ibni Almarhum Sultan Ala’uddin Suleiman Shah ” Bahawa dahulu, sememangnya takkala hendak di mainkan Nobat Negeri Selangor maka akan dijemput orang-orang kalur dari Negeri Perak untuk melaksanakan Pernobatan ini.

Sumber :-

Sumber Istana Terengganu :
Boleh dikatakan kebanyakan Negeri-Negeri Beraja di Malaysia menggunakan Nobat sebagai sebahagian daripada alat kebesaran Di Raja. Demikian juga di Negeri Terengganu dimana Sultan yang memerintah menggunakam Nobat sebagai tanda dan alat kebesaran Di Raja. Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah menerima kembali Nafiri asal istana Sultan Terengganu yang telah dikembalikan oleh keluarga Tengku Hamid bin Tengku Mansur yang berasal dari Singapura pada 17 Mac 1990.