Cik Uteh Surau

Gambar sebelah kiri adalah Potret sebelum kembali kerahmatullah-
Al-Fatihah…

Cik Uteh Surau Bt Abdullah dilahirkan di Bandar, Jugra sekitar tahun 1916 dan dibesarkan oleh Almarhum Paduka Sri Sultan Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa bersama surinya iaitu Cik Chik Bt Abdullah dalam ertikata lahir Chik Uteh Surau adalah anak Angkat Sultan. Tidak dapat dipastikan siapa ibu dan bapanya kerna sejak dari kecil diperihara oleh almarhum dan surinya. Namun dari perceritaan mengatakan bahawa Cik Uteh Surau ini merupakan anak cina.

Cik Uteh Surau telah bertemu jodoh dengan seorang pemuda yang bernama Johor Ja’afar dari Kampung Chodoi, Jugra sekitar tahun 1932 dari restu Almarhum Paduka Sri Sultan Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa.

Pada awalnya Cik Uteh Surau dan suaminya menetap di Jugra, kemudian dibawa ke Klang oleh Almarhum. Hasil perkongsian hidup Cik Uteh Surau bersama Johor Ja’afar, telah dikurniakan 4 orang anak 2 pasang perempuan dan 2 pasang lelaki. Namun dengan takdir Yang Maha Esa, jodoh Cik Uteh Surau bersama Johor Ja’afar tidak lama takkala Johor Ja’afar jatuh sakit atas penyakit misteri sekitar tahun 1943 ketika penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Penyakit Misteri ini dikatakan berlaku selepas Johor Ja’afar telah mengambil sebatang Buluh Kuning ketika mengiringi Yam Tuan Muda iaitu Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Sir Ala’uddin Suleiman Shah masuk ke hutan. Di fahamkan Johor Ja’afar pada ketika itu berkhidmat di Istana sebagai pengiring Sultan.

Tidak lama selepas itu Cik Uteh Surau telah berkahwin dengan seorang Jawa yang tidak diketahui namanya namun berasal dari Banting dan di kurniakan 2 pasang anak seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cik Uteh Surau menjalani hidup berdikari dengan Surau berniaga menjual kuih dengan menolak menaiki basikal di sekitar Jalan Kampung Jawa sehingga ke Istana Kota tempat bersemayam Tengku Ampuan Jemaah dan Cik Uteh Surau dengan Tengku Ampuan Jema’ah amat akrab dikatakan bagaikan adik beradik.

Cik Uteh Surau telah memberi Anaknya yang Tua iaitu Banun @ Jamaliah untuk di perihara oleh Y.M Raja Arif Shah Ibni Raja Kechil Sulung Harun Al Rashid dan Tengku Safiah Bt Almarhum Sultan Sir’ Ala’uddin Suleiman Shah sekitar tahun 1943 sebelum mengambilnya semula pada tahun 1953.
Anaknya yang no 2. Rogayah diberikan kepada bapa saudaranya iaitu adik kepada Johor (Arwah Suaminya) yang berkhidmat di Istana Sebagai Tukang Payung Sultan iaitu Busu.
Anak yang no 3, dijaga oleh Tengku Ampuan Jemaah ketika meningkat remaja dan yang bongsunya menetap bersamanya dan berkhidmat sebagai Budak Pejabat di Istana Alam Shah, lebih dikenali dengan panggilan KOYOP sebelum berhenti. Nama sebenarnya Zakaria Ja’afar

Dinyatakan semua adik beradik Johor seramai 4 orang berkhidmat dengan Sultan Selangor.
Seorang [Busu] jadi Tukang Payung Soltan, Seorang [ Aminah @ Alang Besar] menjadi Jaga Istana Kota Negara dan pembuat kasut terkat Sulltan dan merupakan isteri kepada Bentara Kiri Istana dan Seorang lagi Mad Noh sebagai Penghulu Balai Istana.

Cik Uteh Surau telah kembali kerahmatullah di rumah Tengku Khadijah Bt Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah ataupun lebih dikenali sebagai Ku Yong di Kampung Jawa, Klang.

Al-Fatihah…

Sumber :
Ketiga-Tiga anaknya dan orang terdahulu di perkarangan Istana Alam Shah dan jua Waris dan Kerabat Negeri Selangor yang terdahulu.