Yang Amat Mulia Tengku Dato_ Setia Muhammad Yusof Shah

Tengku Aris Temenggong Selangor – Yang Amat Mulia Tengku Muhamad Yusof Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala’uddin Suleiman Shah

Selangor menangis lagi,
Dimahkotakan di Istana Mahkota Puri,
Dari sang ayah penguasa negeri,
Tengku Aris Temenggong gelaran diberi,
Berlima beradik dua putera tiga puteri,

Selangor menangis lagi,
Temanmu penguasa negeri-negeri,
Robert, Jeff, juga Eddy,
Ada juga si Perdana Menteri,
Namun Atah tetaplah Joe,
The humble down to earth royalty,

Selangor menangis lagi,
Satu puluh putera puteri,
Dari pasangan yang dipanggil ‘mommy’,
Seorang kekasih juga buah hati,
Pasangan sejoli sehidup semati,

Y.A.M. Tengku Aris Temenggong Selangor - Tengku Dato' Setia Muhammad Yusof Shah

Selangor menangis lagi,
Anak memanggil ‘daddy’,
‘Atah’ dipanggil kami,
‘Nyang’ sudah dipanggil kini,
Empat generasi telah diwarisi,

Selangor menangis lagi,
Anak Sultan anak Raja,
Namun hidup sangat bersahaja,
Berpenampilan ‘smart’ senantiasa,
Adat istiadat sangatlah dijaga,

Selangor menangis lagi,
Meraka berkata Atah berperibadi,
Tegas, garang dan disegani,
Namun bila dengan kami,
“Takkan nak marah cucu sendiri”,

Selangor menangis lagi,
Brap! Sat! Du!,
Hanya kami-kami yang tahu,
Permainan kami sejak dahulu,
Akan kami kekalkan hingga ke cucu-cucu,

Selangor menangis lagi,
80 tahun gelar dipegang,
Empat penguasa negeri Klang,
Kini berehatlah Atah dengan tenang,
Kami sentiasa berdoa untukmu Atah dalam sembahyang,

Allahummargfirlahu warhamhu waafihi wa’fuanhu

Sumber ;

26196306_10155784631004961_6799117271463605904_n

Dari cucunda YM Raja Hazwan Shah bin Raja Danil Akhsan

Y.M Raja Danial Akhsan bin Raja Amran bersurikan Y.M Tengku Nariman binti Tengku Aris Temenggong Selangor – Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah Al-Haj

13900136_10201806880529716_5174022443944798579_n

Putra Putri Tengku Aris Temenggong Selangor – Yang Amat Mulia Tengku Muhamad Yusof Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala’uddin Suleiman Shah

Advertisements