raja-ayob

Y.M. Raja Ayoub Bin Raja Haji Bot

Persatuan Anak-Anak Raja Selangor yang ditubuhkan pada 26 November 1959 telah memutuskan untuk memohon kepada Sultan (Paduka Sri Sultan Hisham’uddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Ala’uddin Suleiman Shah) supaya menerima seorang wakil Persatuan itu menjadi anggota Dewan di-Raja Selangor. Keputusan ini dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Persatuan pada 27 Oktober 1959 di Istana Kota Klang yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertua-nya. Yang Mulia Raja Ayoub Bin Raja Haji Bot.

Satu keputusan lagi meminta kepada pihak yang berkuasa supaya pencen atau elaun kepada waris-waris Selangor yang tinggal di-luar daerah Klang, dapat kiranya dibayar melalui pejabat daerah di tempat masing-masing. Mesyuarat itu melantik pengerusi bagi tiap-tiap Jawatankuasa Tetap Persatuan itu.

Pengerusi Pelajaran – Raja Abdul Rahman Bin Raja Yusof
Pengerusi Kewangan – Y.A.M Tengku Sri Wangsa – Tengku Ibrahim Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ala’uddin Suleiman Shah
Pengerusi Perkahwinan dan Keraian – Raja Wahid Bin Raja Haji Othman dan
Pengerusi Kemalangan dan Kebajikan Am – Raja Bagus Bin Raja Mohamed

Persatuan kami terpaksa menjauhkan diri daripada gelanggang politik dan dengan tujuan jalan itu dapat lah Persatuan ini memelihara nama raja yang memerintah. Dalam zaman perlembagaan ini, raja yang memerintah terkeluar dari politik, rakyat jelata adalah rakyat Raja Selangor ataupun rakyat Persekutuan Tanah Melayu meliputi juga anak-anak Raja Selangor, sebagai seorang rakyat maka anak raja itu ialah rakyat jelata juga, yakni sama tarafnya.

Anak-anak raja Selangor menubuhkan Persatuan ini, kerana hendak memberikan faedah dan kebajikan kepada ahli-ahlinya. Terserah kepada anak raja masing-masing sama ada hendak mencuburi diri bersama-sama dengan rakyat dan memperjuangkan kepentingan rakyat.

paras

Keratan Akhbar mengenai Persatuan Anak-Anak Raja Selangor

Kita sedia maklum bahawa negeri ini mempunyai Raja dan Adat Istiadatnya sendiri, dari itu sepatutnyalah dipertahankan keturunan dan kesusilaan Kerabat di-Raja Selangor. Dalam zaman seperti sekarang ini. Kita hendaklah memperkukuhkan adat istiadat bangsa kita dengan mengikis pengaruh barat supaya kita tidak tertiru-tiru adat-adat yang merosakkan keperibadian bangsa kita.

Sumber

  1. PARAS Bela Keturunan Di-Raja – Berita Harian – 22 August 1959
  2. Persatuan Anak-Anak Raja Selangor Mahu Wakil Di-Dewan Di-Raja – Berita Harian – 29 October 1959
  3. Kerabat Di-Raja Selangor Na’ Tubohkan Persatuan – Berita Harian – 25 February 1959
  4. PARAS Tak Berpolitik – Berita Harian – 30 January 1960
Advertisements