mengangkat-sumpah-dan-ikrar-kesultanan-diraja-selangor

Raja Muda Selangor ketika mengangkat sumpah dan membaca ikrar

Sejarah Mengangkat Sumpah disertai dengan Lembing Sangbuana dan penggunaan nama gelaran Panglima-Panglima didalam Institusi Kesultanan Diraja Negeri Selangor boleh dilihat melalui riwayat dibawah ini.
Opu Bugis Lima Bersaudara terlibat dalam kancah politik di Tanah Melayu. Setelah Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV dibunuh di Kuala Pahang oleh Nakhoda Sekam di atas titah Raja Kechil, Raja Sulaiman yang merupakan putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV telah menghantar surat kepada Opu Bugis Lima Bersaudara di Matan (Kalimantan Barat, Indoensia) memohon bantuan mengambil takhta kerajaan Johor daripada Raja Kechil.

“… seperti api yang bernyala-nyala…” menunjukkan surat tersebut kepada Daeng Marewah. Kemudiannya kelima-lima bersaudara bangkit menghunus keris
“…mengaruk-aruk, berkanjar-kanjar…” dan diikuti dengan ikrar Daeng Marewah,

“Jika belum aku ambil Riau dengan segala takluk daerahnya aku serahkan kepada Raja Sulaiman, aku haramkan menjejak tanah Bugis atau aku Mati”.

Dato Pengawa & YAM Tengku Abdul Hamid

Orang Besar Daerah ketika membaca sumpah dan ikrar

Maka persiapan melancarkan serangan telah dibuat, Daeng Chelak dilantik oleh Daeng Parani sebagai Panglima Besar, Daeng Menambun sebgai Panglima Kanan, Daeng Kemasi sebagai Panglima Kini dan Daeng Marewah sebagai Kepala dalam angkatan tersebut.
Setelah Opu Bugis Lima Bersaudara berjaya mengambil Kerajaan Johor, maka Daeng Marewah telah dilantik sebagai Yamtuan Muda Johor.
Yamtuan Muda Daeng Marewah dipakaikan pakaian kerajaan dan diarakkan keliling kota.

Sesudah diarakkan Yamtuan Muda Daeng Marewah dinaikkan ke atas balai dan di sinilah Yamtuan Muda Daeng Marewah mengaruk.
Ketika mengaruk Yamtuan Muda Daeng Marewah menyebut: Yakinlah Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah,

” akulah Yang Dipertuan Muda yang memerintahkan kerajaanmu. Barang yang tiada suka engkau membujur di hadapanmu aku lintangkan, dan barang yang tiada suka melintang di hadapanmu aku bujurkan. Barang yang semak di hadapanmu, aku cucikan..,

Sumber :- Virginia Matheson (ed.), Tuhfat al-Nafis, hlm. 69-92