tabal-raja-muda-1Istiadat Tabal Raja Muda Selangor

Istiadat Tabal Raja Muda Selangor bermula apabila baginda Sultan bersama Suri Negeri bersemayam di atas Takhta Singgahsana Negeri. D.Y.T.M Raja Muda akan mengadap diiringi paluan Nobat lagu “Iskandar” bagi melafazkan ikrar-nya, iaitu melafazkan sumpah ta’at setia kepada D.Y.M.M Sultan dan tidak akan berlaku zalim kepada sekalian makhluk serta tidak akan hasad dengki kepada semua manusia kemudian menandatangani surat sumpahnya itu.

tabal-raja-muda-11

D.Y.T.M Raja Muda akan mengadap dan mencium tangan D.Y.M.M Sultan dan kemudian dikurniakan keris kebesaran Raja Muda ataupun disebut keris pertabalan. Lantas disambut oleh Raja Muda dengan menantang keris itu dengan kedua tangannya itu, sebaik sahaja tembakkan meriam sebelah (11) das dilepaskan Raja Muda akan berundur perlahan-perlahan meninggalkan Balai Rongseri dan terus menaiki kenderaan dan meninggalkan Negeri selama tujuh (7) hari.

tabal-raja-muda-3

Istiadat Mengadap Menyembah Persembahan

D.Y.T.M Raja Muda akan mengadap D.Y.M.M Paduka Sri Sultan selepas tamat tujuh (7) hari dari persembunyian dalam satu Istiadat lain di Balai Rongseri, dalam upacara terakhir pertabalan itu, D.Y.T.M Raja Muda akan mengadap untuk menjunjung sembah dan membawa persembahan dengan membungkuskannya cendaramata tersebut kerana syarat tentang persembahan cenderamatan itu harus dirahsiakan, kerana ianya merupakan satu dari syarat istiadat pertabalan. Upacara istiadat akan berakhir dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Selangor.

D.Y.T.M Raja Muda Selangor kini merupakan Tengku Amir Shah yang merupakan putera kepada D.Y.M.M Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Ketika berusia 11 tahun, Tengku Amir telah dilantik sebagai Raja Muda Selangor mulai 3 Mei 2002. Menteri Besar Selangor ketika itu Datuk Mohamad Khir Toyo mengumumkan perkara itu. Perlantikan Raja Muda mengikut Klausa 2 Artikel XIV Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.

Nota kaki : Pada istiadat pertabalan Raja Muda Selangor – Tengku Idris Shah (D.Y.M.M Sultan Sharafuddin Idris Shah) 14 Mac 1970. Upacara tersebut telah difilemkan. filem tersebut merupakan filem pertama dibuat bagi Pertabalan Raja Muda Selangor, tujuan utama adalah untuk menayangkan kepada seluruh rakyat Negeri Selangor dan amnya Negara, agar memberikan peluang rakyat mengetahui tentang adat Istiadat Tentang Adat Istiadat Pertabalan tersebut.
Mengikut Ketinggian Adat Istiadat Diraja Perak yang bertiangkan Pusaka Warisan Seri Saguntang. Istiadata ini dikenali sebagai Istiadat Menjunjung Duli maka selepas selesai menjunjung duli bermulalah adat menyorok selama 7 hari (keluar dari Negeri Perak dan tidak boleh menantap wajah D.Y.M.M Sultan). Perlu disedari bahawa Kedaulatan Negeri Selangor adalah Kedaulatan yang dikurniakan oleh Paduka Seri Sultan Perak kepada Raja Lumu dan di mahsyurkan sebagai Sultan Salehuddin – Sultan, Yang Dipertuaan dan Raja Pemerintah Negeri Selangor. Berikut adalah Raja Yang Dipertuan Muda Selangor sejak terdirinya Kesultanan Negeri Selangor.

Sumber
Pertabalan Raja Muda ditunda lagi – Berita Harian, 12 December 1968, Page 5
Pulang dari rantau – Berita Harian, 23 March 1970, Page 5
Tengku Idris Shah ditabalkan Raja Muda – Berita Harian, 15 March 1970, Page 2
Istiadat tabal Raja Muda Selangor – Berita Harian, 13 March 1970, Page 5