Wangsa Mahkota Selangor

Sekadar gambar hiasan

Satu peraturan pakaian adat istiadat Negeri Selangor di umumkan hari ini supaya orang ramai mengetahui perkara itu dan orang ramai yang mahu masuk ke istana hendaklah memakai songkok untuk menjaga kehormatan istana baik waktu Sultan bersemayam atau tidak.

Pengumuman yang ditandatangani oleh Penghulu Adat Istiadat Diraja Selangor – Tengku Sri Andika Diraja Selangor – Tengku Shaharuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Alau’uddin Suleiman Shah menyebut bahawa pakaian Kuning dan Puteh khas untuk Sultan dan Tengku Ampuan.

Peraturan pakaian itu diwajibkan dalam adat istiadat di istana Negeri Selangor meliputi putera-putera Sultan dan Putera-Putera Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah.
Ia juga diwajibkan kepada menantu-menantu perempuan mereka di samping menantu-menantu lelaki serta saudara benar serta cucunda-cucunda Sultan.
Peratoran turut terlibat ialah isteri-isteri anak saudara benar dan cucucuda Sultan yang memerintah, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri, Dewan Diraja dan Pegawai Melayu serta isteri masing-masing

Wangsa Mahkota Selangor. Engku Maha Kurnia Sri Amar Selangor

Gambar sekadar hiasan

Peraturan itu menyatakan bahawa warna Kuning atau Hijau Khas untuk Raja Muda dan isteri, warna Biru Laut untuk puteri-puteri Sultan dan putera-putera Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah.

Warna Biji Kundang untuk orang-orang Besar Daerah,
Kelabu Asap untuk orang-orang Besar Istana, Setiausaha Sulit dan Juruiring dan
warna Hitam untuk Penghulu-Penghulu, Mufti, Kadi-Kadi serta Bentara Kanan dan Kiri.
Pakaian itu digunakan sewaktu dibalai rong seri mengadap Sultan, Majlis jamuan Negara dan pakaian didalam Majlis jamuan teh pula mengunakan “lounge suit” serta bersongkok jika orang melayu.

Sumber : Berita Harian, 14 October 1969, Page 1 – Pakaian Adat Istiadat Negeri Selangor