Bendera Negeri Selangor Era Sultan Ibrahim Shah

Bendera Negeri Selangor Era Sultan Ibrahim Shah

Raja Nala Ibni Almarhum Sultan Saleh’uddin telah diputerakan di Bukit Malawati, Kuala Selangor. Dilantik sebagai Waris Utama dengan gelaran Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda oleh kekandannya sekitar tahun 1782 yang pada ketika itu putera kekandanya masih kecil. D.Y.T.M. Raja Muda Nala telah bersurikan Y.A.M. Raja Salama binti Almarhum Paduka Sri Raja Haji bin Raja Chelak [Yang di-Pertuan Muda Riau],

D.Y.T.M. Raja Muda Nala telah mangkat di Aceh, Sumatera, 1795, semasa didalam peperangan. Dinyatakan bahawa Bukit Raja yang terdapat di Bukit Malawati, Kuala Selangor merupakan Kubu Pertahanan Raja Muda Nala sewaktu terjadinya peperangan sekitar tahun 1785 bagi menawan semula Bukit Malawati dari pihak Belanda. Peperangan tersebut berkesudahan dengan kejayaan Paduka Sri Sultan Ibrahim Shah Ibni Almarhum Sultan Salehuddin dan pengikutnya baginda dari dari negeri Selangor dan Pahang.

Riwayat D.Y.T.M. Raja Muda Nala akan dibuat pengemaskinian dari masa ke masa.