Oleh Tuan Yang Terutama Kolonel Sir Andrew Clarke R.E.,C.B.,K.C.,K.C.M.G.,Gabenor dan Panglima Besar Negeri-negeri Selat dan Laksamana Madya Negeri-negeri itu.

Ketahuilah oleh sekalian manusia bahawa Sultan Abdul Samad , Pemerintah Selangor, Klang, Langat, Bernam dan Lukut serta wilayah tanggungannya dengan hasrat mewujudkan Kerajaan yang lebih baik di negeri Baginda, telah meminta pada kami seorang Pegawai Inggeris bagi membantu Baginda membuka dan memerintah negeri Baginda, dan atas permintaan Baginda itu, kami telah menghantar dua orang pegawai, iaitu Tuan Davidson bagi menetap di Klang dan Tuan Swettenham bagi menetap di Langat, untuk membantu menjalankan kerja-kerja ini, khususnya melindungi nyawa dan harta benda penduduk dan pedagang di Selangor dan Wilayah-wilayahnya.

Maka dengan yang demikian, Sultan Selangor telah mengeluarkan suatu Pemasyhuran bertarikh 21 hari bulan Syaaban tahun Hijriah 1291, yang mengundang para saudagar dan orang lain mencari rezeki di negeri Baginda, dan kami menyokong Pemasyhuran itu sepenuh-penuhnya dan pegawai kami yang tersebut di atas akan membantu semua orang yang baik-baik yang pergi ke Selangor dan Wilayah-wilayahnya, sama ada untuk menetap atau berdagang di sana.

Dengan Perintah Tuan Yang Terutama,

T. BRADDELL,
Setiausaha Tanah Jajahan.

Pejabat Setiausaha Tanah Jajahan,
Singapura, 25 hari bulan Januari 1875.

Sumber : MAXWELL & GIBSON 1924 ,M/S 36)