Tags

Y.D.M Engku Panglima DiRaja Selangor - Raja Nong bin Raja HusinY.D.M Engku Panglima DiRaja Selangor – Raja Nong bin Raja Hussain merupakan suami kepada Y.A.M. Tengku Salwa Binti Almarhum Sultan Sir Ala’uddin Suleiman Shah. Hasil perkongsian hidup dikurniakan seorang putera dan dua puteri.

Raja Toh Puan Badariah
Raja Dato’ Haji ‘Abdu’l Hamid
Raja

Salasilah Warisan keturunan Engku Panglima DiRaja Selangor adalah seperti berikut Raja Haji Nong Bin Raja Haji Husin Bin Raja Abdul Manan Bin Tunku Panglima Besar Raja Mahmud Bin Tunku Panglima Raja Berkat. Warisan keturunan dari Tunku Panglima Raja Berkat yang merupakan Tunku Panglima Raja Selangor semasa era pemerintahan Paduka Sri Sultan Sir Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Panglima Besar Abdullah.

Raja Nong bin Raja Hussain telah diberi gelar sebagai Yang Di Muliakan Engku Panglima DiRaja Selangor pada 11 September 1931 Sempena Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan Sir Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa di Astana Mahkota Puri, Klang. Bersama-sama dengan Tengku Alam Shah [Kemudian Bergelar Paduka Sri Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Alauddin Suleiman Shah] yang dilantik sebagai Tengku Laksamana Selangor sebelum itu bergelar Tengku Panglima Diraja Selangor, Encik Shamsudin sebagai To’ Engku Ulu Langat, Encik Wan Mohammad Saleh sebagai Dato Amar Penghulu Istana, Encik Madun sebagai Dato Maharaja Lela Setia Paduka, Raja Osman sebagai Panglima Perang Kanan Aman Sedia Diraja, Encik Ismail sebagai Panglima Perang Kiri Sedia Diraja dan Encik Aziz sebagai Penghulu Dalam Diraja.

28 Dis 1966 - Y.D.M Engku Panglima DiRaja Selangor - Raja Nong bin Raja Hussain.2

Keratan akhbar bertarikh 28 Dis 1966

Engku Panglima DiRaja Selangor telah berkhidmat di perkarangan astana selangor seawal remaja kerna ayahandanya merupakan Penghulu Batu Laut. Engku Panglima DiRaja Selangor jua merupakan tokoh yang bertanggungjawab bagi mengumpul segala jua sejarah yang terlipat didalam negeri selangor khusunya yang melibatkan adat istiadat dan alat kebesaran negeri selangor. Ini dapat dibuktikan sebagai jua jenis sejarah alat kebesaran negeri selangor tercatat didalam Buku Pertabalan Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah Al Haj.

3 jan 1955 - Y.D.M Engku Panglima DiRaja Selangor - Raja Nong bin Raja Hussain.3

Keratan Akhbar bertarikh 3 Jan 1955

Engku Panglima DiRaja Selangor telah menjadi Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor sejak sekitar tahun 1935 dan pernah dilantik sebagai Setiausaha Majlis Ugama Islam Selangor. Engku Panglima DiRaja Selangor telah menerima pingat British Empayar Medal (B.E.M) oleh Kerajaan British selepas tamat penjajahan Jepun.