Upacara menandatangani Perjanjian Penyerahan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan disaksikan oleh Raja-Raja Melayu pada 1 Februari 1974.

Sultan Selangor diwakili oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al Haj manakala kerajaan Persekutuan diwakuli oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Perjanjian tersebut disiarkan secara langsung melalui radio dan televisyen Malaysia.

Kawasan Batu Tiga telah dibangunkan untuk dijadikan ibu negeri Selangor yang baru mengantikan Kuala Lumpur. Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Tun Abdul Razak . Nama ibu negeri Selangor yang baru diberi nama Shah Alam sempena nama Ayahanda Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Sumber :

Arkib Negara