Peta Negeri SelangorHal Ehwal Pentadbiran dibawah tanggungjawab pembesar yang merupakan anak-anak raja di Negeri Selangor. Umum di ketahui bahawa ketika dibawah Pemerintahan Paduka Sri Sultan Ibrahim Shah Ibni Almarhum Sultan Salehuddin (Raja Lumu).

Baginda telah memperluaskan Jajahan Takluk Negeri Selangor yang meliputi :-

– Sungai Perak – Raja Hassan Ibni Sultan Ibrahim,
– Sungai Bernam – Raja Muda Muhammad Ibni Sultan Ibrahim,
– Sungai Selangor – Sultan Ibrahim,
– Sungai Klang – Raja Jaafar,(Saudara Sultan Ibrahim),
– Sungai Langat – Tengku Panglima Besar – Raja Abdullah ayahanda kepada Sultan Abdul Samad,
– Sungai Lukut – Raja Hassan @ Raja Busu Ibni Raja Muda Nala,
– Sungai Linggi – Bugis Riau (Saudara Sultan Ibrahim)

Disebabkan peperangan dengan Perak, Siam dan jua Belanda, kerajaan Selangor hanya tinggal;

– Sungai Bernam,
– Sungai Selangor,
– Sungai Klang,
– Sungai Langat.