Tengku Ampuan RahimahTengku Ampuan Rahimah Bt Sultan Abdul Aziz Abdul Jalil Rahmat Shah, telah diputerikan pada 4 Ogos 1927. Hasil perkongsian hidup Paduka Sri Tuanku Sultan Abdul Aziz Abdul Jalil Rahmat Shah Ibni Almarhum Sultan Sultan Haji Musa al-Khalid al-Mu’azzam Shah ( Sultan Langkat) bersama suri singgahsana Negeri Tengku Putri Zahra binti Sultan Alauddin Suleiman Shah.

Tengku Ampuan Rahimah telah bertemu jodoh dengan sepupunya sendiri pada 11 Mac 1956 iaitu Paduka Sri Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj, di Istana Selangor, Kuala Lampur.

salah 423Dilantik sebagai Raja Puan Muda pada 13 Mei 1958, dan dinobatkan sebagai Tengku Ampuan Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada 28 Jun 1961 sempena Pertabalan dan Kemahkotaan Paduka Sri Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj sebagai Duli Yang Maha Mulia Sultan, Yang Dipertuan Negeri Selangor dan Jajahan Takluknya.

Tengku Ampuan Rahimah telah kembali kerahmatulla pada 27 Jun 1993 dan telah disemadikan di Makam Diraja Klang.