Satu perjanjian di antara Raja Yang Dipertua Muda Daeng Kemboja – Kuala Linggi bersama Raja Tun Klang ( Tok Ungku Klang ) dan pembesar-pembesar Rembau dan Negerinya yang Sembilan ( Undang Luak Negeri Sembilan ) dengan Gabenor Melaka, David Bulen telah ditandatangani pada pada 11 November 1795.

Perjanjian ini menyatakan bahawa kedua belah pihak akan bersahabat. Disamping itu pihak kompeni Belanda berjanji akan menghantar balik orang-orang yang lari ke Melaka.

Pihak Melayu pula akan membenarkan Kompeni Belanda memonopoli pembelian bijih di Linggi, Rembau dan Kelang. Ketua-ketua Melayu itu juga bersetuju akan berusaha menghapuskan lanun-lanun di Selat Melaka.

Perjanjian yang ditandatangani sekitar tahun 1759, merupakan satu-satunya dokumen yang terawal menyebut kewujudan sembilan buah negeri yang kini dikenali sebagai Negeri Sembilan.

Sumber : Arkib Negara