Raja Adnan B Raja Basuk, Wangsa Mahkota Selangor

Raja Adnan Bin Raja Basuk

Y.D.M Engku Sri Paduka Panglima Dalam Selangor – Raja Adnan bin Raja Basuk merupakan menantu kepada Paduka Sri Sultan Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa.

Engku Sri Paduka Panglima Dalam Selangor telah bersurikan Y.A.M. Tengku Putri Arfa Binti Sultan Ala’uddin Suleiman Shah. Gelaran Tengku Putri telah dikurniakan kepada Y.A.M Tengku Arfa pada 4 November 1903 didalam satu adat istiadat pengurniaan gelaran di Istana Bandar, Jugra. Dilantik sebagai Y.D.M Tengku Sri Paduka Panglima Dalam Selangor pada Jun 1928 bersama-sama Y.D.M. Engku Paduka Shahbandar Selangor – Raja Mahadi Bin Raja Sulaiman.

Engku Sri Paduka  Panglima Dalam Selangor - Raja Adnan bersama Raja Fatima Mohom Suleiman Shah

Menurut satu keratan Berita harian, bertarikh16 Okt 1958, yang bertajuk Orang Besar Jajahan Berhenti, menjelaskan bahawa Y.D.M Raja Adnan B Raja Basok telah menjawat jawatan Orang Besar Jajahan Kuala Langat.

” Raja Adnan Raja Basok telah bersara kerana tua selepas memegang jawatan itu selama lebih 25 tahun”. 

Peranan Gelaran Peraturan Nasihat Bagi Ikatan Raja-Raja dan Panduan Orang Besar menjelaskan akan peranan Engku Sri Perdana Panglima Dalam iaitu :-

Maka ialah menjalankan kemuliaan dan kehormatan bagi Raja Keraja’an, iaitu yang berkenaan dalam Kota Istana. Maka dalam pengetahuan nya apa-apa peraturan Adat Istiadat dalam itu, dan mempersediakan jika ada hal-hal didalam dan mengambil ketahui kerosakan Kota Istana. Maka beberapa orang pula pegawai-pegawai yang menyertai ianya menjalankan hal-hal itu. Ialah Penghulu Dalam, Penghulu Balai dan pelayan-pelayan Istana Balai. Maka di serta pula Datok Bentara Kiri hal-hal Adat Majlis.

Sumber :

  • Royal Ark Selangor
  • Buku Kesentosaan Takhta Selangor
  • Keratan Akhbar Berita Harian