Raja Dato Seri Arif Shah & Tengku Hajjah Safiah. (1) Y.A.M Tengku Hajjah Safiah Bt Almarhum Sultan Ala’uddin Suleiman Shah telah diputerikan pada 16 Julai 1923 di Istana Bandar, Jugra. Kemudian dibesarkan di Astana Mahkota Puri. Tengku Hajjah Safiah merupakan anakanda Paduka Sri Sultan Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa bersama surinya iaitu Che Chik Binti Abdullah.

Berikut adalah adik beradik seibu dan sebapa Tengku Hajjah Safiah :-
– YAM Tengku Khatijah (Ku Yong) – 15 Julai 1909
YAM Tengku Ahmad Shah – Tengku Indra Pahlawan Diraja Selangor – 22 Oktober 1911
– YAM Tengku Yon (Tengku Mahyun) – Mangkat semasa kecil
– YAM Tengku Muhammad Khalid Shah – Tengku Indra Bijaya Diraja Selangor
– YAM Tengku Safiah – 16 Julai 1913
– YAM Tengku Yacob – 7 Mac 1925
– YAM Tengku Aziah – 1 Julai 1926

Raja Dato Seri Arif Shah & Tengku Hajjah Safiah.

Raja Dato Seri Arif Shah & Tengku Hajjah Safiah.

Tengku Hajjah Safiah telah bertemu jodoh dengan Y.M Raja Dato’ Sri Arif Shah Bin Raja Kechil Sulung Raja Harun Al-Rashid Al-Haj sekitar tahun 1942 iaitu dizaman Penjajahan Jepun di Tanah Melayu dan telah dikurniakan beberapa putera dan puteri iaitu :-

Raja Dato Seri Arif Shah & Tengku Hajjah Safiah serta Ku AzamY.M. Raja Sallehuddin Bin Raja Dato’ Sri Arif Shah (Ku Azam)
Y.M. Raja Datin Seri Bismayazan Bt Raja Dato’ Sri Arif Shah (Ku Manja)
Y.M. Raja Datin Seri Ainul Bismi Binti Raja Dato’ Sri Arif Shah (Ku Bismi).

Tengku Hajjah Safiah telah kembali kerahmatulah pada 8 Mei 2014 pada usia sekitar 91 tahun dan telah disemadikan di Makam Diraja Klang.

Sumber :

– Kesentosaan Takhta Selangor
– Royal Ark