Mohor ini telah dikurniakan oleh Dato Ungku Kelang ke-empat yang bergelar Dato Ungku Naga Mengulur kepada Yam Tuan pertama Selangor iaitu Arung Pasai sekitar tahun 1700

Mohor ini telah dikurniakan oleh Dato Ungku Kelang ke-empat yang bergelar Dato Ungku Naga Mengulur kepada Yam Tuan pertama Selangor iaitu Arung Pasai sekitar tahun 1700

Sejarah Tok Ungku Kelang telah lenyap dan hanya disebut sekali sekala dan yang mengetahui hanya Warisan Tok Ungku Kelang dan orang tua yang dulu seperti Dato Penggawa Kuala Selangor dan Warisan Orang Kaya Abdul Hamid Bin Baduk serta Warisan Orang Besar Ulu Selangor.

Segala salahsilah warisan Tok Ungku Kelang telah musnah semasa penyerangan Kota Petaling oleh Tunku Kudin sekitar tahun 1870 yang merupakan Ibu Kota Tok Ungku Klang yang ketika itu adalah Tok Ungku Kaluk. Sejarah Warisan Tok Ungku telah dipadamkan oleh pihak British kerna Tok Ungku Kaluk adalah diantara individu yang menentang keras semasa pihak British cuba memasuki didalam hal ehwal Pemerintahan Ke’rajaan Negeri Selangor.

Merak Mas Tok Ungku Kelang

Merak Mas – Lambang Kerajaan ataupun Kebesaran dari Mas berupa burung merak yang bersayap sebagai lambang melindungi rakyat. lambang ini digantung diatas persemayam diwaktu rakyat mengadap.

Mengikut dari lipatan sejarah nan lalu didalam negeri Selangor sebelum terbinanya Kesultanan Selangor. Kuala Selangor yang merupakan pusat pemerintahan Kesultanan Selangor dibawah Raja Lumu yang dilantik sebagai Raja Yang Dipertuan Selangor sekitar tahun 1743. Namun sebelum perlantikan tersebut Kuala Selangor telah pun ditadbir oleh Datuk Penggawa, Langat pula Datuk Aru, Ulu Langat dipimpin oleh Datuk Engku Kelang dan Klang pula ditadbir oleh En Chik Yang Tujuh. Berpandukan dari keterangan ini nyatalah bahawa Tok Ungku Kelang tidak meliputi Kuala Selangor, hanya berkuasa di sepanjang Sungai Klang sahaja.

Keris Panjang Tok Ungku Kelang

Keris Panjang diletakkan dihadapan semasa rakyat mengadap Tok Ungku Kelang.

Tok Ungku Kelang selaku pemimpin telah memerintah wilayahnya mengikut adat yang setara dengan gelaranya sebagai Raja di Wilayahnya dengan membentuknya orang besar empat, orang besar lapan dan sebagainya sejajar sebagai seorang pemerintah sehingga peristiwa robohnya pusat bersemayam Tok Ungku Kelang di Petaling. Sejarah Tok Ungku Kelang telah dibuka semasa R.O Winsted telah menulis buku sejarah dan memohon untuk meminjam Mohor dari Tok Ungku Shamsudin.

Semasa penyerang Petaling sekitar tahun 1870, Tok Ungku Kaluk dan keluarganya telah berundur ke Cheras dan semasa berada di Cheras. Tok Ungku Kaluk sering berulang alik ke Kelang untuk bersua dengan saudara maranya yang berada di sana.

Anakanda Tok Ungku Kelang adalah Mohd Tahir kemudian bergelar Tok Ungku Hulu Langat semasa pemerintahan Paduka Sri Sultan Alauddin Suleiman Shah namun sebelum itu berkhidmat sebagai Penghulu di Ulu Kelang semasa dibawah pemerintahan Paduka Sri Sultan Abdul Samad , Che Ngah dan Che Chik

Warisan Tok Ungku Kelang yang memegang gelaran Tok Ungku Kelang turun temurun dari Waris Sulung.

  1. Tok Ungku Kelang – Pemerintah Kelang
  2. Tok Ungku Pinang Tunggal – Tok Ungku Kelang
  3. Tok Ungku Kampong Pinang – Tok Ungku Kelang
  4. Tok Ungku Penaga – Tok Ungku Kelang
  5. Tok Ungku Berhala – Tok Ungku Kelang
  6. Tok Ungku Tempuh – Tok Ungku Kelang
  7. Tok Ungku Jaafar – Tok Ungku Kelang
  8. Tok Ungku Kalur – Tok Ungku Kelang
  9. Tok Ungku Mohd Tahir – 1926 – 1931 – Tok Ungku Ulu Langat
  10. Tok Ungku Shamsudin – 1931 – 1948 – Tok Ungku Ulu Langat
  11. Tok Ungku Abdul Rani – 1955 – 2014 – Tok Ungku Ulu Langat
  12. Tok Ungku Abdul Jalil – 2014 – kini – Tok Ungku Ulu Langat
Tombak Tok Ungku Kelang

Didirikan dibelakang tempat persemayam semasa rakyat mengadap

Jawatan Tok Ungku Ulu Langat pernah menjadi rebutan ramai yang tidak mengetahui akan sejarah asal usul warisannya. Pernah suatu ketika didalam persidangan Majlis Dewan Negeri bagi menimbang percalonan Raja Muda Selangor, Raja Bendahara Selangor dan Tok Ungku Ulu Langat. Sekitar tahun 1955 dengan perkenan Paduka Sri Sultan Hishamuddin Alam Shah, setelah 7 tahun jawatan Tok Ungku Ulu Langat yang kosong setelah kembalinya kerahmatullah Tok Ungku Shamsudin sekitar tahun 1948. Maka Tok Ungku Abdul Rani yang merupakan anakanda kepada Tok Ungku Ulu Langat telah dilantik sebagai Tok Ungku Ulu Langat.

Info Tambahan : Dalam buku Negeri Sembilan Gemuk Berpupuk Segar Bersiram Luak Tanah Mengandung (NSGBSBLTM) di muka surat 20 penulisnya Tan Sri Dato’ Samad Idris mencatatkan bahawa pengasas Luak Jelebu ialah Tok Jelondong dan Luak Johol diasaskan oleh Tok Korbau, mereka adalah anak-anak Batin Seri Alam dan adik beradik dengan Batin Bercanggai Besi yang duduk di Beranang menjadi Batin di Sungai Ujong. Dan kemudiannya cucu-cucu Bercanggai Besi anak Mayang Selida yang dikahwini oleh (Sutan Johor) Tok Ungku Kelang menjadi penghulu di Kelang, Tok Menteri Akhir Zaman menjadi penghulu di Jelebu menggantikan datuk saudaranya Tok Jelondong. Dan Tok Johan Pahlawan menjadi penghulu Johol menggantikan nenek saudaranya Nenek Korbau. Manakala seorang lagi cucunya bernama Sekudai berkahwin dengan Batin Sibu Jaya anak Tok Dara Derani. Pasangan ini dikatakan melahirkan keturunan Datuk Kelana Sungai Ujong. Di perenggan itu pengarang buku berkenaan tidak langsung menyebutkan kaitan asal usul Datuk Undang Luak Rembau dengan Batin Seri Alam atau Dato’ Batin Bercanggai Besi di Sungai Ujong itu.

Sumber :
Sejarah Tok Ungku Kelang