Lembing Sembuana - Kebesaran Negeri Selangor

Didalam buku Kesentosaan Takhta Selangor 1938 disebut Lembing Pusaka Selangor

Lembing Sangbuana adalah senjata Utama yang terdapat didalam Negeri Selangor. Lembing (tombak) pada asalnya dibuat besi dari sembilan negeri @ Jajahan @ daerah semasa Pemerintahan Paduka Sri Sultan Ibrahim Shah Ibni Almarhum Sultan Salehuddin, Sultan Selangor kedua.

Sebagaimana yang diketahui Paduka Sri Sultan Ibrahim Shah merupakan seorang Sultan, Raja dan Yang Dipertuan Negeri  dan Jajahan Takluk Negeri Selangor yang Gagah Perkasa dan telah menguasai banyak Jajahan semasa era pemerintahannya.

Lembing yang dikatakan berhantu dan kuasanya berleluasa di seluruh dunia, secara ringkas diterangkan oleh baris berikut: –

Pantang Terchalit, Pantang Terkena, Sekain kapan judoh padah-nya,
Maksudnya tersentuh sedikit atau tercalar akan mengakibatkan kematian

Lagenda menyatakan bahawa seorang lelaki yang sedang duduk di atas tempat yang tinggi sedikit daripada Lembing itu telah diserang oleh penyakit yang serius, nasib baik dia sembuh ketika dia dimandikan dengan air di mana Lembing itu direndam.

Lembing ini digunakan semasa Majlis angkat Sumpah perlantikan Raja Muda dan Pembesar didalam Negeri Selangor. Ia sentiasa disertakan dengan Nobat Nafiri pada majlis tersebut. Sebagai akuan kuasanya, replika Lembing ini terdapat di tengah-tengah puncak Jata Negeri Selangor.

Maklumat berhubung khazanah ini telah kumpul dan catitkan oleh Engku Panglima Raja – Y.D.M Raja Nong Bin Raja Husin