Sultan Musa Of Selangor4 November 1843 bersamaan 6 Zulkaedah 1362, hari Khamis jam 11 pagi dibunyikan Nobat alamat BERSIRAM TABAL dan KEMAHKOTAAN.

TERTIB MENYEMBAHKAN MAHKOTA
PADUKA SRI SULTAN MUSA GHIATUDDIN RIAYAT SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN SIR ALA’UDDIN SULAIMAN SHAH

Maka Y.A.M Tengku Panglima Besar pun berseru berkata “Patek sekalian Ahlul-hilli-wal-a-kadi menyembahkan MAHKOTA KERAJAAN SELANGOR ini”.
Maka Y.M Engku Raqna Juwita pun tampil bertelot dihadapan Y.T.M Raja Bendahara seraya menyembahkan titah di panggil.
Maka Y.T.M Raja Bendahara tampil dengan tertib istiadat di sisi Yang Maha Mulia.
Kemudian Y.T.M Tengku Maharaja Diraja pun melakukan dengan Tertib Istiadat membawa MAHKOTA yang di tatang oleh dua putera iaitu Y.A.M Tengku Sri Perdana dan Y.A.M Tengku Aris Temenggong.
Kemudian maka Y.T.M Raja Bendahara pun berseru dengan izin Yang Maha Mulia “meminta Yang Terutama Tuan Governor meletakkan MAHKOTA KERAJAAN SELANGOR diatas Ulu Yang Maha Mulia Sultan”.
Maka Y.T.M Yamtuan Muda pun bangkit menyilakan Yang Terutama Tuan Governor. Maka apakala sampai sahaja Yang Terutama Tuan Governor itu di hadapan Yang Maha Mulia maka Y.T.M Raja Bendahara pun mengangkat bulang di atas Ulu Y.M.M dengan membaca BİSMİLLAHİRRAHMANİRRAHİM dan diletakkan di atas talam yang keemasan.
Maka Yang Terutama Tuan Governor pun mengambil Mahkota yang di atas talam yang keemasan itu meletakkan di atas Ulu Yang Maha Mulia serta Y.T.M Raja Bendahara pun membaca BİSMİLLAHİRRAHMANİRRAHİM.
Takkala terletak sahaja MAHKOTA di atas Ulu Yang Maha Mulia, Band pun dibunyikan lagu kebangsaan dan askar pun memberikan takzim dan nobat pun di palu lagu Iskandar.
Kemudian maka baginda pun meminta kepada Yang Terutama Tuan Governor meletakkan Mahkota Y.T.M Tengku Permaisuri. Maka Yang Terutama Tuan Governor itu pun meletakkan pula seperti demikian itu jua tertibnya peraturan.
Apakala telah selesai hal ehwal itu, maka Yang Terutama Tuan Governor itu pun bersama Y.T.M Raja Bendahara kembali ketempatnya dan Y.T.M Tengku Maharaja Diraja pun bertelot dengan tertib kembali ketempatnya jua.

Nota kaki :

Y.D.M : Yang Di Muliakan
Y.A.M : Yang Amat Mulia
Y.T.M : Yang Teramat Mulia ditakrifkan sebagai Duli Yang Teramat Mulia dibawah kumpulan Bakal Raja.
Y.M.M : Yang Maha Mulia merujuk kepada takrif sebagai Duli Yang Maha Mulia iaitu Yang Dipertuan Negeri.

Y.T.M Yamtuan Muda – Tengku Abdul Halim Shah Ibni Almarhum Sultan Ala’uddin Suleiman Shah
Y.T.M Raja Bendahara – Tengku Badar Shah Ibni Almarhum Sultan Ala’uddin Suleiman Shah
Y.T.M Tengku Maharaja Diraja – Tengku Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Ala’uddin Suleiman Shah
Y.T.M Tengku Permaisuri – Tengku Permaisuri Sharifah Mastura Bt Syed Shahabuddin.
Y.A.M Tengku Panglima Besar – Tengku Zainal Karib Shah Ibni Almarhum Sultan Ala’uddin Suleiman Shah
Y.A.M Tengku Sri Perdana – Tengku Muhammad Uzad Shah Ibni Almarhum Sultan Ala’uddin Suleiman Shah
Y.A.M Tengku Aris Temenggong – Tengku Muhammad Yusof Shah Ibni Almarhum Sultan Ala’uddin Suleiman Shah
Y.D.M Engku Raqna Juwita – Raja Muhammad Bin Tengku Panglima Besar Abdul Murad