Sambungan Peranan Gelaran Peraturan Nasihat Bagi Ikatan Raja-Raja dan Panduan Orang Besar bahagian dua (2).

Telah ditetapkan pada 13 Maharram 1347 bersamaan 2 Julai 1928 dengan Titah Paduka Sri Sultan Selangor yakni Almarhum Sultan Sir’ Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa yang akan diamalkan didalam Negeri Selangor Darul Ehsan.

ORANG BESAR MENJAGA KE’AMANAN ADAT ISTIADAT RAJA KERAJA’AN JAJAHAN

Dari Kiri : –
Datuk Haji Md Shah Bin Md Saleh – Dato’ Pengawa Tua Paduka Maha Bijaya Selangor,
Datuk Haji Hassan Bin Muhammad Zin – Orang Kaya Maha Kurnia Bijaya Diraja Selangor,
Datuk Ibrahim Bin Md Amin – Dato’ Pengawa Muda Paduka Maha Bijaya Selangor,
Datuk A. Hamid Bin Datuk Muda Jaafar – Orang Kaya Maha Bijaya Ulu Selangor,
Datuk A. Hamid Bin Datuk Kaya Badok – Orang Kaya Kelang Maha Bijaya Selangor

Gelaran Orang Kaya Maha Kurnia Bijaya Diraja
Disebut Datok Bijaya
Maka ialah menerima apa-apa titah perintah jalan kebajikan yang hendak di sempurnakan oleh Raja Keraja’an.

Gelaran Datok Penggawa Tua Permatang Paduka Maha Bijaya
Disebut Datok Penggawa Tua
Maka ialah menjaga ke’amanan adat istiadat raja keraja’an dan menerima apa-apa titah di sebelah jajahan kuala Selangor

Gelaran Datok Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya
Disebut Datok Penggawa Muda
Maka ialah menjaga ke’amanan adat istiadat raja keraja’an dan menerima apa-apa titah di sebelah jajahan Kuala Langat

Gelaran Orang Kaya Maha Bijaya Klang
Disebut Datok Kaya Klang
Maka ialah menjaga ke’amanan adat istiadat raja keraja’an dan menerima apa-apa titah di sebelah jajahan Klang

Gelaran Orang Kaya Maha Bijaya Ulu Selangor
Disebut Datok Kaya Ulu Selangor
Maka ialah menjaga ke’amanan adat istiadat raja keraja’an dan menerima apa-apa titah di sebelah jajahan Ulu Selangor

Gelaran Orang Kaya Tok Ungku Maha Bijaya Ulu Langat
Disebut Datok Ungku Ulu Langat
Maka ialah menjaga ke’amanan adat istiadat raja keraja’an dan menerima apa-apa titah di sebelah jajahan Ulu Langat.

Lipatan Sejarah jua menjelaskan sebelum terdirinya Kesultanan Selangor takkala Yang Dipertuan Kechil Jajahan Selangor iaitu bergelar Yang Dipertuan Besar Selangor. Telah wujud Wilayah-Wilayah yang ditadbir oleh Penghulu di Wilayah tersebut.

Kuala Selangor telah ditadbir oleh Datuk Penggawa [Kini bergelar Datok Penggawa Tua], Langat Datuk Aru [Kini bergelar Orang Kaya Maha Bijaya] , Ulu Langat dipimpin oleh Datuk Engku Kelang [Kini bergelar Datok Ungku Ulu Langat] dan Klang pula ditadbir oleh En Chik Yang Tujuh [Kini bergelar Datok Kaya Klang].

ORANG BESAR
MENJAGA KE’AMANAN ADAT ISTIADAT
RAJA KERAJA’AN JAJAHAN

Maka ialah menjalankan atoran sebagaimana di titahkan kepadanya.

Dan menjadi wakil di jajahan itu berkenaan dengan semua semasa-masa serta pula berkenaan dengan semua perkara-perkara yang terbit daripada YANG MAHA MULIA SULTAN dan Penghulu-Penghulu mukim itu dengan setahu Tuan District Officer.

Dan lagi hendak’lah orang besar ini hadir mesyuarat Majlis Penghulu-Penghulu didalam jajahan [District] itu. Akan memikirkan sesuatu keadaan yang menjadi baik didalam mukim Penghulu bagi orang-orang ramai dan hal-hal perkara bercucuk tanam serta hal perkara-perkara yang berfaedah kesenangan orang-orang mukim. Dan menjalankan kebajikan bagi ugama dan apa-apa jua yang menjadi kesempurnaan dan keselamatan.

Maka hendaklah selalu orang besar ini berjalan melawat pada tiap-tiap mukim didalam jajahan itu dan berusaha bersungguh-sungguh didalam pada memajukan hal pencarian kehidupan dan keamanan rakyat-rakyat didalam tiap-tiap mukim serta memberikan nasihat kepadanya mana-mana yang berpatutan dimaklumkan hal ehwalnya itu kepada pemerintah kerajaan boleh lah dimaklumkan. Maka mana-mana yang berkenaan dengan ugama kepada YANG MAHA MULIA SULTAN.

Akan bersambung Peranan Gelaran Peraturan Nasihat Bagi Ikatan Raja-Raja dan Panduan Orang Besar bahagian keempat (4).