Ng How Hon-William Ng, Penaja Khidmat Masyarakat, Wangsa Mahkota Selangor

Ng How Hon [William Ng]

Pengelola Wangsa Mahkota Selangor ingin merakamkan penghargaan kepada individu yang telah menyumbang banyak didalam hal ehwal khazanah warisan seni budaya didalam negara. Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau, demikian perpatah orang-orang melayu dahulu kala. En. Ng How Hon ataupun lebih dikenali sebagai William Ng merupakan seorang yang meminati hal ehwal didalam memberikan sumbangan didalam program dan aktiviti yang melibatkan khidmat masyarakat didalam memartabatkan nilai-nilai melayu tradisi yang menjunjung, memelihara serta mempertahankan keluhuran adat.

Beliau merupakan cucu kepada Ng Tiow Soon. J.P, yang merupakan seorang aktivis kemayarakatan di Jerantut, Pahang. Semana hayat mendiang Datuknya banyak sumbangan amal jariah dan mendiang amat mengutamakan kepentingan serta kebajikan orang ramai, baginya melaksanakan tanggungjawab tersebut adalah menjadi satu amanah selagi terdaya dan termampu. Sehingga kprihatinan mendiang membawa kepada pentauliahan sebagai Jasa Pendamai (J.P) Negeri Pahang oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Abdullah Al Mutasim Shah sekitar tahun 1950 an.

charity, William Ng, Wangsa Mahkota Selangor, Aktivis Kemasyarakatan

Khidmat Kemasyarakatan En. William Ng kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.

Mengikuti langkah mendiang datuknya, untuk meneruskan legasi sebagai aktivis kemasyarakatan dengan menerokai sejarah khazanah warisan budaya agar dapat meneruskan legasi mendiang datuknya didalam aktiviti kemasyarakatan didalam negara melalui perusahaan kecil yang dijalankan tanpa mengenepikan sumbangan khidmat masyarakat kepada negeri dan negara.

Kata-kata beliau  didalam ucapan semasa program Cetera Perak, Bahagian I yang dibawa sepenuhnya olehnya pada 30 November 2013 bertempat di Kelab Tasik Putrajaya. “Peranan ilmu sejarah pada hari ini adalah kupasan, ilmu sejarah bukan bagi menghafal semua tarikh, tokoh dan peristiwa yang berlaku pada masa lampau. Sebalinya, ilmu sejarah merangsang minat ingin tahu, mengajak kita berfikir bagi memahami perkara tertentu yang berlaku pada masa kini”.

Beliau merupakan Lulus dari University of Northumbria di Newcastle UK. Merupakan seorang usahawan yang mempunyai pengalaman dan seorang yang dinamik dan semangat dalam mengejar misi dalam kehidupan. Mewarisi tradisi keusahawanan nenek moyangnya. Encik William Ng jua terlibat didalam Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia didalam memberikan bantuan kepada badan NGO tersebut. Beliau jua merupakan Penasihat Individu kepada Blog Wangsa Mahkota Selangor ini.